" KOLEKSI BERITA NO:5 "
Terkenang 10/06/15:
Ustaz Hasan arkitek
tak bertauliah
ALMARHUM Dato Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai akitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan akitek tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehnannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya.
Mithalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya.
Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Martaz Tarbiyah PAS Pusat pula.
Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla.
Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut pelan disediakan kerajaan. Selama lebih 30 tahun dia jadi pengurusi surau itu macam-macam pindaan dan tambahan pada bangunan itu. Kebanyakan penyesuaian itu adalah mengikut reka ciptanya.
Ketika PAS di Wilayah Persekutuan dan PAS Pusat sukar untuk mendapatkan tempat untuk berbagai perhimpunan, Hassan Shukri, bekas Setiausasha Agung dan bekas Timbalan Presiden PAS yang meninggal tengah hari 14 Jun 2004 lalu telah membelikan satu lot tanah untuk PAS Terengganu di sempadan Selangor di Taman Melewar sebagai tapak rumah bagi pemimpin-pemimpin Terengganu yang selalu datang ke Kuala Lumpur.
Tetapi PAS Terengganu membiarkan saja tapak yang bersebelahan dengan rumah Ustaz itu. Saya selalu menganjurkan ceramah – kadang-kadang tiap-tiap minggu di rumah Ustaz Hassan. Dia tidak pernah menolak. Tetapi bila ceramah berakhir pukul 12 malam, isterinya terpaksa mengemas rumah hingga pukul 2 pagi.
Ia mengganggu anak-anaknya yang masih kecil hendak bersekolah esoknya. Lalu saya berpakat dengan PAS Taman Melewar untuk memanfaatkan tanah PAS Terengganu bagi mengadakan ceramah. Kami cadang untuk membinanya seperti kandang, memadai ada bumbung dan dinding ikut keadaan kerana ia tanah orang Terengganu. Ia boleh mengambil tapak itu bila ia rasa ia mahu bina rumah.
Bila Ustaz Hassan mendengar cadangan itu dia pun mencadangkan supaya dibina Markaz Tarbiyah. Pelan asal markaz itu digarisnya di atas tanah saja di depan tukang dari Indonesia dan pelajar-pelajar lulusan kejuruteraan yang tinggal di sekitar kawasan itu.
Dari garis di atas tanah itu mereka mendirikan rangka bangunan. Bila terdiri tiang, ada pula yang menghantar pasir, simen, besi, kayu dan lain-lian. Kami tidak banyak mengeluar modal. Ada orang datang untuk memberi belanja siling, ada yang menyumbangkan pintu dan tingkap.
Dari semasa ke semasa Uztaz Hassan mengarahkan pelajar dan tukang-tukang itu buat begitu dan begini.
Bila siap bangunan itu ada pula lot-lot sebelah dan di belakang bangunan hendak dijual. Ustaz Hassan beli dan sambung pula markaz itu di lot yang baru dibeli itu.
Sejak pertengahan tahun 1980an hingga tahun 2000 markaz itu bertambah besar dari semasa ke semasa kerana orang-orang di situ sedia pula menjual tanahnya pada Ustaz Hassan. Ustaz Hassan beli lot-lot itu untuk PAS.
Setiap kali lot baru dibeli, Ustaz Hassan membentang pelan tambahan baru bangunan. Ustaz Fadzil yang tidak pernah membantah cadangannya menyerahkan saja kepada budibicara akitek tak bertauliah itu.
Daripada sebuah bangunan dua tingkat asalnya, ia menjadi sebuah komplek yang ada dewan, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik solat bahkan ada pula tempat orang menumpang bermalam. Rombongan bas dari Kedah dan Kelantan selalu singgah bermalam di situ.
Semua reka bentuk komplek itu hasil ciptaan Ustaz Hassan sendiri.
Dia tidak pernah belajar ilmu pertukangan. Dia adalah seorang lulusan agama. Tetapi dia minat dengan mereka bentuk rumah atau bangunan menjadikan dia tahu teknik-teknik pertukangan.
Markaz Tarbiyah PAS itu adalah karya seninya.
Sejak terbinanya Markaz Tarbiyah itu PAS tidak sukar lagi mengadakan Mukktamar. Sebelumnya PAS menyewa di Dewan Bahasa untuk bermuktamar. Kadang-kadang muktamar terpaksa ditunda kerana kerajaan hendak menggunakan dewannya. Acap tempahan dibatalkan. Mungkin ia satu cara kerajaan membuli PAS.
Selepas markaz itu didirikan PAS bebas mengadakan berbagai kegiatan. Parti-parti yang bersekutu dengan PAS selalu memanfaatkannya.
Beberapa tahun lalu Pejabat Agung PAS berpindah ke Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Markaz Tarbiyah tidak lagi jadi tempat pentadbiran. Ia digunakan untuk kegiatan lain.
Sekarang markaz itu sedang dirombak untuk dijadikan kampus bagi kolej universiti Prof. Zuklifli Mohamad. Struktur bangunan itu dikekalkan tetapi renovasinya banyak mengubah bentuk seni rekaan Ustaz Hassan Shukri itu.
Kata Ustaz Hassan pada saya kalau sebahagian dari peralatan lama dikekalkan, banyak perbelanjaan dapat diselamatkan. Kalau peruntukannya katakannya satu juta ssetengah, separuh daripadanya boleh diselamatkan untuk mentadbiran kolej itu nanti.
Akitek tak bertauliah itu memerhatikan saja pembinaan semula bangunan itu. Sebulan dua lagi mungkin dapat disiapkan. Tetapi dia tidak sempat menyaksikan bangunan itu disiapkan bagi fungsinya yang baru dan tidak dinamakan Markaz Tarbiyah lagi kerana secara mengejut dia dipanggil pulang ke Rahmatullah.
Tetapi dalam masa 25 tahun terakhir ini dia bolehlah dikira bapa pembinaan markaz tarbiyah, bukan saja bagi Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang terseregam itu tetapi markaz tarbiyah tumbuh di merata tempat untuk memberi laluan kepada umat mengembangkan agama Allah.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Oleh : Subky Latif
Isteri Hj Mohamad
Sabu diragut
Shah Alam, - Normah Alwi, 55, isteri kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini telah diragut di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam (M) Berhad (BIMB) cawangan Pusat Bandar Shah Alam.
Anak kedua Mohamad, Nurul Huda ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh dua suspek pemuda.
"Yang masuk kereta rompak mak, baju kelabu, yang pandu motor berbaju merah," ujar beliau sebagaimana memetik aduan polis yang dibuat oleh ibunya.
Disebabkan rompakan tersebut, beliau memaklumkan bahawa ibunya kehilangan wang tunai RM4,000, kad kredit, telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi bapanya.
Pun begitu, beliau berkata, pihak polis sedang memburu dua suspek di persimpangan tol berdekatan Damansara.
"Sarjan Hamzah (pegawai penyiasat) kata ada nampak suspek bahagi-bahagi duit di simpang tol Damansara menaiki motosikal," ujar beliau lagi.
Mohamad turut dihubungi kemudian untuk mendapat maklum balas berhubung insiden tersebut, tetapi gagal.
Mohamad sekarang berada di universiti Frankfurt dan Berlin, Jerman untuk membentangkan kertas kerja akademik berkaitan demokrasi, dunia Islam dan Gaza (Pembebasan Palestin).
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Oleh : Dzulfikar Mashoor
Ustaz Hassan Shukri
kembali ke rahmatullah
Kuala Lumpur, - Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.
Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.
"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.
Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.
Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net

Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 56
9 hingga 13 JUN 2010
di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik)
Muktamar PAS
ditangguhkan
jam 3.40 petang
Pengkalan Chepa, - 3.40 petang: Muktamar PAS ke-56 diakhiri dengan bacaan doa oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.
2.40 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya optimis PAS dan Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya.
"Ke Putrajaya InsyaAllah, membawa kemenangan. Orang kata kita bermimpi, tapi kita bermimpi yang soleh", katanya.
2.30 petang: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan Tahalluf Siyasi yang diamalkan PAS sudah dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w.
Beliau membawa perwakilan menyoroti sirah Rasulullah yang mana Rasulullah sendiri mengalami kesukaran di peringkat awal untuk bekerjasama dengan bukan Islam namun baginda meneruskannya juga demi memastikan Islam dapat ditegakkan.
Beliau juga berkata Umno Barisan Nasional sengaja memisahkan agama dan politik.
"Kita nak selaraskan kerja di masjid dan di luar masjid. Kita bawa politik untuk seluruh masyarakat".
Turut diingatkan beliau agar perwakilan tidak menggunakan perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain.
"Nak suka-suka boleh tapi jangan sampai sakitkan hati orang lain", katanya.
2.15 petang: Ustaz Khairudin yang mewakili semua perwakilan mengaingatkan semua perwakilan bahawa syarat kemenangan Islam adalah dengan ilmu.
Justeru beliau menyeru seluruh ahli meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semua aspek kerana memnuntut ilmu itu adalah suatu perjuangan.
"Perjuangan kita adalah jihad, segala kerja kita adalah jihad, tidur dan bangun kita juga adalah jihad".
1.47 petang: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa memberi perhatian kepada permintaan DHPP agar PAS membantu sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Beliau juga berkata ahli parlimen PAS akan membawa isu-isu melibatkan orang bukan Islam ke Dewan Rakyat.
Beliau juga memberitahu PAS menerima jemputan daripada pihak Palestin untuk menghantar satu kapal misi kemanusiaan yang membawa bendera PAS bersama NGO lain.
1.30 petang: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali merumuskan segala persoalan yang dikemukakan para perwakilan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan yang menyediakan tempat dan segala kemudahan untuk melancarkan muktamar kali ini.
1.15 petang: Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan perwakilan agar tidak risau dengan perkembangan terbaru PAS iaitu penubuhan DHPP kerana menurutnya apa yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan Islam.
"PAS menawarkan keadilan ini kerana jaminan yang diberikan oleh Islam itu sendiri".
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para blogger yang hadir dan membuat laporan yang betul.
Beliau juga mengingatkan para blogger agar tidak menyalahgunakan blog untuk tujuan fitnah.
1.01 petang: Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyifatkan Pakatan Rakyat telah berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat apabila dalam pentadbiran yang belum sampai tiga tahun, PR telah berjaya mengumumkan 25 dasar umum yang dipersetujui bersama ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP.
PAS juga katanya berjaya melaksanakan cadangan yang dilontarkan pimpinan terdahulu yang sukar diterima ketika itu.
Beliau juga mengingatkan pimpinan dan ahli agar tidak melupakan prinsip utama PAS iaitu dakwah dan siasah.
"Semua keputusan yang dibuat dalam PAS dibincangkan secara berjemaah dan menunjukkan kemurnian majlis Syura dalam PAS", katanya.
12.47 tengah hari: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS harus bijak mencari rakan strategik untuk bersama-sama dengan parti menentang Umno Barisan Nasional.
Beliau yakin NGO yang terdapat di Malaysia boleh bersama-sama Pakatan Rakyat dalam membawa agenda ke arah sebuah negara demokrasi.
12.40 tengah hari: Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli mengucapka terima kasih kepada seluruh ahli dan penyokong yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada perjuangan PAS.
Beliau berkata tanpa sumbangan ahli dan penyokong PAS tidak mampu untuk membiayai keseluruhan kos pentadbiran.
12.30 tengah hari: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad memberi respon kepada cadangan perwakilan yang mahu penerangan PAS diperkasakan ke kawasan pedalaman.
Beliau berkata penerangan sentiasa menyediakan risalah-risalah untuk diedarkan kepada masyarakat pedalaman termasuk tidak meninggalkan program ceramah yang merupakan program utama penerangan.
Beliau turut memberitahu penerangan pusat akan turun ke negeri-negeri bermula 24 Julai sehingga 1 Ogos untuk berjumpa dengan penerangan negeri.
12.10 tengah hari: Datuk Dr. Mahfudz Mohamed, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS berharap lebih ramai lulusan agama menyertai dewan ulama' kerana ujarnya dewan ulama' berbeza dengan dewan pemuda dan muslimat.
"Ahli Dewan ulama' mestilah berlatar belakangkan pendidikan agama berbeza dengan pemuda dan muslimat yang secara automatik boleh menjadi ahli apabila cukup usia."
Beliau juga mengalu-alukan penyertaan ulama daripada wanita.
Beliau juga berkata dewan ulama' sedang merangka satu garis panduan kepada DHPP mengenai hukum hakam dalam Islam.
11.53 pagi: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan memberitahu pemuda Pakatan Rakyat sedang menggerakkan Gerakan Mendaftar Pengundi Baru (GEMPA) ke seluruh negeri bagi memastikan golongan muda didaftarkan sebagai pengundi.
Beliau berharap GEMPA bukan sahaja menjadi agenda pemuda tetapi harus juga dijadikan agenda parti.
Beliau juga berkata pemuda sedang menggiatkan usaha mendekati golongan belia melalui pelbagai program yang dianjurkan.
Berhubung himpunan membantah lesen judi 3 Julai ini, beliau menyeru seluruh ahli turun bersama-sama menyatakan sokongan.
"Kalau dewan ulama' dan dewan muslimat telah menyatakan kesediaan maka kami pemuda menyeru seluruh ahli agar turun bersama-sama menyatakan bantahan.
11.41 pagi: Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh menghargai penghargaan yang diberikan semua pihak kepada gerak kerja muslimat.
Beliau menyeru ucapan dasar presiden mengenai penglibatan muslimat bersama muslimin diberikan perhatian serius.
Sehubungan itu beliau berharap para suami yang merupakan ketua keluarga membenarkan isteri masing-masing bergerak kerja dengan parti selagi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
11.18 pagi: Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat memberitahu Institut Latihan Pilihanraya PAS (ILPAS) akan dilancarkan pada 20 Jun ini bagi memberikan latihan mengenai gerak kerja pilihanraya kepada ahli.
Beliau berharap yang dipertua setiap kawasan menggerakkan jabatan pilihanraya negeri untuk menghadapi pilihanraya.
Beliau turut menekankan mengenai daftar pemilih muda yang masih belum dilaksanakan sebaik mungkin.
"Pendaftaran golongan muda mesti ditingkatkan. Jika perkara ini tidak diberi perhatian, amat sukar untuk PAS memenangi beberapa negeri", katanya.
11.16 pagi: Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Syed Azman menyerahkan hasil kutipan dana Palestin kepada presiden PAS.
10.55 pagi: Datuk Abu Bakar Chik menekankan aspek pendidikan moral masyarakat yang semakin meruncing dan harus diberi perhatian serius.
Beliau berkata PAS perlu mengambil inisiatif menangani masalah pendidikan moral masyarakat melalui khidmat runding cara.
Beliau yakin PAS di setiap kawasan dan negeri amat menitik beratkan aspek pendidikan dan akhlak masyarakat.
Mengenai DHPP pula, beliau memberitahu telah pun mengatur beberapa pertemuan dengan persatu Cina dan Tamil bagi membincangkan aspek pendidikan pelbagai kaum.
Beliau turut menggesa Lajnah Pendidikan diperkasakan di setiap negeri bagi memudahkan gerak kerja.
10.37 pagi: Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mewakilkan Dr. Siti Mariah Mahmood untuk menyampaikan ucapannya kerana beliau tidak sihat.
Lo' Lo' dalam ucapannya menyeru skuad prihatin ditubuhkan di setiap negeri dan menjalankan gerak kerja mendekati rakyat sepanjang masa bukan hanya ketika ada pilihanraya sahaja.
Seterusnya beliau menekankan mengenai tahap kebersihan masjid dan kawasan sekitar.
Katanya, sebagai ahli gerakan Islam seharusnya aspek kebersihan dititikberatkan dalam kehidupan seharian.
10.28 pagi: Anuar Tahir dalam ucapannya memohon pimpinan semua negeri mengaktifkan kembali Lajnah Pekerja yang dilihat semakin sepi.
Ini kerana ujarnya, PAS bertanggungjawab membela nasib pekerja kerana mereka adalah aset negara.
"Pekerja adalah jantung negara dan pekerja-pekerja inilah yang memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
10.11 pagi: Hanipa Maidin mengulas idea yang dikemukakan perwakilan Tambun untuk menyaman perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas isu APCO.
Beliau berkata seboleh-bolehnya PAS mengelakkan daripada berbuat demikian kerana mendakwa mahkamah Malaysia 'tidak boleh diharap'.
Menyentuh mengenai isu kezaliman zionis pula, beliau berkata kezaliman itu harus dikaitkan juga dengan Umno.
Ini kerana menurutnya, mengikut pengalaman beliau menyoal jawab pihak polis yang menjalankan tugas menahan pimpinan PAS yang terlibat dengan demonstrasi, mereka mengakui tindakan itu dilakukan atas arahan Umno BN.
Selain itu beliau turut menyeru seluruh perwakilan menjadikan muktamar sebagai medan untuk meluahkan pandangan dan mengaplikasikan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan.
9.58 pagi: Dr. Syed Azman Syed Nawawi yang merupakan pengerusi Lajnah Antarabangsa menjelaskan kepada perwakilan mengenai komitmen PAS dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di negara luar.
Beliau berkata, PAS melalui Yayasan Amal menghantar misi kemanusiaan ke setiap wilayah yang bergolak seperti Thailand, Acheh, Mindanao dan yang sedang hangat iaitu Palestin.
9.43 pagi: Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya memfokuskan kepada penubuhan DHPP.
Beliau memberi jaminan bahawa segala yang akan dilakukan oleh DHPP tidak akan bercanggah dengan prinsip dan dasar parti.
"Bukan senang untuk menubuhkan DHPP ini. Perjalanannya panjang, bermula daripada kelab Penyokong PAS."
"Saya memberi jaminan bahawa apa sahaj tindakan DHPP tidak akan bercanggah dengan prinsip parti."
Beliau juga memberitahu, Lajnah Perpaduan Nasional akan turun ke setiap negeri untuk memberikan penjelasan mengenai aturan dan peratuaran DHPP.
Selain itu, taklimat juga akan diberikan kepada ahli DHPP mengenai PAS agar mereka lebih jelas.
"Kita minta PAS setiap negeri menjadi fasilitator untuk program yang kita atur ini", katanya.
9.34 pagi: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam ucapannya menjelaskan persoalan perwakilan mengenai isu Felda dan isu tanah di Sabah.
Beliau memberitahu satu NGO baru akan ditubuhkan selain ANAK iaitu Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka.
Selain itu, beliau memaklumkan himpunan warga Felda akan diadakan di Pasir Salak pada 1 Ogos depan, sekaligus melancarkan NGO.
Mengenai isu tanah bumiputera di Sabah, beliau memaklumkan sedang mengatur satu himpunan raksasa di Sabah yang akan turut disertai presiden PAS dan penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mendesak kerajaan negeri mengembalikan tanah mereka.
9.20 pagi: Ucapan penangguhan oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.
Beliau memberitahu BERSIH akan terus mewujudkan mood rakyat menjelang PRU-13 dengan membawa dua isu besar iaitu mengenai undi pos dan negara menuju ke arah bankrap.
"BERSIH memulakan gerak kerja dari sekarang untuk meningkatkan mood rakyat untuk menolak BN".
Beliau turut melancarkan tabung bantuan untuk membina sekolah dan masjid di Gaza dan hasil derma itu akan diserahkan oleh presiden kepada pihak Palestin.
9.08 pagi: Ucapan penangguhan oleh Dr. Dzulkefly Ahmad.
Dalam ucapannya, beliau berkata PAS mengorak langkah dalam melakukan perubahan dengan menubuhkan Lajnah Seni dan Budaya PAS.
Ujarnya, lajnah berkenaan berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap PAS apabila semakin ramai penggiat seni berada dalam PAS.
"Penggiat seni dan budaya selesa dengan penampilan PAS sekarang ini. Kita ingin tonjolkan kesyumulan Islam melalui hiburan yang pelbagai".
Ujarnya juga, Penampilan PAS ini menimbulkan kegerunan dikalangan Umno Barisan Nasional.
8.50 pagi: Datuk Seri Muhammad Nizar dalam ucapannya menyeru seluruh pimpinan dan ahli PAS membuang sifat perkauman.
Ini kerana ujarnya rahsia orang bukan Islam di Perak menyokong PAS adalah kerana mereka selesa dengan sifat keterbukaan yang ditunjukkan PAS.
"Ayuh buangkan sifat perkauman kerana ia tidak ada tempat dalam perjuangan kita", katanya.
Beliau juga berkata, sokongan orang bukan Islam terhadap PAS tidak harus dipersiakan.
"Jangan tonjolkan elemen perkauman. Sokongan bukan Islam perlu dipelihara sebaik mungkin".
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Presiden mahu
peranan pemuda,
muslimat diperkasa
Pengkalan Chepa, - Dewan Pemuda PAS digesa memperkasakan peranan mereka khususnya menangani golongan muda yang kini sedang dirosakkan pemikiran mereka dengan pelbagai budaya negatif.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemuda PAS selaku pelapis kepada kesinambungan perjuangan Islam perlu merangka strategi bagi mendekati golongan muda ini.
"Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada muktamar PAS hari ini.
Pemuda PAS juga katanya perlu meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas bagi menyampaikan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat.
Di peringkat antarabangsa, peranan pemuda PAS juga katanya perlu diperhebat sebagai pendedahan menjadikan pemuda lebih matang, berketerampilan sekaligus menjadi aset penting perjuangan parti.
Sehubungan itu, pemuda PAS diseru meningkatkan penguasaan ilmu dan akidah perjuangan bagi menggerakkan perubahan.
"Kerana itu mereka perlu digandingkan dengan kepimpinan lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.
"Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar," katanya.
Mengulas peranan Dewan Muslimat pula presiden berkata, sudah tiba masanya PAS mengisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding menyampaikan dakwah.
Ini perlu katanya kerana suasana kini dibanjiri dengan pemikiran yang menyerang umat dan merosakkan masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.
"Sudah tiba masanya diisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding secara berjadual mengikut peranan dan tugas yang dibahagikan tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga yang menjadi asal tugasnya, dalam masa yang sama menolak serangan budaya negatif yang telah masuk ke dalam rumah, keluarga dan masyarakat," katanya.
Beliau juga berkata, dalam konteks perjuangan Islam secara demokrasi dan muwajahah silmiyyah, para muslimat turut berkewajipan menegakkan Islam.
Ujarnya, penglibatan muslimat dalam pilihan raya, samaada sebagai calon atau petugas, amat dihormati oleh kawan dam digeruni lawan.
"Teruskan keterlibatan para muslimat sekalian, dengan struktur yang lebih tersusun dan perancangan jangka pendek dan panjang, supaya sumbangan mereka itu akan leboh berkekalan kepada perjuangan kita ini," katanya.
Sehubungan itu katanya, satu penghargaan wajar diberikan kepada seluruh ahli dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS, jentera HalWa dan Nisa' di atas penglibatan mereka dalam beberapa siri pilihan raya kecil.
"Penglibatan mereka amat besar ertinya dalam sebuah perjuangan Islam di Malaysia ini. Muslimat telah membuktikan keupayaan mereka dengan penuh kecekalan dam kesanggupan mengharungi kepayahan dalam misi dakwah," katanya.
Kepimpinan parti juga sentiasa membuka ruang kepada para muslimat yang berwibawa, mampu dan layak untuk menjadi calon Muslimat dalam pilihan raya dan mengalu-alukan penglibatan mereka di peringkat pembuat dasar.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Rakyat perlu
tolak proksi zionis
Israel di Malaysia
Kuala Lumpur, - Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu mengajak rakyat supaya menolak proksi zionis Israel di Malaysia sebagaimana dunia menolak kuasa haram itu di peringkat antarabangsa.
"Kalau zionis Israel yang jauh pun kita sebagai rakyat menyertai dunia mengecam kuasa haram itu di Dewan Rakyat dan di jalan raya, sepatutnya kita perlu menolak proksi-proksi mereka ini yang ada dekat di dalam negara," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Menurut beliau, proksi zionis Israel yang dimaksudkan adalah mereka yang terbabit melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel.
Tambahnya lagi, proksi yang dimaksudkan termasuk juga mereka yang terbabit membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.
Bagi beliau, selagi rakyat tidak menggunakan ruang demokrasi dengan menolak para pemimpin Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, selagi itu negara akan terus dipimpin oleh mereka yang nyata mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta seakan memelihara kepentingan negara haram Israel.
Beliau seakan turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dilihat tidak berani mengkritik Amerika Syarikat yang nyata bersikap bias pada zionis Israel.
"Malaysia baru sehari dua ini bercinta dengan Barrack Obama, sebab itu Perdana Menteri kita kurang menyerlah berbanding Amerika Syarikat yang nyata melindungi kepentingan negara Israel sekian lama," ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan para pemimpin negara-negara umat Islam supaya tidak sekadar mencari populariti dengan bersandiwara menentang zionis Israel ekoran bantuan kemanusiaan sedunia dihalang masuk ke Gaza baru-baru ini.
"Tiba-tiba saja kita mendengar pemimpin itu dan ini menjadi juara menentang zionis hingga tenggelam kuasa-kuasa yang lantang seperti Iran dan Venezuela kerana populariti, sedangkan mereka ini ada yang diam-diam menyokong dasar-dasar Amerika dan Israel," jelasnya lagi.
Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa segelintir pemimpin Umno BN terbabit sanggup menggadai kepentingan negara demi memelihara kepentingan bersama Amerika Syarikat serta negara haram Israel sekiranya mereka terus menjadi kerajaan di Malaysia.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Oleh : Dzulfikar Mashoor
Ucapan Pimpinan :
Himpunan Ummah
Untuk Gaza
Kuala Lumpur, -
Himpunan Ummah
Untuk Gaza
Kuala Lumpur, -
Mavi Marmara
dikosongkan,
nasib aktivis
tidak tentu
KUALA LUMPUR, - Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.
Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.
Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.
Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.
Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.
Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.
Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.
Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Israel sedia
serang armada
kemanusiaan Gaza
KUALA LUMPUR, - Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus daripada kerajaan negara haram itu telah bersedia untuk misi yang mereka namakan Operation Sky Wind (Operasi Angin Laut) bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.
Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiap sedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, sama ada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza.
Laman web Haluan Palestin hari ini melaporkan operasi itu dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel, Mayor Jenderal Elizer Marom.
Serangan yang dirancang meliputi empat tahap:
Pertama, tahap amaran. Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal daripada menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.
Kedua, menghentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.
Ketiga, diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantar balik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.
Keempat, penangkapan sebelum dihantar balik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.
Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.
Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki lapan buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini”.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Nik Aziz syukur
PAS kekal bersama
Pakatan Rakyat
SEPANG, - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan rasa syukur kepada Allah kerana kekal memelihara PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.
“Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.
“Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno,” jelas beliau tengah hari tadi ketika merasmikan Masjlis Pecah Tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetland, di sini.
Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS seharusnya terus mendekati masyarakat bukan Islam dari kalangan kaum Cina dan India untuk menghadapi Umno, selain memperkukuh hubungannya dengan masyarakat Islam berbangsa Melayu.
“Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang Melayu (Umno).
“Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, beliau memuji kepemimpinan PAS kerana meletakkan PAS sebagai parti yang disegani oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di tanah air.
“Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,” ujar beliau.
Mengambil contoh reaksi rakyat terhadap PAS dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa masyarakat bukan Islam kian mengenali keindahan Islam.
“Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau berkata, tidak mustahil Islam di tanah air akan dominan dengan keislaman bangsa Cina dan India kerana sejarah membuktikan bahawa kedua-dua bangsa itu lebih awal menerima Islam berbanding bangsa Melayu serta sudahpun mempunyai tamadun Islamnya yang tersendiri.
Sebelum pada itu, Abdul Hadi mewakili kepemimpinan PAS Pusat merakamkan penghargaan kepada Nik Abdul Aziz kerana sudi merasmikan masjlis pecah tanah tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru seluruh rakyat khususnya ahli-ahli PAS supaya berlumba-lumba berwakaf harta untuk membina kompleks PAS sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan membeli sebidang tanah untuk didirikan Masjid Nabawi di Madinah.
Turut bercakap di pentas yang sama, Datuk Husam Musa selaku Pengarah Jawatankuasa Pembinaan Kompleks PAS.
Sebarang derma dan sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui Bank Islam Sdn. Bhd. (BIMB) bernombor 14023010039098 atas penama Parti Islam SeMalaysia Markaz Tarbiah PAS.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Oleh : Dzulfikar Mashoor
Gan Pei Nei
minta PKR
‘tarbiyah’ ahli
KOTA BHARU, - Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar PKR menggunakan sistem tarbiyah untuk mendidik ahlinya agar tidak lagi melompat parti.
Perwakilan PKR dari Selangor berkata kegagalan parti menangani isu lompat parti seharusnya tidak timbul sekiranya ahli dan wakil-wakil rakyat dalam PKR diberi tarbiyah terlebih dahulu.
Gan Pei Nei menegaskan penghapusan Biro Tata Negara amatlah wajar namun ia seharusnya digantikan dengan konsep tarbiyah.
Apa yang dimaksudkan oleh Adun Rawang itu tidak diketahui tetapi tarbiyah adalah sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam parti Islam iaitu PAS.
Menurut Pei Nei, melalui tarbiyah, ahli dan pimpinan PKR akan dididik dalam dua aspek besar iaitu rohani dan jasmani.
Gan juga berharap tindakan dapat diambil kepada mana –mana ahli yang melanggari peraturan yang ditetapkan dan menyarankan agar mana-mana kakitangan dalam kerajaan negeri yang engkar dengan peraturan maupun dasar kerajaan negeri dibuang daripada pengurusan dan petadbiran negeri.
Perwakilan dari Terengganu Dr Sazali Hassan turut menyokong Gan dan meminta pemimpin dan ahli PKR ditarbiyah. Beliau berkata, isu keluar parti memang menjadi isu penting bagi pemimpin bawahan yang sentiasa berdepan dengan rakyat secara langsung.
Perlembagaan negara
Sementara itu wakil dari Perak Baldip Singh pula berharap PKR dapat memertabatkan perlembagaan negara sebaik mungkin sekiranya dapat mentadbir negara ini.
“Kita amat kesal sehingga kini sudah banyak pencabulan dalam hak perlembagaan negara oleh umno/BN semenjak kemerdekaan dicapai lebih 50 tahun lalu,”ujar beliau.
Baldip juga berharap isu seperti yang berlaku di Perak dalam krisis mengangkat Speaker keluar dari Dewan Undangan Negeri adalah satu perbuatan biadap yang dilakukan oleh pimpinan Umno.
Menyentuh isu persempadanan dalam pilihanraya yang dilakukan kini, ia amat mengecewakan kerana akan banyak menyusahkan parti Pakatan Rakyat.
Beliau juga membangkitkan isu pemecatan 817 ketua kampung yang dilakukan oleh kerajaan BN kini amat tidak adil dan melanggari hak mereka yang telah dipilih secara pengundian.
Perwakilan wanita Hasnah Hashim pula membidas kerajaan BN yang begitu mudah menyerahkan dua telaga minyak kepada negara Brunei dan kerugian yang dianggarkan adalah melebihi RM320 billion.
“Cuba bayangkan dengan wang sejumlah itu apa yang kerajaan Malaysia dapat laksanakan kepada rakyat, tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja,”kata beliau.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Oleh : Mohd Nor Yahya
Kapal kemanusiaan
Gaza dikepung
helikopter Israel
SHAH ALAM, - Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israel dan cuba untuk merampas kapal tersebut.
Menurut Setiausaha Masjid Jamek Raja Tun Uda, Ustaz Nasaruddin Hasim yang menerima mesej dari sana berkata, ketika ini konvoi sedang berada di perairan Gaza dan jam 4.30 petang (waktu Malaysia) akan berhadapan dengan kapal Israel.
Beliau mengumumkan perkara itu sebaik selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda Shah Alam, lebih 500 anak jemaah mendirikan solat hajat memohon bantuan daripada Allah SWT.
Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Muslim Care, Zulkifli Mohd Nani yang baharu sebentar menghubungi Harakahdaily; kini konvoi sedang berada dalam ancaman kerana segala kemungkinan boleh berlaku.
Untuk rekod, seramai 11 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal induk menyertai konvoi itu yang berlepas sejak semalam dari pelabuhan di Turki.
Mereka diketuai oleh Noorazman Mohd Samsuddin dari Haluan Palestin yang menjadi kordinasi utama wakil Malaysia, Dr Mohd Arba’ai Shawal, Dr S Muhamad Haleem S Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamuliddin Elias (Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia), Al Hami Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad (Wakil Media) dan Abdul Halim Mohamed Redzuan (Muslim Care) dan tiga yang lain.
Dalam pada itu, Haluan Palestin di dalam blognya di bawah tajuk Israel Mengesahkan Akan Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza:
Kabinet politik Kerajaan Haram Israel memutuskan untuk mengarahkan tentera dan angkatan laut tidak membenarkan armada bantuan kemanusiaan terbesar atau “Freedom Flotilla” memasuki pantai Gaza dan mereka akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan memasuki Gaza.
Sebaliknya Israel mengarahkan kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mahu menghantar bekalan ke Gaza, mereka harus menghantar kargo mereka ke Israel untuk diperiksa dan “diluluskan.”
Setelah mengosongkan kargo di Israel, kapal harus belayar kembali ke tempat mereka berasal, begitulah arahan dari pemerintah zalim Israel.
Tentera Israel dan tentera laut berkata bahawa mereka tidak akan membenarkan kumpulan bantuan kemanusiaan tersebut memasuki Gaza. Malahan jika perlu, kapal-kapal akan diambil alih oleh tentera Israel sekiranya kumpulan bantuan tersebut masih mahu memutuskan untuk meneruskan perjalanan mereka.
Kerajaan Israel menggambarkan perjalanan kapal-kapal menuju Gaza sebagai provokasi “yang tidak perlu.”
Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut adalah provokasi sementara pegawai tentera Israel yang bertanggung jawab atas Jaluran Gaza, Kolonel Moshe Levy, menyatakan bahawa tidak ada krisis di Gaza dan situasi di sana adalah “baik dan stabil.”
Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut akan dibawa ke pelabuhan di Esdod “Asdod” dan semua penumpang akan ditangkap.
Gerombolan kapal tersebut yang terdiri daripada sembilan kapal sarat dengan 10,000 ton bantuan kemanusiaan dan bahan bangunan di jangka akan tiba di perairan Gaza pada Hari Sabtu minggu ini.
Sementara itu, pihak Israel juga berusaha untuk menghalang hubungan internet dan satelit antara peserta konvoi dengan negara luar; sehingga kini halaman rasmi konvoi Malaysia, http://www.lifeline4gaza.org/ tidak dapat dikemaskini.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Oleh : Ismail Hashim
BANTUAN :
Sekolah Agama
Hendak Dilelong
di Selangor
SELANGOR, - Bantuan anda semua amatlah diperlukan bg menyelamatkan seramai 400 org pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH, Taman Bukit Indah Ampang kerana pada masa ini bangunan sekolah mereka sedang dilelong oleh pihak bank berkemungkinan daripada pemilik bangunan tidak mampu membayarnya.
Harga yang ditawarkan adalah RM 550,000 dimana pihak sekolah tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membelinya walaupun Pengetua sekolah tersebut sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan wang yang dikehendaki.
Pihak sekolah diberikan masa selama 6 bulan oleh pihak bank bg menyediakan wang tersebut. Setakat email ini ditulis pada 09/05/2010 pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 20,000 dan mereka menpunyai masa lebih kurang 5 bulan lagi.
Oleh yang demikian, pihak sekolah sedang menjual saham sebanyak RM50 seunit bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli bagi membantu pihak sekolah menyediakan wang yang secukupnya.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian mengenai keadaan sebenar, tuan2 dan puan2 bolehlah menghubungi sendiri Pengerusi Sekolah tersebut seperti butir2 dibawah.
HJ MOHAMED BIN SAHARUDIN - 0162953756 / 0199476844
Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah di masukkan kedalam akaun bank seperti dibawah
Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH
Maybank :: 562209609000
Pulau Pinang sedia
RM1.75 juta bantu
SAR, tahfiz
PULAU PINANG, - Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz pada tahun ini menjadikan RM1.75 juta berbanding tahun lepas hanya RM1.5 juta.
Demikian kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis sumbangan peruntukan untuk SAR 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Kampung Pertama, dekat sini semalam.
(Gambar: Melawat makmal sains Madrasah Al-Aminiah)
Menurutnya, daripada peruntukan tersebut, RM380,950 diberikan kepada 102 sekolah rendah agama dan RM25,000 lagi kepada lima buah sekolah tahfiz.
"Kerajaan negeri berjaya menambah peruntukan RM1.5 juta peruntukan untuk sekolah agama rakyat menjadikan RM1.75 juta tahun ini. Bantuan terbuat menggambarkan Kerajaan Pakatan Rakyat prihatin terhadap SAR yang pernah dibatalkan peruntukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Kerajaan negeri juga, katanya senantiasa menitik beratkan tentang kualiti pembelajaran untuk setiap generasi agar menjadi generasi berilmu dan cemerlang.
Justeru itu, tambahnya Kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan satu Hab Pendidikan Cemerlang di Balik Pulau seluas 200 ekar demi menarik institusi pengajian tinggi yang terunggul.
"Hab Pendidikan Cemerlang di Balik Pulau dengan keluasan 200 ekar bakal mewarnai bidang pendidikan Islam suatu hari nanti di negeri ini. Namun, sekarang projek berkenaan masih dalam perbincangan mungkin dalam tempoh setahun atau dua tahun ia akan siap," tegas beliau.
Umat Islam harus berbangga kerana dengan peruntukan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun lepas telah membolehkan Madrasah Al-Aminiah mewujudkan makmal sains untuk pelajarnya.
Beliau berharap Kerajaan Pusat memperuntukkan kepada SAR untuk mengubah suaian serta membangunkan institusi SAR pada masa depan kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri terlalu kecil.
"Setiap tahun peruntukan akan diberikan, contohnya tahun sudah Madrasah Al-Aminiah berjaya membina makmal sains. Pembelajaran sains juga wajar dipertingkatkan pembelajaran di SAR supaya pelajarnya boleh berjaya dalam kedua-dua bidang sekali gus," tambahnya.
Bantuan kali ini meliputi Maadrasah Manabil Ulul sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah (RM159,000), Madrasah Al-Aminiah (RM183,000), Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah (RM166,275), Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak RM120,000.
Sekolah Menengah Othmaniah (RM90,000), Institut Pengajian Ar-Razi (RM70,000), SABK Khairiah Islamiah (RM23,000).
Manakala SABK Al-Masriyah (RM30,000), SABK Wan Jah (RM13,000), SABK Faqiyah Daimiah (RM22,000), SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 (RM19,000), SABK Al-Mashoor Islami (RM25,000), SABK SMATI (RM22,000), SABK Al-Imam An Nawawi (RM3,000), Sekolah Menengah Al-Itqan (RM96,275) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum sebanyak RM45,000.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Haji Abdul Malek Abul Kasim, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Haji Mokhtar Shafie, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Husein.
Dipetik Dari : HarakahDaily.Net
Oleh : Mohd Sabri Said
PAS desak menteri,
mufti bantah judi
KUALA LUMPUR, - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bantahannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.
"Semalam beliau (Jamil Khir) dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.
"Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Di manakah suara lantangnya itu?" soal pembantu ketua pemudanya Herman Samsudeen.
Dalam kenyataan hari ini, Herman juga mendesak semua mufti di negara tampil membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen bola sepak itu dan jangan "menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka".
"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap para mufti dan golongan yang faham agama bangkit menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam (semata-mata), tetapi kepada semua manusia," katanya.
"Walaupun mereka bekerja dengan kerajaan Malaysia yang mana perdana menteri dan menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu."
Herman menambah, ekonomi negara ini pasti akan bertambah berkali ganda "jika sumber yang berkat digunakan" bagi membangunkannya.
"Menghapuskan judi juga sekali gus akan memisahkan pendapatan dan gaji para menteri dan mufti yang dibayar kerajaan daripada sumber-sumber yang haram," katanya.
Dipetik Dari : MalaysiaKini.Com
SPR kata boleh
sogok masa
pilihan raya?
- SPR nampaknya makan bercelaru dan haru biru di era 1Malaysia. Mereka bermati-matian mempertahankan tindakan pemimpin Umno-BN memberi rasuah dan sogokan sewaktu pilihanraya.
Paling ketara apabila PM secara terbuka merasuah pengundi seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar , di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.
Bagi saya satu kenyataan yang sangat merbahaya yang akan menjadikan pilihanraya di Malaysia akan menjadi pesta rasuah kerana ternyata kini SPR sendiri telah menafsir undang-undang mengikut nafsu dan telunjuk pemimpin Umno-BN bagi memastikan mereka akan membuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
Kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan amat memalukan. Malah SPR cuba tutup sebelah mata dengan mengatakan “Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).
Kenyataan ini ternyata sebagai satu penghinaan kepada amalan demokrasi di negara ini kerana suruhanjaya ini dilantik untuk mengendali, mengurus dan memastikan perjalanan pilihanraya berlangsung dengan adil dan telus.
Maka amat wajar semua ahli SPR meletak jawatan kerana ternyata mereka sendiri selama ini terang-terang mencabuli dan mengkhianati amanah dan tanggungjawab sebagai sebuah badan bebas seperti yang termaktub apabila dilantik oleh DYMM Agong.
Di samping itu amat wajar BERSIH kembali aktif dan proaktif untuk memastikan drama dan wayang SPR memihak kepada calon Umno-BN tidak lagi berlaku dalam pilihanraya akan datang.
Bagi saya dalam pilihanraya akan datang dalam suasana sokongan rakyat yang sekarang ini semakin melonjak kepada Pakatan Rakyat faktor penghalang utama kemaraan ke Putrajaya ialah SPR.
Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Umno-BN kekal berkuasa. Mereka sama sekali telah menghakis kepercayaan rakyat kepada amalan demokrasi di negara ini.
Oleh : AngkasaNuri
JAMUAN DANA GUAMAN 72 PEJUANG KEBENARAN
Seluruh pejuang kebenaran samada yang pernah ditangkap atau belum sama-samalah hadir dalam jamuan bersejarah ini.
Polis tak kisah
kalau terpaksa...
demi arahan
JAWI, - Dalam perbicaraan Haji Mohamad Sabu bersama sembilan aktivis PAS hari ini di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai Selatan , ketika peguam Mohamed Hanipa Maidin bertanya (dalam sesi soal jawab dalam mahkamah) kepada pegawai polis (C/I Wan Kamal) yang mahu menangkap Mat Sabu (sehingga menggunakan penukul besi sebesar kepala lutut untuk memecahkan cermin kereta) adakah beliau bersetuju perbuatannya memecahkan cermin kereta Mat Sabu dengan penukul besi itu boleh mengakibatkan maut kepada Mat Sabu.
Dia jawab, setuju. Beliau berkata juga tidak kisah orang yang hendak ditangkapnya itu membahayakan nyawa atau mati demi melaksanakan arahan dari ketuanya.
Laporan-laporan lain dengan lebih detail dan cerita beliau ditangkap dulu di sini:
2. Naib Presiden Pas ditahan bantu siasatan perhimpunan Bersih - Utusan Malaysia ,
3. Mohd Sabu kini ditahan di IPK Seberang Prai Selatan - TMJ ,
DAP berjaya
rampas parlimen Sibu
SIBU,
10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.
Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.
Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.
Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.
Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.
Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.
Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.
10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.
Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.
10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.
Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.
Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.
10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.
"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.
"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.
10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.
Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.
Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.
9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.
"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."
Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.
9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.
Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.
Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.
"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.
9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.
9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.
Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.
9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.
Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.
8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.
DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201
Majoriti 2,590
Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?
8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.
Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.
8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.
DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138
Majoriti 3,944
Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.
8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.
DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137
Majoriti 3,279
7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.
DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136
Majoriti 3,130
7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.
DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136
Majoriti 3,048
7.40malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.
DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134
Majoriti 3,022
7.35malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.
DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134
Majoriti 2,920
7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.
DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132
Majoriti 2,817
7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.
DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129
Majoriti 2,236
7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.
DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97
Majoriti 1,544
6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.
6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.
6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.
DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89
Majoriti - 914
6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.
DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87
Majoriti - 838
6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.
DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52
Majoriti - 783
Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.
"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."
6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.
6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.
BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41
Majoriti - 1,869
5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.
5.40 petang: Beberapa peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.
5.25 petang: Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.
Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.
5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.
BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33
5.00 petang: Proses pengundian selesai.
4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.
4.30 petang: Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.
BN - 2,959
DAP - 1,029
Bebas - 18
Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.
4.20 petang: Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.
DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18
Terdapat 110 saluran di Sibu. 3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.
3.30 petang: Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.
DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.
Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.
3.15 petang: Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.
Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.
3.10 petang: Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.
"Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter.
"Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."
2.50 petang: Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik".
"Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.
Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.
2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.
"Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.
"Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.
12.31 tengah hari: Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.
2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.
DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.
Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.
2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP Teo Nie Ching dalam laman Twitter.
1.41 tengah hari: Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.
12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.
Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.
12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.
- Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.
- Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.
- Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.
- Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.
- Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.
12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.
12.30 tengahari : Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal.
Shafie bagaimanapun menafikannya.
12.10 tengahari: Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.
Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.
Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."
12.00 tengahari: Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.
Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.
Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas.
Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.
Ketibaan Ketua Pemuda PAS & PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.
Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.
11.59 pagi: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.
11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.
10.50 pagi: Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.
Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.
Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.
Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.
10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.
Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.
10.34 pagi: Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.
10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.
10.10 pagi Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.
Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.
"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).
"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.
10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.
9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.
Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.
9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.
"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.
Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.
9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.
Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.
8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.
Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.
Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.
"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.
8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.
Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.
Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.
TERDAHULU
Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.
Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.
Hui Yew , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.
Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.
Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.
Dipetik Dari MalaysiaKini.Com
DAP rampas kembali
Sibu, bayangan
benci Taib
SIBU, - Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, hari ini. Beliau yang juga Adun Bukit Assek mendapat 18,845 undi, calon BN memperolehi 18,447 undi. Manakala calon Bebas, Narawi Haron sekadar mengutip 232 undi dan hilang deposit.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.
Seramai 37,919 atau 69.33 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar mengundi di 45 pusat pengundian.
Bilangan itu meningkat jika dibandingkan dengan 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Mengulas keputusan itu, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri ini.
Jeniri memberikan contoh ketiadaan poster atau gambar Taib yang dinaikkan di Bandar Sibu.
Tsunami politik Cina bermula di Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006 apabila enam calon DAP menang di Kucing.
“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani.
Dipetik Dari HarakahDaily.Net
Judi bola sepak:
PAS, PKR, DAP
bantah keras
Kuala Lumpur, - PAS, PKR dan DAP walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa sepakat membantah keras judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.
Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.
Semalam, media melaporkan, Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap.
Umno undur ke belakang - PAS
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.
Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.
Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri, katanya dalam satu kenyataan.
Hasilnya, kata beliau, wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang.
Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar, katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau mengajak orang Melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.
"Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi.
"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," katanya.
Sehubungan itu, katanya, PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.
PKR bantah keras
Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan, kata Ketua Penerangannya Latheefa Koya.
PKR dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat.
Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.
Kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi ini. Biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudian mereka untuk cepat kaya.
Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golongan yang kaya, katanya.
Tambah beliau, Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.
Cubaan tidak masuk akal Awang Adek untuk meluluskan rancangan ini sebelum Piala Dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengeruk duit Rakyat, kata Latheefa.
Warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya. Menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi, tambah beliau.
Lebih teruk lagi, kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana terdapat perjudian terkawal.
Cadangan ini hanyalah skim buat duit yang tidak bertanggungjawab dan dicadangkan oleh BN serta ianya merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan. Ia perlu ditolak dengan serta-merta, tegas beliau.
Najib perolokkan MEN - DAP
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam kenyataannya pula berkata, kelulusan lesen ini merupakan satu tindakan yang memperolokkan Model Ekonomi Nasional (MEN) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini kerana Najib telah membentangkan model baru cara menjalankan perniagaan di Malaysia yang menurutnya akan lebih telus dan kompetitif.
Dalam ucapannya, Najib memberikan jaminan tidak lagi akan bertolak ansur dengan 'rent-seeking and patronage' (pengambil kesempatan dan perlindungan) dalam ucapannya semasa melancarkan MEN.
Kini, dengan menganugerahkan konsesi paling mewah untuk tahun ini kepada tokoh yang terkenal rapat dengan pemimpin BN, Tan Sri Vincent Tan, Najib telah membakul sampahkan segala ucapan dan janjinya sebelum ini, kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.
"Yang paling sedihnya, ia dibuat dalam keadaan paling buruk, tiada permintaan terbuka untuk membuat cadangan dan tiada tender terbuka atau sebutharga untuk lesen judi sukan.
"Atas dasar apa Vincent Tan dianugerahkan konsesi bernilai bilion ringgit ini yang bukan sahaja akan mengkayakan dia tetapi dalam masa yang sama merosakkan rakyat melalui dorongan untuk berjudi," soal Tony Pua lagi.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar menarik balik lesen ini dan membentuk satu Jawatankuasa Terpilih Dewan Rakyat untuk mengkaji kesan judi sukan ini kepada rakyat Malaysia.
"Jika diluluskan pun, pastikan ia dibuat secara tender terbuka, telus dan kompetitif atau sebut harga lelongan dibuat untuk mempastikan ia telus dan nilai wang terbaik untuk kerajaan dan rakyat," kata Tony.
Dipetik Dari HarakahDaily.Net
Penerbit tv2
diarah tinggalkan
pejabat segera
Kuala Lumpur, - Penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam yang mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, telah ditamatkan perkhidmatannya, malah diarah untuk meninggalkan pejabatnya di Angkasapuri, hari ini.
Chou Z Lam ketika memaklumkan bahawa dirinya telah menerima "surat penamatan perkhidmatan" dari Bahagian Khidmat Pengurusan pada kira-kira jam 11 pagi ini. Sambil merakamkan penghargaan terhadap perkhidmatan dirinya, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Shafiq Abdullah memberi alasan kepada Chou Z Lam bahawa perkhidmatannya ditamatkan untuk mengurangkan kos.
Perkhidmatan Chou Z Lam terikat kepada kontrak dengan RTM, yang akan tamat pada Januari 2011. Namun demikian, kedua-dua pihak (Chou dan RTM) berhak menamatkan kontrak dalam masa 24 jam, tanpa terikat kepada sebarang pampasan. Dengan kata lain, tiada pampasan kepada Chou Z Lam berikutan "pemecatan" ini.
Chou Z Lam diarah untuk meninggalkan pejabat hari ini, diiringi oleh dua orang pegawai keselamatan.
Berikut adalah surat "penamatan khidmat" yang diterima Chou Z Lam (berwarna biru):
Tuan,
Penamatan Khidmat Pegawai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin (piecemeal)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan tuan sebagai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin secara piecemeal di Bahagian Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia akan ditamatkan mulai 13 Mei 2010. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak jabatan ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan tuan selama ini.
Sekian.
Saya yang menurut perintah
Dato Mohd Shafiq bin Abdullah
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
Chou Z Lam dakwa diri diambil tindakan kerana pendedahan
Sungguhpun demikian, Chou Z Lam menganggap dirinya dipecat kerana mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, baru-baru ini. Chou Z Lam menyelar keputusan RTM sebagai pencabulan kepada kebebesan media.
Chou Z Lam, penerbit televisyen kedua yang "hilang kerja" atas nama "kebebasan media" dalam masa sebulan, sejak perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong yang tidak berpuas hati dengan self-censorship dalaman. Chou Z Lam juga seorang kolumnis di MerdekaReview, dan pernah menulis satu artikel berjudul "Bidang kewartawanan: Pentas pancung kalau bukan medan perang!", selepas kejadian pembatalan penyiaran rancangan berlaku.
*Tan Pek Kwan ialah Eksekutif (Editorial) MerdekaReview, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
Dipetik Dari TranungKite.Net
Oleh : Tan Pek Kwan
Khutbah Malapetaka
Umat Islam
Kuala Lumpur, - "KHUTBAH SEMPENA 62 TAHUN PERISTIWA AN-NAKBAH (MALAPETAKA BESAR PALESTIN)
Bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’
Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka.
Sehubungan itu pihak AQSA SYARIF amat berharap kiranya semua pihak dapat terlibat sama dengan membacakan Khutbah Palestin di semua masjid.
Teks khutbah di:
http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/05/khutbah-sempena-62-tahun-peristiwa.html
Dipetik Dari TranungKite.Net
Oleh : amkns
Cerita
‘61 PAS masuk Umno’:
Media BN kira sekali
dengan beruk, lutong, jebon…
Alor Setar, - Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar saya dihujani pertanyaan bertalu-talu mengenai berita berikut:
Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.
Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.
Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas.
Di samping berita tersebut disiarkan di akhbar-akhbar primitif pro BN, ia juga dilaporkan dalam siaran berita. Cuma sejak akhir-akhir saya agak renggang dengan berita tv sebab pembohongannya berkali ganda dari lalu.
Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut: Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas. Satu lagi disebut Cawangan Akar Penyengat, tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas. Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali.
Saya terfikir barangkali yang dimaksudkan Akar Penyengat ialah Alor Penyengat, lalu saya menghubungi seorang aktivis PAS di Kampung Alor Penyengat untuk mendapat penjelasan. Rupanya betul Abu Bakar Hussain adalah bekas ahli biasa Pas cawangan tersebut. Dia bukan orang penting, ada pun tak genap, tiada pun tak kurang. Cuma dia seorang sahaja bekas ahli PAS yang sertai Umno di kalangan 61 orang yang dilaporkan itu. Manakala 60 orang lagi tu mungkin depa kira sekali dengan kera, lutong, mengkarong, pokka, merang dan jebon. Sebenarnya ada sebab orang tua tu masuk Umno tapi malaslah nak cerita kat sini, satgi nampak macam dia tu besag sangat. Cukuplah aku kata orang tua ni jenis ‘cari makan’ jugak, aqidah pun longgaq, ada habuan sikit pejam mata pii lah, balaihhh. Cuma kesianlah nak hidup pun tak berapa hari dah, silap haribulan mati dalam parti tong taik tu..lantak pii lah hang yang pi cari.
Media mereka laporkan cuma 61 orang ‘keluar parti’. Sikit sangat. Sepatutnya laporkan 600 orang baru berbaloi nak bohong. Macam di Kulim kelmarin dulu kononnya 1700 orang PKR India masuk MIC, walhal ahli PKR India di cabang (bahagian) tersebut tak sampai pun 500 orang. Sekali lagi depa kira dengan berok, ular, bewak, tenggiling, katak dan menatang gemuk pendek hak dok serondoi tu. Kalau orang yang masuk MIC tak sampai banyak tu. Yang terima borang tu pulak Dato’ Mat Bashah. Bila pulak dia jadi Pengerusi MIC Kedah? Walaupun memang dia layak jadi ahli MIC tapi kenalah keluaq Umno dulu baru boleh masuk MIC.
Sebenarnya ‘bakal MB Kedah’ Dato’ Mat Bashah berada dalam keadaan tertekan sekarang ni apabila ramai ahli Umno Bahagian Alor Setar keluar parti dan masuk PAS. Di Taman Wira hari tu 65 orang masuk PAS (diketuai oleh JKKP Pak Pin) dan berikutnya di Alor Mengkudu 55 orang lagi Umno masuk PAS (diketuai oleh Naib Ketua Umno cawangan Alor Keriang).
InsyaAllah 28 Mei ini bertempat di Taman Wira Mergong akan ada lagi majlis penyerahan borang Umno masuk PAS. Siapa ketuanya..tunggu dan lihat. Pasti mengejutkan! Kita rodak habis-habisan untuk pastikan PRU ke 13 nanti BN tertungging kat Bakar Bata… di samping tertiarap juga kat Pusat.
Dipetik Dari TranungKite.Net
Oleh : Zulkifli Yahaya
Rakaman Pemuda Perkasa
(barua umno) bertegang
leher dengan wanita PKR
Kuala Lumpur, -
Gambar UMNO berak
merata-rata.
Apa kata Sultan & Mufti
- Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.
Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.
1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?
5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johor bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?
13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.
Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.
14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB? Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.
Dipetik Dari TranungKite.Net
Oleh : http://ustsaifulbahri.blogspot.com
Kenyataan Biadab
Noh Omar
Kuala Lumpur, - Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.
“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.
“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.
“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.
“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” kata Noh Omar lagi..
Baca sepenuhnya di sini....
“Hoee Melayu!!..Yang ni menatang apa? Patutlah pegangan Islam orang Selangor macam Noh Omar begitu hebat..”
Serah wilayah:
Perlu penjelasan kerajaan,
bukan MP Kepala Batas
Kuala Lumpur, - Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti memberi penjelasan mengenai penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
"Setakat ini, yang memberikan ulasan agak panjang hanyalah (bekas Perdana Menteri, Tun) Abullah (Ahmad Badawi). Kita mahu penjelasan telus dan berterus-terang dari kerajaan, bukan sekadar ulasan Ahli Parlimen Kepala Batas," katanya.
Beliau menuntut kerajaan Najib menghentikan sikap tidak bertanggungjawab dan terus membisu mengenai hal itu walaupun sudah beberapa hari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perkara itu.
"Dr Mahathir mendedahkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) malah didedahkan juga bahawa kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.
"Ini bukan setakat kehilangan khazanah negara malah kehilangan wilayah dalam negara ini," katanya.
Sebab itulah, kata Mohamad yang juga Pengerusi Mobilisasi Demokrasi PAS, kerajaan mesti memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
"Rakyat juga mesti diberitahu apa yang dilakukan oleh anggota kabinet ketika perkara itu berlaku.
"Adakah mereka menjadi pak turut sahaja kepada tindakan Abdullah yang ketika itu menjadi Perdana Menteri?
"Apa Najib buat untuk mempertahankan khazanah dan wilayah negara sedangkan ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri?
"Sebahagian besar anggota kabinet ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri masih lagi berada dalam pentadbiran Najib kini. Apa mereka buat untuk mempertahankan khazanah dan wilayah negara ini dari terlepas ke tangan Brunei?" beliau mempersoalkan.
Rakyat, katanya, mesti menuntut Najib bertanggungjawab ke atas perkara itu, begitu juga semua anggota kabinet ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri.
"Jika mereka enggan bertanggungjawab atas kehilangan khazanah dan wilayah negara, rakyat mesti bangkit bersama mengajar mereka tentang erti tanggungjawab," tegas beliau.
Dr Mahathir mendakwa Abdullah telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.
Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).
Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.
"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.
"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blok tersebut kepada Brunei.
"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.
Abdullah menolak dakwaan Dr Mahathir itu.
Dalam kenyataannya selepas pendedahan Dr Mahathir itu, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.
Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.
Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula memberitahu media bahawa Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009.
Ditanya mengenai laporan bahawa Brunei telah membuat penafian bersetuju menyerahkan Limbang, Mohamed Nazri berkata, Brunei boleh membuat penafian itu, tetapi hakikatnya, Limbang tetap hak milik Malaysia.
"Kita akan pertahankan Limbang dan negara lain boleh kata apa pun, Limbang adalah hak Malaysia walaupun ada pihak yang akan mempertikaikan keputusan melepaskan Blok L dan Blok M itu," tegasnya.
Oleh : Abdul Aziz Mustafa
Dipetik : HarakahDaily.Net
Demo Hari Buruh ,
6 ditahan polis
Kuala Lumpur, - Pihak polis sejak awal pagi mengawal Dataran Merdeka - tempat acara bagi meraikan Hari Buruh sedunia dan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Pada jam 11 pagi, kira-kira 500 orang berkumpul di luar bangunan Majlis Peguam, dekat Dataran Merdeka - tempat pelbagai program awam diadakan.
Penyelaras program S Arutchelvan dan ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim - kedua-duanya daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) - pada mulanya cuba berbincang dengan pihak polis supaya membenarkan kumpulan tersebut berkumpul.
Bagaimanapun, polis memberikan lima minit kepada mereka untuk bersurai. Lima trak polis kelihatan berada di tempat kejadian, tetapi meriam air tidak kelihatan.
Selepas lima minit, dipimpin kedua-dua pemimpin PSM, kumpulan tersebut - termasuk anak kecil - bergerak beramai-ramai dari Dataran Merdeka ke arah Jalan Petaling dengan perasaan kecewa.
Kumpulan yang riuh itu kemudiannya melencong ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan menjadikan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai tujuan akhir mereka.
Kira-kira sepuluh minit berarak, enam daripada mereka ditaan polis, dipercaya kerana membawa kain rentang membantah cukai baru GST.
Kumpulan yang menyertai protes itu, kebanyakannya memakai kemeja-T merah, berjalan melalui Jalan Petaling sehingga menarik perhatian peniaga dan pelancong di kawasan tersebut.
Mereka melaungkan slogan "Bantah, bantah, GST", "Hidup, hidup, rakyat" "Gaji, gaji minima".
Turut hadir enam pemerhati daripada Majlis Peguam Malaysia.
Setibanya di tempat letak kereta KLSCH, penganjur memimpin kumpulan tersebut ke bangunan LHDN yang terletak tidak jauh daripada dewan itu.
Bas diberhentikan dekat Parlimen
Bagaimanapun, pihak polis kali ini bertindak bagi menghalang mereka, sebagagian daripada mereka dikejar kembali ke tempat letak kereta KLSCH.
Kumpulan itu akhirnya terpaksa berkerumum di KLSCH, di mana mereka kini duduk di kawasan parkir terbuka itu.
Sementara itu, Arutchelvan memberitahu, beberapa bas dari luar ibu negara yang mahu menyertai mereka telah diberhentikan polis di Jalan Duta.
Tambahnya, kumpulan yang diketuai ahli parlimen Sigai Siput Dr D Jeyakumar itu kini berada di bangunan parlimen.
Arutchelvam kemudiannya memberitahu, mereka telah mendapat persetujuan polis supaya kumpulan yang dipimpin Dr Jeyakumar itu dapat menyertai mereka di KLSCH.
Katanya, kesemua mereka hanya mahu membaca deklarasi Hari Buruh dan bersurai selepas itu.
"Saya baru saja menghubungi OCPD, dan beliau membenarkan mereka (kumpulan dalam bas tersebut) menyertai kita di sini.
"Kita akan bersama-sama membaca deklarasi hari buruh dan beredar," kata Arutchelvam kepada kumpulannya.
Bas tersebut akhirnya kelihatan tiba juga di KLSCAH. Selepas habis membacakan deklaras, mereka bersurai.
Dipetik : MalaysiaKini.Com
M'sia mungkin
dipaksa dedah
butiran beli Scorpene
Kuala Lumpur, - Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.
Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.
Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".
Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.
"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.
Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".
Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."
Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.
Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.
Dipetik : MalaysiaKini.Com
Memerangi
si pemberi rasuah
Kuala Lumpur, -
Sejauh mana kefahaman masyarakat mengenai perbuatan memberi rasuah sebagai jenayah serius? Jika disabitkan,
seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjarakan dan didenda.
Kebiasaannya, pendakwaan kes-kes rasuah yang dipaparkan media lebih berkisar kepada penerima rasuah, terdiri
daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dikatakan mempunyai kuasa mengambil atau tidak mengambil sesuatu tindakan
yang mana ia memberi manfaat kepada si pemberi rasuah.
Terdapat juga pandangan dan teguran segelintir masyarakat bahawa pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya mengambil tindakan ke atas penerima rasuah. Ada juga antaranya tidak mengetahui memberi rasuah itu suatu kesalahan jenayah.
Bermula dari kewujudan Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan terkini Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, jelas memperuntukkan perbuatan memberi suapan rasuah merupakan kesalahan serius. Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah.
Jika disabitkan dengan kesalahan ini, seseorang itu akan berhadapan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Rasuah salah di sisi agama, ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah”.
Rasuah tidak akan berlaku seandainya salah satu pihak, sama ada pemberi atau penerima tidak merestuinya. Rasuah akan berjaya dibanteras jika kedua-dua pihak terbabit enggan melakukannya dan melaporkan kepada pihak berkuasa.
Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Aspirasi SPRM menjelaskan, jika betul hendak memerangi rasuah, perkara pertama sekali ialah menghindar diri dan caranya mudah, iaitu jangan beri dan jangan terima rasuah!
Namun begitu, kajian ahli-ahli kriminologi barat menjelaskan, rasuah diibarat jenayah tertua dunia sebaris dengan pelacuran. Dari 10 kes hanya satu sahaja dilaporkan. Ini kerana kedua-dua pihak, sama ada pemberi atau penerima mendapat faedah daripada jenayah itu.
Rasuah menjadi fokus kepada apa jua dasar dan strategi pembangunan negara. Sejak awal kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, kerajaan kita yang berpandangan turut menjadikan rasuah sebagai isu penting perlu diperangi.
Kerajaan menubuhkan sebuah agensi penguatkuasaan khas membanteras rasuah, iaitu Badan Pencegah Rasuah pada 1967. Hari ini ia telah dinaiktarafkan sebagai sebuah Suruhanjaya.
Kerajaan juga melakukan pelbagai transformasi dalam perkhidmatan awam untuk mengubah sikap dan pandangan keseluruhan penjawat awam terhadap rasuah. Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Pelan Integriti Nasional, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan yang kini digantikan dengan Jawatankuasa Keutuhan dan Tadbir Urus dan Jawatan-kuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang membincang-kan isu integriti dan rasuah di pelbagai peringkat kepimpinan. Penubuhan pasukan Pemudah dan yang terkini pelancaran Integrity-Pact Dalam Perolehan Kerajaan, jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memerangi jenayah rasuah.
Usaha memerangi rasuah bukan mudah. Berasaskan perangkaan SPRM, bagi tempoh 10 tahun, iaitu 2000 hingga Februari 2010, 878 orang ditangkap atas kesalahan cuba menyogok penjawat awam. Secara puratanya seramai 88 ditangkap setiap tahun atas jenayah ini. Dari 878 tangkapan tersebut, hampir 90 peratus melibatkan cubaan menyogok anggota penguat kuasa pelbagai agensi.
Cubaan menyogok ini pula mempunyai kaitan dengan usaha pemberi rasuah untuk mengelakkan dari tindakan atas kesalahan jenayah berat lain seperti dadah, penyeludupan, judi, pelacuran, pendatang asing, kesalahan jalan raya dan sebagainya.
Kes dua anggota polis Detektif Koperal Mohd Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd Tarmazi yang ditawarkan rasuah RM500,000 daripada penyeludup dadah yang membawa 978 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM280 juta wajar dijadikan teladan. Atas kesedaran dan tahap integriti yang tinggi kedua-dua anggota ini telah menolak tawaran rasuah tersebut dan seterusnya menangkap pengedar dadah tersebut.
Justeru sempena Hari Pekerja tahun ini, SPRM akan melancarkan kempen kesedaran besar-besaran kepada semua penjawat awam khasnya dan anggota masyarakat untuk menghentikan perbuatan menyogok penjawat awam.
Di pihak penjawat awam, kempen kesedaran berhubung kewajipan melaporkan apa jua sogokan di bawah seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 akan ditekankan dalam kempen-kempen yang telah dirancang menerusi media.
Akhir sekali masyarakat perlu melihat implikasi jenayah rasuah terhadap politik, ekonomi, sosial dan keharmonian negara dan tidak memandang remeh hanya kerana nilainya kecil atau pelakunya bukan orang kenamaan. Kesedaran itu amat penting!
Oleh : Datuk Ahmad Khusairi Yahaya
Dipetik : DetikDaily.Net
Perangi rasuah,
usah biar jerung terlepas
Kuala Lumpur, -
Sekiranya anda menerima rasuah RM100, anda dalam bahaya. Ada sebab untuk anda tidak tidur, lebih-lebih lagi apabila Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa anda di mahkamah. Kemungkinan anda disabitkan kesalahan – dan dijatuhkan hukuman –
adalah tinggi, hampir 100 peratus.
Tetapi, sekiranya anda dituduh terlibat dalam rasuah bernilai RM1 juta, atau ratus-ratus juta, anda tidak semestinya dalam bahaya. Sementara menunggu perbicaraan anda boleh terus hidup dalam kemewahan: rumah besar, kereta besar, makan angin luar negara, dan kalau nasib baik boleh kahwin dua. Ada kemungkinan anda didapati tidak bersalah, dan akhirnya dilepaskan begitu sahaja.
Contoh: Seorang juruteknik didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam awal tahun lalu, dan di akhir perbicaraan telah dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000. Jika dia gagal membayar denda tersebut dia akan dipenjara 10 bulan.
Kesalahannya, seperti pertuduhan yang dibacakan di mahkamah, ialah dia telah secara rasuah menerima wang tunai sebanyak RM150 (Ringgit Malaysia seratus lima puluh sahaja) daripada seorang pelanggan untuk mempercepatkan proses pemasangan telefon di rumah pelanggan berkenaan.
Saya tidak akan menyebelahi kepada mana-mana perasuah. Setiap orang mesti menentang rasuah, tidak kira walaupun yang diterima hanya seringgit. Hatta setengah sen pun jika diterima secara rasuah, tetap salah. Sekiranya yang melakukan rasuah setengah sen itu orang Islam, dia tetap berdosa. Oleh itu hukuman yang telah dijatuhkan hakim ke atas juruteknik tersebut, adalah wajar.
Satu contoh lagi: Seorang kenamaan telah dibawa ke mahkamah atas tuduhan menerima rasuah beratus-ratus ribu ringgit, sebagai imbuhan kerana meluluskan satu projek pembangunan hartanah bernilai beratus juta ringgit. SPRM yang membuat dakwaan tersebut, setakat rencana ini ditulis, masih berputih mata sebab Yang Arif mendapati tidak ada ‘prima facie’ untuk kes tersebut.
Mahkamah telah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Undang-undang patut dipatuhi. Sekiranya tidak cukup bukti, tuduhan sehebat mana pun susah untuk lekat. Orang kenamaan yang dituduh rasuah itu tersenyum hingga ke telinga. Harap-harap SPRM akan merujuk kes ini ke mahkamah yang lebih tinggi, supaya kalau betul rasuah telah dilakukan, hukuman mesti dilaksanakan.
Walau tidak disebutkan nama yang terlibat, apa yang saya contohkan ini bukan rekaan, tetapi fakta yang diperoleh dari SPRM. Lagi pun ini bukan rahsia. Semua orang boleh melihat contoh-contoh ini, juga senarai panjang kes-kes lain yang telah dihadapkan ke mahkamah, secara ‘online’. Lawatilah laman web rasmi SPRM di ‘http://www.sprm.gov.my/’. Sama-samalah kita membenci, dan memerangi rasuah.
Pada hemat saya rasuah sama seperti pelacuran, sama juga seperti perjudian. Kita sudah menubuhkan bermacam agensi untuk memerangi pelacuran, tetapi pelacuran merebak di merata-rata tempat. Bukan rahsia lagi bahawa sebahagian wanita warga asing yang masuk sebagai pelancong menggunakan visa ketika tiba (VOA), akhirnya dibawa ke rumah-rumah pelacuran. Kita ada berbagai agensi melawan judi, tetapi judi haram berleluasa hingga di bawah tangga.
Rasuah kita pun sentiasa membiak, melibatkan bukan sahaja anggota polis berpangkat rendah, kerani, dan tukang cari fail, tetapi juga orang-orang politik berkelas tinggi, ketua pengarah, CEO, tauke kecil, tauke besar, hatta menteri. Ulang: hatta menteri! Ini pun bukan rahsia lagi, dan bukan baru terjadi setahun dua ini.
Dulu ada Badan Pencegah Rasuah (BPR), kemudian tukar nama menjadi Biro Siasatan Negara (BSN), kemudian tukar semula kepada BPR, dan akhir sekali menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sudah berapa kali nama ditukar, orang ramai masih mengeluh, dan bertanya benda yang sama: Kenapa yang masuk ke jaring hanyalah ikan bilis, ikan jerung terlepas.
Pelik, biasanya orang menjaring, memukat, menjala, atau melukah, yang akan melekat dan tersangkut adalah ikan-ikan besar, termasuk penyu, dugong dan buaya tembaga. Ikan-ikan kecil seperti seluang atau anak sepat dapat meluluskan diri. Ini bukti bahawa jaring rasuah berbeza betul dengan jaring nelayan!
Tidaklah saya memperkecil dan memperlekah SPRM dan agensi-agensi melawan rasuah sebelum ini. Sebenarnya mereka – tidak kira BPR atau SPRM – telah bekerja hempas pulas, tidak kira siang atau malam, untuk menyiasat dan mencari bukti. Malah, sejak dulu lagi kita telah diberitahu banyak kes besar – antaranya melibatkan beberapa menteri dan bekas menteri – telah dilengkapkan fail siasatan. Tetapi sampai sekarang orang ramai masih menunggu bila mereka akan didakwa? Atau, apakah fail mereka akan terus ditutup?
Tidak kira seluang atau ikan paus, kita perlu memerangi rasuah habis-habisan, dengan menjayakan ‘Kempen Bersama Lakukan Perubahan Perangi Rasuah’ yang baru dilancarkan di seluruh negara dua hari lalu.
Oleh : ABD JALIL ALI
Dipetik : DetikDaily.Net
Isu kuasa Sultan:
DUN Kedah 'panas'
Alor Setar, - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini "panas" apabila berlaku pertikaman lidah antara anggota parti pemerintah dan wakil Barisan Nasional (BN) berhubung bidang kuasa Sultan Kedah sebagai ketua Agama Islam negeri.
Kekecohan tercetus selepas ketua pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) bangun meminta soalan bertulis ketiga (a dan b) Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) ditarik balik.
Soalan (a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan (b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut.
Mahdzir berkata semasa BN mentadbir kerajaan negeri Kedah, soalan yang menyentuh bidang kuasa Sultan tidak pernah dibangkitkan di DUN dan kuasa baginda juga tidak pernah dipertikaikan.
Penerangan Mahdzir itu bagaimanapun mendapat bantahan anggota penyokong kerajaan negeri yang membawa kepada pertikaman lidah antara kedua-dua belah pihak sehingga ada yang meninggikan suara.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) berkata soalan itu diajukan bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai bidang kuasa Sultan Kedah berkaitan hal ehwal agama Islam.
Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) kemudiannnya bangun mempertikaikan kedua-dua soalan itu dengan menjelaskan bidang kuasa Sultan telah termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.
Speaker Datuk Abdul Isa Ismail akhirnya membuat keputusan supaya kedua-dua soalan bertulis itu ditarik balik.
Abdul Isa mengakui beliau mungkin terlepas pandang perkara tersebut.
Terdahulu, Ahmad Izzat Shauki (PAS-Bukit Lada) dipilih sebagai timbalan Speaker selepas namanya dicadangkan oleh Azizan dan disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).
Dipetik : MalaysiaKini.Com
BN rampas semula
kerusi Hulu S'gor
Hulu Selangor, - Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.
9.27pm: Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR
"Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.
9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Undi rosak 731. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.
9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
9.05pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penjumlahan undi, untuk menunggu keputusan rasmi diumumkan.
Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Hidup BN' serta ucapan tahniah.
8.37pm: Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dan setiausaha agung PKR yang juga menteri sumber manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut berada di pusat penjumlahan undi. Turut kelihatan ialah naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
8.30pm: Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat penjumlahan undi, dengan ditemani oleh isterinya.
8.20pm: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar.
8.150pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.
Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.
Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.
Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.
MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).
Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.
BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi. 8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi. Majoriti BN ialah 1,683 undi.
Undi yang diperolehi calon BN dijangka bertambah apabila kesemua peti dari kawasan majoriti pengundi Melayu selesai dikira.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor. 8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat penjumlahan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.
8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.
7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.
Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.
Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. 7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.
BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513
Keputusan rasmi SPR (7.41pm)
PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497
Keputusan rasmi SPR (7.22pm)
PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234
Keputusan rasmi SPR (7.20pm)
PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258
7.15pm: Ulasan
Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.
PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.
Keputusan rasmi SPR
PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239
7.128pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872
Kira-kira 33 peratus undi telah dikira
7.08pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 8,557
BN - 7,116
Majoriti - 1,639
7pm: Ulasan
Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.
Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan. 6.58pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266
6.57pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 7,410
BN - 6,339
Majoriti - 1,071
6.54pm: Keputusan tidak rasmi
PKR -7,053
BN - 6,010
Majoriti - 1,034
6.45pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 6,389
BN - 5,385
Majoriti - 1,004
Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.
6.43pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 5,596
BN - 5,041
Majoriti - 555
6.41pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 4,204
BN - 3,592
Majoriti -612
6.34pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56
Tidak rasmi - PKR 666, BN 206
6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205
Tidak rasmi - PKR 897, BN 499
6.23pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172
Tidak rasmi - PKR 901, BN 798
6.23pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172
Tidak rasmi - PKR 901, BN 798
6.18pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122
Tidak rasmi - PKR 729, BN 501
6.13pm: Keputusan tidak rasmi
Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155
Tidak rasmi - PKR 491, BN 445
6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.
BN: 767
PKR: 120
Dipetik : MalaysiaKini.Com
Gasolin: Malaysia
sokong Amerika
sekat Iran
Kota Bharu, - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan kerajaan Malaysia menyekat jualan gasolin ke Iran dianggap sebagai menyokong Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas negara umat Islam itu.
“Ini secara tidak langsung akan menaikkan semangat orang Yahudi,” katanya pada demontrasi membantah tindakan kerajaan Malaysia menggunakan khidmat syarikat Israel APCO Worldwide dalam pentadbiran kerajaan di Medan Ilmu hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kajian sepatutnya dilakukan terlebih dahulu sebelum menyekat penjualan gas kepada Iran.
“Sedangkan kerajaan Iran menjelaskan penggunaan nuklear di negara berkenaan bukan bertujuan peperangan sebaliknya bagi menjana tenaga,” ujarnya.
Beliau juga berkata, apa yang dilakukan Amerika Syarikat ke atas Iran sekarang sama seperti tindakan mereka menceroboh Iraq atas alasan ada senjata pemusnah.
Katanya, setelah serangan dilakukan sehingga mengakibatkan ribuan penduduk Iraq mati, senjata pemusnah yang didakwa George Bush palsu semata-mata.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerajaan BN sanggup membayar sehingga hampir RM80 juta kepada APCO yang ada kaitan dengan Yahudi, sebaliknya wang royalti yang menjadi hak Kelantan dinafikan.
”Royalti sebanyak RM2 bilion yang sepatutnya diberi kepada Kelantan tidak diberi. Dan baru-baru ini duit itu diambil tanpa diberi kepada tuannya dan dibahagi kepada pelajar sekolah.
”Ambil duit hak rakyat Kelantan kemudian beri semula kepada pelajar,” katanya merujuk pembahagian wang ihsan kepada pelajar di Machang oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.
Ribuan menyertai demontrasi tersebut selepas selesai kuliah agama mingguan. Dua siri kuliah mingguan sebelum ini diisi penceramah lain memandangkan Menteri Besar mengerjakan umrah.
Pelbagai sepanduk dipamerkan orang ramai sebagai membantah tindakan Najib menggunakan khidmat APCO.
Kemuncak kepada demontrasi itu apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz membakar patung pemimpin dan bendera Israel.
Biar pun Perdana Menteri menafikan tiada sekatan jualan gasolin Petronas kepada Iran, namun media asing melaporkan arahan itu dibuat sebagai komitmen Datuk Seri Najib Razak sebelum berjumpa Barack Obama.
Petronas diarah menamatkan penjualan gas kepada Iran sejak bulan lepas sebagai menyokong sekatan dan tekanan ekonomi yang dikenakan Amerika serta sekutunya terhadap Iran.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim ketika berucap pada demonstrasi itu berkata, keselamatan negara sekarang sudah terancam kerana musuh telah berada di Putrajaya dan Bukit Aman.
Katanya, apa yang berlaku sekarang sudah menjadi satu isyarat yang jelas ke arah kejatuhan Najib biar pun baru setahun menerajui pentadbiran negara.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, penjajahan bentuk baru sedang berlaku di negara ini apabila kerajaan menggunakan khidmat syarikat Yahudi dalam pentadbiran negara.
”Rakyat Kelantan mendesak supaya kerajaan membatalkan segera perjanjian dengan APCO,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Datuk Mohamed Daud, Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusof, Angkatan Muda Keadilan, wakil-wakil rakyat dan rakyat pelbagai kaum.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis ekoran tindakan kerajaan menggunakan khidmat APCO.
Laporan itu dibuat anggota exconya, Ismail Mohamad di Balai Polis Daerah Kota Bharu, di Pengkalan Chepa semalam.
Dalam laporan aduan tersebut, Ismail meminta pihak polis menyiasat penglibatan syarikat Apco Worldwide yang dilantik kerajaan Malaysia pada Julai 2009 untuk tujuan konsultan perhubungan awam dan hal ehwal kerajaan.
Menurutnya, Dewan Pemuda PAS bimbang kerana syarikat tersebut dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel.
“Sekiranya perkara ini wujud kami bimbang rahsia sulit kerajaan serta maklumat negara akan diketahui mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.
“Saya membuat laporan polis ini supaya siasatan dapat dijalankan dengan seberapa segera di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960,” ujarnya.
Dipetik : HarakahDaily.Net
PKR capai sasaran
sokongan di Felda
Hulu S'gor
Hulu Selangor, - Tinggal dua hari lagi tarikh pengundian Ahad ini, PKR mendakwa sudah mencapai sokongan yang disasarkan dari pengundi di gugusan Felda Hulu Selangor.
Pegawai penyelaras biro Felda PKR, Suhaimi Said yang mengetuai misi khas memikat kira-kira 7,000 pengundi - kesemuanya di Hulu Bernam - berkata, pihaknya kini sudah mendapat sokongan tambahan lebih daripada 6 peratus.
"Di sini kita 'underdog'. Kebanyakan mereka masih tegar dengan BN. Tetapi sebelum ini, kita dapat 22 peratus sokongan.
"Kita cuma sasar peningkatan 5 hingga 6 peratus. Ini sudah cukup baik," katanya Ketika ditemui di karnival Felda di Felda Sungai Tengi.
Katanya, dengan tenaga 60 petugas khas dari Pahang, PKR hanya perlu terus bertemu dan berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengekalkan sokongan.
"Program-program lain seperti karnival ini cuma sampingan," katanya merujuk kepada karnival anjuran sebuah NGO Felda pro-Pakatan.
Hari ini dan esok, Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) pimpinan ahli jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman menganjurkan karnival dan himpunan warga Felda di Sungai Tengi - salah satu kubu Pakatan di Hulu Selangor.
Program itu bertujuan menghimpunkan kira-kira 3,000 peneroka dari seluruh negara "bagi menunjukkan kebersamaan peneroka menuntut hak mereka".
Bagaimanapun tinjauan dMalaysiakini pada sebelah pagi mendapati aktivitinya - termasuk ceramah dan persembahan nashid - kurang mendapat sambutan, kemungkinan disebabkan acara diadakan pada waktu bekerja.
Ditemui Malaysiakini hari ini, Suhaimi berkata, mereka akan terus mengutarakan isu-isu berkaitan pemilkan geran individu dan menolak 'paksaan' sistem penanaman semula oleh Felda.
Terdapat empat gugusan Felda di Hulu Bernam: Sungai Tenggi, Sungai Tenggi Selatan, Felda Soeharto dan Gedangsa. Satu lagi di Sungai Besar, Batang Kali.
Pakatan bagaimanapun hanya berkubu di Sungai Tenggi dan Sungai Buaya dalam pilihan raya umum lalu.
Dipetik : MalaysiaKini.Com
Nik Aziz dilarang
berceramah di masjid
Hulu S'gor
Hulu Selangor, - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.
Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.
Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.
Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.
Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.
Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.
Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.
Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).
Dalam pada itu, Bernama melaporkan Sultan Sharafuddin hari ini mengulangi titah baginda supaya masjid dan surau di Selangor tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.
Baginda bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.
"Beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di perkarangan mahupun di dalam masjid," titah baginda pada majlis perasmian Masjid Taman Cheras Jaya di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sultan Sharafuddin bertitah, masjid adalah tempat paling sesuai untuk umat Islam menginsafi diri dan mensucikan hati supaya dapat menghilangkan perasaan hasad dengki dan juga mengetepikan perasaan membenci antara satu sama lain.
"Di dalam masjidlah tempat yang sepatutnya diberi penerangan tentang pentingnya hubungan baik dan muhibbah di antara masyarakat tanpa mengira kaum, fahaman politik dan latar belakang agama," titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut mengingatkan setiap pegawai dan anggota jawatankuasa masjid supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama negeri sebelum menjemput penceramah agama bagi memastikan mereka memiliki tauliah.
"Hanya mereka yang mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sahaja yang dibenarkan untuk berceramah, berkuliah, berkhutbah dan mengajar di masjid dan surau," titah baginda.
Masjid Taman Cheras Jaya dibina pada 12 Disember 2004 di atas sebidang tanah berkeluasan 2.62 ekar dengan kos bernilai RM5.3 juta bagi menggantikan Madrasah Manbaeil Uloom yang dibina pada 1987.
Masjid yang siap sepenuhnya pada 24 Ogos 2006 itu mampu menampung 2,500 jemaah pada satu masa bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Taman Cheras Jaya dan kawasan perindustrian berhampiran.
Dipetik : MalaysiaKini.Com
Pak Samad,
Dinsman berkempen
di pentas puisi
Hulu Selangor, - Kata-kata puitis tapi penuh sindiran tajam terhadap pemerintah dalam puisi mereka memecah kesunyian malam yang cuma hanya kedengaran bunyi cengkerik di Kampung Pasir Putih Kalumpang, yang terletak dalam DUN Hulu Bernam.
Kehadiran sekumpulan budayawan dan seniman menunjukkan sikap politik yang "menuntut keadilan" kepada rakyat dengan mendeklasmasi puisi dan sambil diselang seli dengan nyanyian santai menjelang kehangatan dan kerancakan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Beberapa tokoh hadir - yang ternyata menghiburkan pengundi berdasarkan riak wajah mereka - antaranya Sasterawan Negara A Samad Said; budayawan Dinsman dan penyajak Mohd Salleh Abu Bakar.
Walaupun hanya dihadiri sekitar 50 orang, termasuk beberapa anak muda yang bermotosikal, namun mereka mendengar dengan tekun bait-bait puisi dan pantun yang dideklamasikan oleh tokoh tersebut di sebuah balai orang ramai di kampung tersebut.
A Samad Said yang lebih mesra dipanggil Pak Samad membaca dua buah puisi yang dikompilasi dalam buku 'Suara Dari Dinding Dewan' dalam majlis tersebut .
Dua buah sajak beliau tersebut adalah 'Jeritan Senja September' yang ditulis pada 21-29 September 1998 yang cuba merakam kebangkitan rakyat khususnya anak muda dalam peristiwa reformasi selepas pemecatan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tahun 1998 adalah tahun yang didapati bahawasanya anak-anak muda merasakan ada sesuatu yang perlu dibetulkan.
"Mereka adalah satu kelompok anak-anak muda yang berani menyatakan ada sesuatu yang salah dalam masyarakat kita. Ini mesti dibetulkan.
"Oleh kerana itu, mereka bersedia menyertai satu gerakan yang akhirnya membibitkan satu tenaga yang sangat bermakna. Gerakan itu bermula pada bulan September," katanya sebelum memulakan bait-bait puisinya.
Susulan sajak pertama, Pak Samad yang juga pengarang novel Salina, mendeklamasikan puisi keduanya yang bertajuk 'Dialog di antara Jamban Setinggan 2' yang dikarangnya pada 22 Februari 2001.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas mendeklamasikan sajak tersebut, sajak tersebut mengisahkan perbualan dua watak, Brother Mar dan Brother Hain sewaktu mereka membuang air.
"Mereka tidak senang dengan kepincangan politik di tanah air mereka. Ketika dalam jamban mereka membincangkan ada usaha untuk mengatasi kepincangan itu.
"Kedua-dua watak itu, jika digabungkan menjadi 'marhain'. Saya membaca sajak-sajak ini kalau ada jemputan yang berbaur kuasa," katanya sambil tersenyum.
Manakala Dinsman pula membaca dua buah puisi iaitu 'Ada Orang Tidak Kenal' dan "Undilah". Sajak kedua ini menuntut pengundi memilih pemimpin yang boleh membawa "keadilan" tanpa merujuk kepada mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
Antara bait sajak yang berbunyi: Undilah keadilan, Jangan undi kezaliman; Undilah keikhlasan, Jangan undi penyelewengan; Undilah manusia, Jangan undi setan; Undilah yang amanah, Jangan undi yang rasuah.
Kemudiannya hadirin yang hadir menepuk tangan dan bersorak setelah mendengar bait sajak tersebut.
Sementara seorang lagi penyajak Mohd Salleh turut menyampaikan pantun dan puisi dari buku "Koleksi Puisi PRK P094 Hulu Selangor" yang terang-terangan menyokong calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.
Tajuk pantun tersebut adalah 'Pantun Kenang Zaman Chedet' dan puisi yang bertajuk 'Mengenali Calon' yang ditujukan khas kepada pengundi mengenai latar belakang Zaid Ibrahim.
Bacaaan puisi dan pantun malam tadi juga turut diselang seli dengan nyanyian daripada dua vokalis kumpulan terkenal pada tahun 90-an iaitu Ito dari kumpulan 'The Blues Gang' dan Blank dari kumpulan Gamma.
Eto menyanyikan lagu 'evergreen' yang menjadi siulan anak muda suatu ketika dahulu sehingga hari ini antaranya 'Perempuan' dan 'Apa nak di kata' yang didendangkan secara berduet dengan Blank dalam loghat Negeri Sembilan.
Manakala Blank menyanyikan lagu 'Bahang Asmara' dan 'Kembang Terhalang' yang suatu ketika dahulu cukup popular diputarkan di corong radio dan televisyen.
Dalam majlis yang sama, turut dijual buku 'Kumpulan Esei Budayawan Bertindak Menyokong Perjuangan A Samad Said'.
Buku yang diterbitkan oleh Seniman Paksi Rakyat telah disusunkan oleh tiga tokoh budayawan yang diketuai oleh Dinsman, memuatkan 29 esei yang merupakan lanjutan sokongan terhadap Pak Samad membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Pak Samad merupakan tunggak utama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan mengetuai demonstrasi anti-PPSMI di ibu negara 7 Mac 2009.
"Bermula dengan peristiwa itu, (A) Samad Said seperti memulakan satu perjuangan baru. Hari demi hari dia memperlihatkan komitmen yang semakin menyerlahkan kecintaanya kepada bahasa Melayu dan budaya besar kita," kata Dinsman yang dipetik dalam pengantar buku itu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha GMP Hasni Abas - yang juga merupakan penyusun buku ini - berkata 1,000 naskah, yang merangkumi 700 naskah bagi kulit nipis dan 300 lagi berkulit keras telah dicetak.
Masing-masing berharga RM40 dan RM30 senaskah, tambah Hasni yang juga merupakan antara tujuh penggerak utama demonstrasi besar-besaran tahun lalu.
"Setakat ini, sebanyak 200 naskah telah terjual," katanya sambil menambah buku ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun pertama bantahan PPSMI yang dibuat bulan lalu.
Dipetik : MalaysiaKini.Com
Tolak 'tuah'
jika tolak Zaid
Hulu Selangor, -
Pengundi Hulu Selangor dikatakan "menolak tuah" jika tidak memilih calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu berkata ini kerana calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.
"Zaid Ibrahim manusia berprinsip. Beliau (adalah) menteri, bila ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) digunakan, beliau tidak bersetuju.
"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA. Lainlah kalau angkat senjata.
"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan (sebagai menteri). Dalam dunia ini nak cari orang macam begini (memang) payah," kata Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Baru, malam semalam.
"Walaupun beliau mempunyai banyak kelemahan sebagai manusia, tapi sebagai menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan.
"Kalau tak angkat Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," katanya yang juga bekas naib presiden PAS.
Kira-kira 500 orang hadir pada majlis ini walaupun cuaca begitu sejuk berikutan hujan lebat pada sebelah petang.
Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan smengikut ISA.
Hal berkenaan katanya, mendorong Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagain Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.
"(Inilah) Zaid (yang) saya hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.
Pada ceramah yang sama Mohamad Sabu turut membidas kerajaan BN kerana membuat perjanjian dengan firma-firma yang mempunyai kepentingan Yahudi.
"Unsur Yahudi amat bahaya. Politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita bimbang politik Yahudi masuk ke Malaysia," katanya.
Menurut Mohamad Sabu beliau kuathir berlakunya kebocoran maklumat negara ini yang tidak boleh dipandang kecil.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN.
Dipetik : MalaysiaKini.Com
PERANGI RASUAH
MESTILAH MENJADI
AGENDA UTAMA KERAJAAN
Kuala Lumpur, - Badan Mobilisasi Demokrasi ini akan menganjurkan satu demonstrasi besar-besaran di ibu negara bagi mendesak kepada mana-mana parti yang membentuk kerajaan selepas pilihanraya ke 13 nanti supaya menjadikan membenteras rasuah sehingga ke akar umbi sebagai agenda utama mereka.
Sebelum daripada itu satu konvensyen akan diadakan pada 10 Julai depan sebagai permulaan kempen anti rasuah yang akan diangkat menjadi isu Negara.
Konvensyen 1 hari itu yang akan di adakan di Selangor akan membariskan ahli panel yang terdiri daripada Senator Tunku Aziz Ibrahim, wakil dari Majlis Peguam dan wakil daripada NGO.
Manakala pesertanya pula adalah terdiri perwakilan daripada Jawatankuasa PAS Negeri, kawasan dan NGO.
Konvensyen ini akan membincangkan definisi dan indeks rasuah serta rasuah di sudut pandangan Islam, rasuah adalah satu perkara yang keji dan dilarang oleh Islam, tetapi orang Islamlah yang paling ramai terlibat dengan rasuah.
New Zealand bukan ditadbir oleh orang Islam, tetapi indeks rasuah di negara itu lebih rendah daripada Negara Islam.
Sebab itu kita amat bimbang dengan jenayah ini di Malaysia termasuk di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Di Selangor sudah ada Selcat, di Pulau Pinang ada CAT, tetapi di Kedah dan Kelantan tidak ada badan seperti itu untuk memantau dan memberi akses kepada rakyat untuk membuat aduan mengenai salahlaku pemimpin mereka, sepatut dua negeri yang ditadbir oleh PAS itu perlu wujud badan hisbah untuk memantau dan memberi pandangan kepada kerajaan.
Dengan adanya badan hisbah ini, rakyat boleh mengadu kepada badan tersebut sekiranya berlakunya sesuatu salahlaku daripada pemimpin, ini boleh mengelakkan fitnah dan membuktikan kita benar-benar telus dan ikhlas dalam menjalankan tugas, bukannya sekadar memaniskan manifesto pilihanraya.
MohamadSabu.Com
Sekitar penamaan
calon PRK P.094
Hulu Selangor
Hulu Selangor, - 11.40pagi: Calon bebas, Johan Mohd Diah ketika ditanya apakah agenda dan sebab masuk bertanding, beliau hanya menjawab "No komen, saya akan terangkan ketika berkempen".
11.25 pagi: SPR mengumumkan 4 orang calon layak bertanding. Datuk Zaid Ibrahim (PKR), P.Kamalanathan (BN), dan dua orang calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.
Proses penamaan calon selesai dan para penyokong mula bersurai.
11.00 pagi: Nor Hisham Ahmad Dahalan, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Kecil P.094 mengumumkan tempoh bantahan ditutup.
10.00 pagi: SPR mengumumkan tempoh penyerahan borang penamaan calon telah tamat dan kini dibuka untuk tempoh bantahan sehingga jam 11 pagi.
Dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah, masing-masing peniaga turut menyerahkan borang pencalonan selain Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan P Kamalanathan (BN).
Anuraadha a/p Jeyasingam pula mendakwa dihalang polis hampir 1 jam di luar kawasan penamaan calon sehingga mengakibatkan beliau terlewat menghantar borang selepas jam 10 pagi.
Ujarnya, MIC tidak ada hak menghalang beliau menawarkan diri sebagai calon Bebas walaupun merupakan penyumbang utama dana kepada MIC.
Tambahnya lagi, beliau menjadi calon atas kemahuannya, bukan ditaja oleh mana-mana pihak.
9.42 pagi: Di bawah khemah Pakatan: Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat mengambil peluang saling bertanya khabar sementara menunggu calon masing-masing selesai menyerahkan borang pencalonan.
9.40 pagi: Difahamkan dua calon bebas menghantar borang pencalonan, seorang Melayu dan seorang India.
8.55 pagi: Calon diiringi Datuk Seri Anwar, Timbalan Presiden PAS dan Menteri Besar Selangor masuk ke dewan.
Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pegawai Pengurus Pilihanraya P.094 mengumumkan buka penyerahan borang penamaan dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.
Datuk Zaid Ibrahim masuk ke dewan pencalonan jam 9 pagi sejurus dewan diumum buka oleh SPR.
Manakala Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub di dewan pencalonan membuat bantahan tentang beberapa kain rentang mewakili Umno BN di kawasan larangan yang ditetapkan oleh SPR.
8.44 pagi: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan MP Padang Serai Gobalakrishnan kelihatan terkandas di pintu masuk kawasan penamaan calon.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir.
8.35 pagi: Perarakan kini sampai ke sekatan pihak polis lebih kurang 50 meter dari tempat penamaan.
Penyokong Pakatan Rakyat dianggarkan lebih 10 ribu.
Penyokong Pakatan kini berkumpul di hadapan sekatan polis. Mereka melaungkan "Hancur Umno", "Altantuya Mongolia".
8.31 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan
8.23 pagi: Mengetuai lebih 150 orang asli dari Kampung Penderas, Temerloh, Pahang, Tok Reng bin Kasim antara kelompok yang menarik perhatian khalayak dalam perarakan Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, kedatangan mereka sebagai tanda protes pada kerajaan kerana merampas tanah adat Orang Asli di Pahang.
8.14 pagi: Datuk seri Anwar baru tiba bersama Menteri Besar Selangor
Dijangkakan lebih 7ribu penyokong Pakatan Rakyat, termasuk 3,500 jentera berdaftar dari PAS, PKR dan DAP.
Menunggu perbarisan teratur, seorang pimpinan Pemuda PAS memimpin bacaan doa wahdah, isyarat menentang kerjasama Kerajaan Pusat dengan Firma Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide yang pro Zionis Israel.
8.13 pagi: Penyokong sedang menunggu ketibaan calon pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
7.54 pagi: Penyokong Pakatan akan mulakan perarakan
Bertempat di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.
Menurut Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves, perarakan dijangka bermula sekitar jam 8 pagi.
Di perbarisan hadapan, pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.
7.44 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat akan mula berarak ke stesen bas Kuala Kubu ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru
7.38pagi: Penyokong Pakatan Rakyat mula memenuhi tempat berkumpul yang dikhaskan pihak keselamatan, kira-kira 50 meter dari tempat penamaan calon.
Dipetik: HarakahDaily.Net
Zaid Ibrahim calon
Pakatan Rakyat
di Hulu S'gor
Hulu Selangor, - Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Pemilihan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan sebentar tadi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di satu majlis perjumpaan rakyat di Serendah, Hulu Selangor.
Terdahulu, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah Anwar pagi ini.
“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.
Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.
Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.
Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.
BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.
Dipetik: MalaysiaKini.Com
JAMUAN MENCARI DANA
MEMBIAYAI PERBICARAAN
72 ORANG MANGSA KEZALIMAN BN
Kuala Lumpur, - Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat akan menganjurkan Majlis Makan Malam bersama Hj Mohammad Sabu, En. Lim Guan Eng dan Sdr Hanifa Maidin pada hari Isnin, 17 Mei 2010, jam 8.00 malam bertempat di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
Kepada seluruh simpatisan tolonglah menyebarkan iklankan ini, tujuan Majlis Jamuan ini diadakan adalah untuk membiayai 3 perbicaraan yang telah beberapa kali berlangsung melibat 72 orang mangsa kerakusan BN.
Mereka telah terlibat dalam Demonstrasi Bersih Pilihanraya, Protes Kenaikan Minyak dan Tangkapan Rombongan Pengantin di Tol Tambun sedang didakwa di Mahkamah Jalan Duta dan Mahkahmah Jawi.
Kopun dijual dengan harga RM50.00 dan RM100.00 seorang atau RM500 semeja dan RM1,000.00 semeja. Sila dapatkan kopun melalui Setiausaha PAS Kawasan di kawasan masing-masing atau berhubung terus dengan YB. Mohd Nasir Mustafa, Pengarah Program atau mereka yang tertera nama di contoh kad di atas.
Selamat menderma dan hadir bersama dalam program yang diadakan.
Sekian, terima kasih.
ARIS AWANG.
Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi
PAS Pusat.
Kisah Benar:
Pelajar UIA bermimpi
bertemu Rasulullah SAW
Kuala Lumpur, - Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah S.A.W...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah S.A.W. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi S.A.W. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi S.A.W. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn telatah dan sikap serta perangai ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi S.A.W."
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."
Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
Read more: http://www.ar-rifke.com/2010/04/kisah-benar-pelajar-uia-bermimpi.html#ixzz0kLQQWWtN
-Dipetik http://www.ar-rifke.com/2010/04/kisah-benar-pelajar-uia-bermimpi.html#ixzz0kLPrTo41-
Tamat kontrak wakil tetap
PBB ada kaitan dengan APCO?
Kuala Lumpur, - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Haji Mohamad Sabu mempersoalkan adakah tindakan menamatkan kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna mempunyai kaitan dengan nasihat firma perhubungan awam Apco Worldwide.
Perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan bulan ini setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar awal Disember lalu.
Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik "bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan".
Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program pengkayaan uranium.
Mohamad Arshad juga adalah pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik. "(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengaitkan pemecatan Mohamad Arshad dengan keengganannya menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program nuklear.
"Oleh sebab tindakan pemecatan yang pro-Amerika Syarikat dan pro-Israel itu berlaku di zaman Apco menjadi tempat Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meminta nasihat, bimbingan, panduan dan tunjuk ajar, kita tertanya-tanya adakah tindakan itu hasil dari muslihat perhubungan awam yang ditagih oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaan BN yang diketuainya dari firma yang didominasi Zionis itu?" soal Mohamad.
Beliau menyifatkan tindakan pemecatan yang pro-Amerika dan Israel itu meletakkan maruah negara ini di tahap paling hina.
"Para pemimpin Umno dan BN menjadikan perbuatan menuduh pembangkang memburuk-burukkan nama negara sebagai hobi dan perisai untuk melindungi kelakuan buruk mereka.
"Hakikatnya kerajaan BN di bawah Najiblah yang meletakkan maruah negara ini di tahap paling hina dengan pelbagai keburukan seperti misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pemecatan Mohamad Arshad dan pelbagai kelakuan buruk lain," kata Mohamad.
Pertengahan Disember lalu, dalam posting blognya yang bertajuk "Kita sudah tukar," Dr Mahathir menyatakan "duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika".
Secara sinis bekas Perdana Menteri itu bertanya: "Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?"
Tindakan menamatkan kontrak Mohamad Arshad itu kebetulan berlaku ketika Apco sudah memulakan perkhidmatannya untuk Najib dan kerajaan BN.
Tidak berapa lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri, Apco membuka pejabatnya di Malaysia.
Menurut laporan Bernama, firma yang didominasi oleh tokoh-tokoh Yahudi itu menyatakan, tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
Januari lalu, memetik The Times Of India (TTI), Free Malaysia Today melaporkan bahawa APCO Worldwide juga memberikan perkhidmatan kepada diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Pelanggan-pelanggan lain APCO termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang juga salah seorang pemimpin muda Parti Komunis Rusia.
Beliau dikaitkan dengan kegiatan mafia.
TTI berusaha membongkar senarai pelanggan APCO selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga menjadi pelanggan syarikat tersebut.
Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002 di mana kira-kira 1,000 orang terbunuh, majoritinya orang-orang Islam.
Kerajaan Negeri Gujarat membayar US$25,000 sebulan kepada APCO untuk memulihkan imej Narendra.
Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.
Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya dan misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene serta pembelian jet Sukhoi diselubungi misteri.
1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di Kuala Lumpur selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.
Di antara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich. -FMT
Warga emas banjiri bank
dapatkan RM100 seorang
dari kerajaan negeri
Permatang Pauh, - Kira-kira 4,000 warga emas telah menyerbu Maybank cawangan Desa Murni, Sungei Dua bagi mendapatkan wang yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bermula sejak semalam sehinggalah ke hari ini kebanyakan cawangan Maybank yang dikhususkan bagi pembayaran wang RM100 seorang tersebut telah dibanjiri oleh warga emas mengikut kawasan pilihan raya masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man (gambar bawah) juga terpaksa berada di pusat pungutan tersebut bagi membantu warga emas yang mempunyai masalah semasa proses pembayaran dibuat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang terpaksa berada sejak awal pagi sehinggalah proses pembayaran tunai berakhir pada petang ini.
Menurut Mohd Salleh warga emas yang mendapat surat untuk menerima wang daripada Kerajaan Negeri masih boleh menunaikan wang tersebut sehingga 16 April yang akan datang.
"Oleh kerana itu mereka tidak perlu untuk tergesa-gesa atau bersesak-sesak untuk mendapatkan wang tersebut kerana tarikh yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah mencukupi bagi mereka mendapatkan wang yang dijanjikan.
"Proses pembayaran berjalan lancar dengan kerjasama yang begitu baik diberikan oleh pihak bank kepada semua warga emas yang ingin menunaikan wang tersebut. "Kehadiran semua petugas daripada pusat khidmat Dewan Undangan Negeri dan juga JKKK juga adalah bagi membantu petugas dan kakitangan bank untuk melicinkan proses pembayaran wang tersebut,"katanya semasa ditemui di Maybank cawangan Desa Murni, Sungei Dua.
Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain terpaksa berhadapan dengan 5 ribu warga emas bagi kawasan Parlimen Kepala Batas yang turut membanjiri Maybank cawangan Bertam, Kepala Batas untuk membantu mereka yang menghadapi masalah dalam proses pembayaran tersebut.
Pembayaran yang dilakukan sejak semalam sehinggalah ke hari ini secara tunai telah menyebabkan warga emas terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan wang tersebut.
Rosidi berkata, kehadiran yang begitu menakjubkan membuktikan bahawa pemberian yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi proses pembayaran wang RM100 ini adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh warga emas sebagai menghargai mereka selama ini.
"Proses pemberian ini merupakan salah satu tindakan terbaik yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghargai warga emas yang ada dalam negeri ini walaupun jumlahnya tidak begitu banyak.
"Namun begitu setidak-tidaknya ia dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tersebut,"katanya.
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
-Oleh Ali Hashim-
Bantu saya jayakan
misi bersama Pakatan Rakyat
- Nik Aziz
Kota Bharu, - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.
Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.
Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-
KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN
PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS
• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.
• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.
• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.
• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.
• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.
Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 29 Mac 2010
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
Malaysia antara 10
tertinggi ambil arak di dunia
Kuala Lumpur, - Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai. Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.
Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak. "Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati". "Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.
Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.
"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah. "Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
-Oleh Nazri Abdullah-
Mengenang Ali Shariati
dan kezaliman Umno
Dr Ali Shariati dilahirkan di Mazinan, pinggir kota berhampiran Mashhad, Iran. Beliau menamat pendidikan rendah dan menengah di Mashhad. Ketika di Kolej Latihan Guru, beliau bercampur gaul dengan belia dari golongan berpendapatan rendah dan merasai kemiskinan dan kesukaran yang wujud.
Berlainan sekali dengan kepimpinan Negara kita yang hidup mewah dan kaya raya hasil warisan makbapak mereka yang terlibat dalam politik UMNO. UMNO adalah platform untuk mencipta kekayaan peribadi khususnya selepas Negara mencapai kemerdekaan dan membentuk pemerintahan sendiri.
Oleh itu, legacy kepimpinan sekarang kurang kesedaran terhadap orang-orang miskin. Mereka tidak faham dan tidak pernah merasai penderitaan kemiskinan seperti Najib Tun Razak dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein dan ramai lagi pemimpin dari generasi kedua yang hidup dalam keluarga yang mewah dan kaya raya.
Akibatnya pembentukan dasar Negara sekarang ini tidak lagi mengambilkira golongan miskin. Apa yang mereka pentingkan ialah golongan korperat, usahawan dan peluang-peluang yang mereka cipta sendiri untuk menjadi kaya raya melalui proksi orang-orang tertentu.
Mengenang Dr Ali Shariati mengingatkan kita akan kezaliman pemerintah Shah Iran dan mengingatkan kita juga akan kezaliman UMNO terhadap pejuang-pejuang bangsa yang tidak sehaluan dengan UMNO yang pro penjajah. UMNO adalah anak didik kepada penjajah Inggeris.
Dr Ali dalam usia 18 tahun sudah menjadi guru. Selepas menamatkan pengajian kolej pada tahun 1960, beliau melanjutkan pelajaran ke Perancis dan beliau lulus dengan kepujian menerima ijazah kedoktoran dalam bidang sosiologi pada tahun 1964 dari Universiti Sorbonne.
Beliau pulang ke Iran dan ditahan di sempadan. Beliau ditahan dipenjara atas alasan beliau menyertai aktiviti-akitviti politik ketika belajar di Perancis. Dibebaskan pada tahun 1965 dan mengajar semula di Universiti Mashhad.
Sebagai ahli sosiologi Islam, beliau cuba menerangkan permasalahan masyarakat Islam berdasarkan prinsip Islam. Beliau menerangkan dan membincangkan dengan para pelajar dan dengan rakyat Iran. Beliau menjadi popular di kalangan pelajar dan dengan masyarakat Iran dari berbagai kelas social. Disebabkan popularitinya, regim Shah Iran menamatkan perkhidmatannya di Universiti tersebut.
Kemudian beliau berpindah ke Taheran dan meneruskan kareernya dengan aktif dan cemerlang menyebabkan Shah Iran merasakan kedudukannya terancam kerana kuliah-kuliahnya di Institut Agama Houssein e-Ershad menarik perhatian masyarakat Iran. Buku-buku yang ditulis oleh beliau mendapat sambutan yang hangat, walaupun regim Shah Iran melakukan berbagai tindakan untuk menghalang aktiviti beliau, tetapi tidak berjaya.
Tindakan terdesak regim Shah Iran terpaksa mengarahkan pasukan polis mengepung Institut Houssein e-Ershad dan beliau ditangkap bersama-sama dengan beribu pengikutnya. Dr Ali dipenjarakan selama 18 bulan. Dalam penjara beliau diseksa begitu teruk sekali sehingga menyebabkan masyarakat antarabangsa menekan regim Shah Iran supaya beliau dibebaskan. Akhirnya beliau dibebaskan pada 20 Mac 1975.
Kebebasannya tidak membawa makna kerana beliau diawasi oleh agen-agen keselamatan Iran setiap waktu dan setiap detik. Keadaan ini menyebabkan beliau merasakan kebebasan beliau dirampas, beliau dihalang menerbitkan sebarang karya, menghubungi para pelajar dan mengadakan kuliah-kuliah untuk masyarakat Iran berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad swt sehingga beliau membuat keputusan berhijrah ke England untuk mencari kebebasan diri dan keluarganya.
Tiga minggu selepas ia sampai di London, pada 19 Jun 1977, beliau dibunuh oleh polis Shah Iran yang dikenali sebagai SAVAK yang senantiasa mengekuri beliau ke mana beliau pergi.
Saya angkat kisah Dr Ali Shahriati ini untuk menunjukan kepada para pembaca bahawa format yang sama digunakan oleh regim UMNO untuk mematikan gerakan anti UMNO dikalangan golongan ilmuan, agamawan dan politikus yang berteraskan Islam bagi membolehkan UMNO yang memegang prinsip kebangsaan dan secular terus berkuasa sampai bila-bila, tetapi UMNO terlupa bahawa sebesar mana pun kuasa yang dimiliki oleh Shah Iran ketika itu, akhirnya beliau digulingkan oleh arus kebangkitan rakyat Iran yang bencikan pemerintahan yang dipenuhi dengan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.
UMNO juga akan menempuh jalan yang dilalui oleh Shah Iran. Kezaliman UMNO juga serupa apa yang dilakukan oleh Shah Iran. Untuk terus berkuasa, Shah Iran melakukan berbagai kezaliman terhadap rakyatnya. UMNO pun mengambil pendekatan yang serupa.
Rakyat marah dan bangkit menentangnya. Akhirnya Ayotollah Khomeni yang dibuang keluar negeri [ke Perancis] kembali ke Iran dan dengan bantuan rakyat dan pelajar-pelajar telah mengulingkan pemerintahan Shah Iran. Kemudian beliau mati dalam kehinaan.
Marilah sama-sama kita berdoa ramai-ramai agar UMNO juga dapat digulingkan sepertimana rakyat Iran bangkit mengulingkan pemerintahan Shah Iran dan kemudian beliau mati dalam kehinaan.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net.
Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
-Oleh Tun Telanai-
Majlis Syura PAS akan
tentukan siapa
Mursyidul Am malam ini
KUALA LUMPUR, - Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kalinya malam ini untuk sessi baru bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi badan yang paling berkuasa dalam PAS itu.
Mesyuarat malam ini yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pemimpin paling kanan di kalangan anggota yang ada. Mereka akan menentukan siapakah pengerusi Majlis Syura Ulama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya serta empat lagi anggota majlis itu.
Mursyidul Am PAS dan timbalannya kini disandang masing-masing oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.
Mesyuarat malam ini juga buat pertama kalinya akan mengikut format baru Majlis Syura berdasar pindaan terbaru kepada Perlembagaan PAS.
Melalui pindaan ini, anggota majlis ini adalah empat dipilih oleh Jawatankuasa PAS Pusat, empat dari Dewan Ulamak PAS Pusat dan dua dari setiap dewan iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Mereka pula akan memilih empat lagi anggota tambahan.
Sebelum ini, Majlis Syura hanya terdiri dari 12 anggota iaitu empat dilantik oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan empat oleh Dewan Ulamak PAS. Kelapan-lapan mereka pula akan melantik empat lagi anggota serta Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini telah memilih Abdul Hadi bersama dengan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta AJK Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai wakil mereka ke Majlis Syura.
Dewan Ulamak pula telah memilih ketuanya Datuk Harun Taib, timbalan Datuk Ahmad Yaakub, naib Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan AJKnya Ustaz Nik Zawawi Salleh sebagai anggota Majlis Syura.
Wakil Dewan Pemuda PAS pula adalah ketuanya, Nasharudin Hassan dan AJKnya Ustaz Zaharudin Mohamad.
Namun begitu, Dewan Muslimat tidak membuat keputusan di kalangan mereka tetapi menyenaraikan lima nama untuk dipilih dua di kalangan mereka oleh mesyuarat Majlis Syura yang pertama malam ini.
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
MELIHAT KE DALAM DIRI
SETELAH 2 TAHUN:
"Pakatan Rakyat diingatkan
jangan tiru budaya Umno!"
- Hj Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR, - Wawancara Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 15 Mac membincangkan prestasi pemerintahan dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat dan peluang dalam pilihan raya umum akan datang.
Harakah : Apa pandangan saudara berhubung prestasi kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat setelah dua tahun memerintah?
Mat Sabu : Dari segi umumnya lebih baik daripada kerajaan-kerajaan BN, terutama sekali perubahan 2yang dibuat di Selangor Pulau Pinang, untuk wujudkan kerajana yang berintergriti, wakil rakyat yang berintergriti nampak kedua-dua negeri ini melakukan perubahan yang begitu menakjubkan, adapun negeri-negeri lain perubahan berlaku tetapi perkara fundamental tidak diusik, misalnya peranan RTM, BTN.Kedah dan Kelantan tidak usik fundamental itu, sedangkan inilah punca kekuatan kepada Umno/BN, penyalahgunaan dua aggensi yang gunakan wang rakyat.Keberanian PP dan Sgor saya amatr kagum dnegan perubahan dua neferi ini.Saya harapa negeri2 lain membuat perubahan terutama dari sudut struktur, penyalahgunaan kuasa yang dilalui atau digunakan Umno/BN selama ini.Perubahan2 oitu perlu untuk kita kemukakan satu pemerintahan yang baru, kalau kita tidak melakukan perubahan ini bermakna kita hanya mengambil alih pemerintahan daripada Umno/BN, sedangkan segala bentuk strukturnya sama.
Apakah elemen-elemen yang baik yang ada pada pemerintahan negeri-negeri terbabit, mungkin ada contoh dari saudara?
Mat Sabu : Setakat ini Perak tidak dapat kita nilai sebab hanya 10 bulan walaupun ada perubahan yang mereka buat.Pulau Pinang dari sudut menyekat pembaziran, exco dan Ketua Menteri digalakkan berbelanja secara sederhana menggunakan wang kerajaan walaupun mereka berhak menggunakan wang kerajaan atas kerja rasmi, tetapi diminta gunakan secara minimum, dan ternyata mereka boleh selamatkan wang rakyat lebih 36 juta.Begitu juga segala bentuk perbelanjaan wakil rakyat Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa Selcat untuk memberi penerangan walaubagaimana pun perubahan-perubahan itu kita alu-alukan, tetapi kita belum lagi rasa berpuashati, kita tak mahu kita hanya mengambil alih sahaja pemerintahan BN, iaitu jika dahulu Menteri Besar A dengan Exconya, dan kini Menteri besar B dengan Exconya, tetapi perkara fundamental yang sebabkan penyelewengan tidak berubah.Ini kita harapkan perubahan.Di samping Kedah menunjukkan prestasi baik dalam memungut hasil balak, tetapi perkara pentadbiran perlu kita berani buat perubahan.Letakkan perubahan ke arah melahirkan kerajaan yang benar-benar berintegriti.Soal kalah menang dalam pilihan raya umum akan datang itu perkara yang kedua, tidak guna jika kita terus menang pilihan raya tetapi kita mengambilalih perangai dan struktur BN yang akhirnya menjurus kepada negara kepada kekurangan kewangan hasil penyelewengan yang diwarisi bertahun-tahun.
Adakah berlaku perubahan dalam sikap dan imej pimpinan, atau kerajaan negeri?
Mat Sabu : Adapun pemerintahan Perikatan pada peringkat awalpun penyalahgunaan kuasa dalam pembinaan kekayana orang politkk tidak ketara hanya selepas Mahathir memerintah dan kemudian Tun Abdullah Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak baru kita nampak pemimpin politik kaya mendadak.Kita tidak mahu benda seperti itu berlaku dalam pemerintahan kita, walaupun bibit-bibit awal itu mahu berlaku, kita perlu menentangnya.Macam kita kata di Kelantan, secara peribadi Tok Guru (Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) hidup dalam keadaan yang cukup sederhana , tidak menggunakan wang rakyat.Namun kita mengharapkan beliau mendoktrinkan amalan itu kepada bawahan sebab jika tidak diturunkan jadi satu pentadbiran, bila dia (Tok Guru) pergi nanti samada beliau berhenti atau meninggal dunia, makan cara pentadbirannya akan kembali kepada asal yang dibuat oleh BN, ini kita tidak mahu kerana kita mahu perubahan secara struktur, individu itu perlu tetapi struktur itu lebih penting daripada perubahan dalam hanya bentuk individu.
Mat Sabu : Kita lihat jika berlaku perubahan individu akhiynya struktur yang serupa akan makan balik apa yang berlaku di Kelantan kebelakangan ini ada dengar suara-suara yang walaupun tidak dibuktikan, tetapi kita dengarlah ada suara-suara orang tertentu dapat konsesi baklak secara berulang dan kaya mendadakan berlaku beberapa orang dan perkara itu akan berulang.Perginya orang-orang yang berintegriti seperti Tok Guru Nik Aziz, kita bimbang pulangan pentadbiran Umno/BN itu kembali.Ini yang kita mahukan perubahan itu dari sudut menyeluruh dan berintergriti kerajaan itu disamping perubahan individu.Memang perubahan itu bermula dengan individu, tetapi ia mesti dimulakan turun ke bawah untuk wujudkan pentadbiran yang penuh intergriti.
Soalan :Rakyat sebelum PR memerintah mereka mahukan kerajaan intergriti adakah pada Saudara sudah menepati atau sebagainya?
Mat Sabu : Belum menepati, tetapi peringkat awal tadi saya kata persembahan baik.Sebabamacam kita kata bahawa kerajaan Umar Abdul Aziz cuba nak memperbetulkan pengagihan kekayaan negara tetapi beliau hanya memerintah dua tahun empat bulan tetapi sistem yang beliau tinggalkan itu menjadi rujukan dan kajian seluruh universiti hingga kini.Pada saya jika kita buat perubahan belum tentu kita menang dalam PRU13.Kita kena asingkan antara mengwujudkan kerajaan yang menang dalam pilihan raya umum atau mengwujudkan sebuah kerajaan yang berintergriti. Kadang kala kita takut nak buat perubahan hingga kita takut nak buat apa-apa, ini nanti kita bimbang konsep amar maaruf nahi mungkar itu tak berjalan, kita tengok amar maaruf itu berjalan tetapi nahi mungkar itu kita tidak berani.Nahi mungkar itu dalam bentuk rasuah, nepotisme, memberi kontrak kepada orang yang sama berulang-ulang, atau dalam nahi mungkar dalam bentuk arak judi dan kelab malam dan sebagainya.Akhirnya kita tidak berani buat apa-apa dalam nahi mungkar sebaba kita takut hilang kuasa, bila takut hilang kuasa maka kita kekalkan sistem yang ada maka ia berulang apa yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN walaupun kerajaannya bertukar yang ini tidak capai matlamatlah.Bagi saya kita baru dua tahun dan kita boleh baiki keadaanlah, saya nampak fundamental kerajaan lama hanya digoyang oleh Pulau Pinang dan Selangor sahaja, tetapi kalau tanya pilihan raya akan datang merka menang atau tidak itu 'wallahuaklam' tetapi mereka telah ubah, wujudkan Selcat, CAT, tender terbuka di Pulau Pinang, jika kita menguasai kerajaan pusat dan membuat tender terbuka seperti ini mungkin kita akan lihat suatu hari nanti Ketua Umno Bahagian terpaksa jual mee goreng untuk cari makan dan bukan boleh lagi harapkan kit bag money ataupun syarikat dua ringgit untuk projek kerajaan, dan sebagainya.Maka kita akan lahirkan usahawa tulen pada masa akan datang yang menyebabkan rakyat dan masyarakat, negara lebih mewah.
Soalan : Kerajaan negeri yang disebutkan cukup teruk diserang Umno mutakhir ini, apakah sebabnya?
Mat Sabu : Ya...Umno rasa terancam terutamanya di Pulau Pinang, jika mereka nak cari makan dengan cara amalan dahulu dah tidak boleh kerana mereka mesti ada syarikat, kena masuk tender dan tidak boleh lagi menelefon orang tertentu untuk masuk projek, mungkinlah ada satu dua yang bocor tetapi secara umumnya payahlah. Mereka dapat bayangkan kalaulah kerajaan pusat begini pemerintahannya akan datang jadi orang-orang politik ini yang nak cari makan kerana kedudukan dalamn politik habis, sekarang ini kita dengar cerita-cerita dalam politik wang sudah menjadi perkara umum, dalam Umno jika nak menang dalam Ketua Bahagian, mereka perlu habiskan dua tiga juta ringgit, kerana mereka tahu selepas jadi ketua bahagian mereka boleh dapat lebih dari itu dalam masa dua tiga tahun, jadi menjadi pemimpin politik adalah pelaburan, jadi benda itulah yang kita di Pakatan Rakyat kena hentikan, orang yang nak kaya dia mesti kerja ikut profesionalisme mereka bukan melalui kedudukan politik.Ini yang saya kagum dengan apa yang dibuat di Selangor dan Pulau Pinang, banyak kelemahan tetapi mereka telah memulakan satu era baharu.Tidak dilakukan di negeri-neger\i bawah PAS.
Adakah perlu pembaharuan di negeri yang diperintah PAS?
Mat Sabu : Ya mesti membuat perubahan dan pembaharuan berani buat walaupun kita akan kalah dalam pilihan raya akan datang.
Pernahkah dicadangkan di negeri-negeri PAS supaya wujudkan jawatankuasa pemantau untuk memantau perjalanan pentadbiran, hal ehwal wakil rakyat dan intergriti mereka termasuk di Kelantan?
Mat Sabu : Ada tetapi tidak berapa berjalanpun, kita tengok di Kelantan kita nampak tuduhan dan dapat dilihat satu tuduhan itu dan dapat dilihat, orang yang terlibat dalam balak orang itu memang akan kaya mendadak, kaya mendadak berlaku perubahan yang mendadak, kaya bertambah kaya pada orang yang sama.Ini siaran ulangan apa yang dibuat oleh BN, dengan intergriti Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besarnya itu kita tak nafikan.Kita jangan lupa rakyat mengundi dan mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan itu kerana intergriti Menteri Besarnya, tetapi persoalannya jika menteri besarnya itu 'pergi' sistemnya tidak berubah kita bimbang apa yang akan berlaku pada masa akan datang oleh itu kita mahu perubahan berlaku pada sistem dan struktur pentadbiran itu sendiri.Sebab kita lihat negara kita yang kaya ini misalnya sekarang ini tahun lalu sahaja di kerajaan pusat, perbelanjaan yang bocor 28 billion, kalau kita ambil alih kerajaan pusat mungkin jumlah bocor itu sama jika sistemnya tidak berubah.Tetapi jika dibuat seperti Selcar dan CAT ini jika tidak dapat 'zerokan' tetapi dapat dikurangkan begitu banyak.Akhirnya wang dapat dikembalikan kepada khazanah negara dan rakyat akan dapat sedikit kelegaan kebajikan pada masa akan datang.Di sini PAS kena berani buat perubahan itu, jika tidak kita buat perubahan di peringkat awal tambah pula dua tiga penggal berakar umbi kita hanya akan ulang sistem BN, cuma dulu kroni BN sekarang kroni kita.Ini yang saya cuba menulis hal ini kebelakangan ini.Saya telah 30 tahun lebih lihat perubahan pemerintahan di luar negara saya lihat perubahan yang dibuat bersungguh di Singapura, China, Jepun dan negeri yang kalah perang dengan British dan miskin muncul sebagai antara gergasi ekonomi dunia kini, mereka ini memerangi rasuah, walaupun masih ada sedikit tetapi ketara perubahan itu berlaku.Jadi bagi saya berita-berita yang mutakhir ini yang kita dengar berlaku di Kelantan itu tidak menyenangkan kita walaupun kita sebut soal sejengkal dilaporkan sebagai satu hasta, tetapi satu jengkalpun berlaku, itu yang kita tidak mahu kerana sejengkal boleh jadi satu hasta.
Begitu juga kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dalam interbiu Selcat mereka, ada Adun yang berbelanja makan durian hingga berbelas ribu tetapi dengan kaedah itu mereka telah diinterbiu dan mereka kena jawab dan jelaskan kepada jawatankuasa kenapa berbelanja begitu, ertinya ada akautabiliti peruntukan itu lebih telus pada masa akan datang, ini yang kita harapkan berlaku.Jika kita tidak berani buat perubahan fundamental ini pada awalnya bolehlah kita tunjukkan kita dapat naikkan pendapatan sana-sini, tetapi dalam masa yang sama saya melihat kroni baharu sudah muncul, jika kroni baru muncul masuk dua penggal kita akan jadi macam Umno. Kita kena ingat Perikatan sendiri memerintah awal dulu baik, menteri-menterinya hanya ada harta mengikut gaji mereka, cuma kebelakangan ini dari zaman Tun Mahathir jadi begitu, tetapi di peringkat kita jika dari awal lagi kita tunjukkan yang tidak baik, belakang lagi kita bimbang lebih buruk kita dilihat rasuah dan seleweng nepotisme atas nama Islam, berbanding atas nama sekular.Inilah yang saya bimbang.
Ada pandangan yang menyatakan PAS seolah-olah gadai prinsip dengan sikap demikian?
Mat Sabu : Tidak menggadai..saya tengok dalam PAS sendiri dari segi menentang rasuah dan penyelewengan, dari sudut ceramah dan penerangannya memang berlainan dari parti lain.Dan dalam sudut buat masa singkat ini dalam memerangi rasuah, saya nampak boleh kepada DAP dengan kehidupan wakil rakyatnya yang hanya bergantung kepada elaun-elaun wakil rakyat yang tidak seberapa, mereka lebih zuhud jauh dari wakil rakyat kita, sedangkan kita daripada parti Islam mesti atasi DAP.melainkankan ada mereka yang orang meniaga dan dah kaya kemudian masuk politik, ini cerita lainlah.Kita nampak intergriti hidup bertawadhuk dan bergantung kehidupan hanya dengan elaun bukan meniaga, kita nampak hanya wakil rakyat DAP lebih bertahan berebanding kita.
Dengan prestasi yang ada, adakah kerajaan Pakatan Rakyat ini akan bertahan?
Mat Sabu : Dalam pilihan raya akan datang ini kita nampak peluang Pakatan Rakyat cerah sebab orang dah meluat dengan Umno, dan orang Umno pun dah meluat dengan Umno, bukan kerana persembahan kita terlalu baik tetapi kerana Umno terlalu lama, dan borokrasi mereka terdedah sekarang.Misalnya bila Tan Sri Abdul Khaldi Ibrahim (MB Selangor) melarang pegawai kerajaan negeri mengikuti program BTN dan kemudiannya sepatutnya diikuti dengan Pulau Pinang, diikuti Kedah dan Kelantan sebab itulah senjata yang digunakan oleh Umbo/BN kenapa kita tidak berani.Ada yang kata kita takut hilang kerajaan, biarlah kerana selama ini kita sudah biasa jadi pembangkang, tetapi kita kena tunjukkan berani buat perubahan.
Soalan : Sikap Umno/BN gunakan polis dan pihak berkuasa lain beri tekanan kepada Pakatan Rakyat. apa komen Saudara?
Mat Sabu : Itu tidak perkara baru sebaba gunakan polis ini lama dah kerana ia digiatkan oleh pemerintahan Mahathir sampailah sekarang.Jadi tidak ada perubahan ke arah kebaikan bahkan bertambah buruk adalah.Kita ada media bloggers yang perlu diselaraskan, ini boleh memberi maklumat lain kepada rakyat.Maklumlah kita ini duduk dalam dunia ketiga yang mana kerajaan masih mengamalkan pemerintahan 'JAKUN' ini bukan pengertian Jakun di Sarawak tetapi yang bermaksud 'peerak'(bahasa kedah). Kita jangka dekat pilihan raya nanti mereka (umno) akan lebih agresif, tetapi saya nak kata bahawa rakyat juga akan lebih agresif.Kita nampak yang paling lemah komponen BN iaitu MIC, Gerakan dan MCA juga Pemuda Umno yang sudah mati kutu, dan hilang taring jika banding dnegan tahun 70-an, mereka ada dalam keadaan lemah, mereka ada wang tetapi tidak ada kadir-kadir yang berani, bahkan di tempat-tempat awam pun orang Melayu kini agak susah nak mengaku mereka sokong Umno.
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
-Oleh: Wan Nordin Wan Yaacob-
Demo: PAS ucap tahniah
kepada Orang Asli
PUTRAJAYA, - Parti Islam Semalaysia mengucap tahniah kepada orang asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya pada 18 Mac 2010 kerana menuntut hak mereka yang dicabul. Penghormatan yang patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai dua ribu orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri. Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.
Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
Nampaknya orang asli lebih sensitif dalam mempertahankan hak mereka yang dicabul oleh kerajaaan BN. Walaupun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan.".
Kejayaan orang asli yang mengumpulkan hampir 2 ribu orang ke Putrajaya merupakan satu perkembangan yang baik. Ini bermakna kesedaran politik yang dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini sudah mendasari hingga ke akar umbi, seperti orang asli sudah berani menuntut hak mereka melalui jalanraya. Selama ini orang asli hanya menjadi pemerhati dari jauh dan dilihat oleh pemimpin BN sentiasa menyokong tindakan kerajaan.
Hari ini mereka telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat dan sebagai mercu tanda perubahan politik pada masa akan datang insyaAllah.
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
-Oleh: Ustaz Idris Hj Ahmad-
-Ketua Penerangan PAS Pusat-








