" KOLEKSI BERITA NO:3 "




Umno tidak perlu berubah...

11 OKT. 2009

TELOK KEMANG, -ANALISA-

Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.

Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.

Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Dengan kemenangan ini, para media BN esok akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat setakat Selangor sahaja dan sebagainya.

Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.

Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.

Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti, dan jangan mendabik dada.....

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-


Polis buat tak tahu
ketika samseng Umno
mengganas...

9 OKT. 2009

TELOK KEMANG, - Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis.

Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupkan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

Beliau mendakwa, ada kemungkinan tindakan ini 'sengaja' dirancang hanya untuk memberi tekanan kepada petugas Pakatan Rakyat.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Azamin Amin-


MB Kelantan,
Sasterawan Negara
di Bagan Pinang malam ini

8 OKT. 2009

BAGAN PINANG, - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said adalah antara tokoh yang akan berceramah dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang malam ini.

Menteri Besar Kelantan dijadualkan menyampaikan ceramahnya di Bilik Gerakan DAP, Batu 9, Jalan Pantai malam ini.

Selain beliau, turut berceramah dalam majlis yang sama ialah Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda DAP yang juga Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimem Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Badrulamin Bahron.

A Samad Said akan berceramah di Taman Desa Rusa, Batu 4, Jalan pantai.

Turut berceramah bersama beliau ialah Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Ustaz Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua AMK Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff.

Salahuddin yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil itu juga akan berceramah di Markaz Dewan Ulama di Batu 3, Jalan Pantai.

Turut berceramah dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar akan berceramah di Taman Batu, Batu 7 bersama-sama Ahli Parlimen Telok Kemang yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan Dato� Kamarul Baharin Abbas, dua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mazlan Aliman dan Ustaz Mujahid Yusof rama serta bekas Setiausaha Menteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Para pengundi Bagan Pinag khususnya dijemput menghadiri ceramah-ceramah tersebut bagi mendengar penjelasan mengenai isu rasuah, undi pos, cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai siapakah pengkhianat Melayu.

Dalam perkembangan lain, seluruh petugas PAS diarah turun ke Bagan Pinang dan bersiap siaga ekoran insiden serangan ganas penyokong BN ke atas pemuda PAS malam tadi.

Arahan untuk berkawal pada majlis ceramah pada malam ini juga difahamkan sudah dimaklum kepada semua jentera.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Abdul Aziz Mustafa-


Nilai untung rugi
sebelum memilih calon

7 OKT. 2009

TELOK KEMANG, - Pengundi Bagan Pinang diminta menilai dengan teliti apa yang mereka dapat jika calon Umno menang dan apa yang mereka dapat jika calon Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil kali ini.

Bagi Pengarah Bersama Jentera PAS untuk pilihan raya kecil ini, Dr Dzulkefli Ahmad rakyat paling banyak untung jika calon PAS menang dalam pilihan raya ini.

"Jika PAS menang, Umno akan cuba memperbaikkan partinya yang terlalu banyak dipalitkan dengan isu rasuah, pembaziran, projek terbengkalai di peringkat kerajaan negeri.

"Bila itu berlaku, rakyatlah yang paling banyak mendapat manafaatnya.

"Jika Isa menang, Umno akan kian angkuh membawa pembangunan palsu untuk kepentingan kroni-kroninya dan rakyat tidak akan dapat apa-apa.�

Demikian penegasan Dr. Dzulkifli Ahmad, pagi tadi, apabila ditanya untung rugi memilih calon Pakatan Zulkefli Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menganggap beberapa pendedahan rasuah yang dipalitkan pada peribadi Isa itu membuktikan Isa tidak berupaya mengurus tadbir kerajaan negeri mahupun Dun kelak.

Beliau yang sebelum ini menyifatkan Isa sebagai ikon pembangunan palsu; mengajak rakyat menghitung pembangunan yang sedia ada di Port Dickson, sama ada benar-benar mengutamakan kualiti hidup rakyat atau mementingkan kroni-kronik tertentu dalam Umno sahaja.

Jika Umno menang, Umno akan kekal bongkak, angkuh, tidak mementingkan rakyat dan mengekal sistem pemerintahan korup yang ada.

Namun, jika Umno kalah, parti pemerintah di peringkat pusat itu akan berubah kerana takut rebah dan mengutamakan rakyat.

Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tokoh Umno yang begitu lantang mengkritik pencalonan Isa.

"Rasuah berleluasa kerana pemimpin tetap diberi sokongan walaupun tetap terbabit," tegas Mahathir.

Bekas Perdana Menteri ini sehingga sekarang bertegas tidak mahu turun ke sini, berkempen untuk Isa yang diketahui khalayak melazimi rasuah.

Dalam perkembangan berkaitan, calon Pakatan Rakyat Zulkefly dilihat tidak mempunyai maslaah integriti berbanding Isa.

Zulkefly yang pernah memimpin gerakan sukarelawan memperjuangkan isu-isu alam sekitar seperti No Incinerator Broga, sudah tentu diperlukan untuk menangani beberapa isu malar segar tempatan seperti pencemaran pantai-sungai, pembiakan lalat serta masalah sampah-sarap.

Manakala Isa yang pernah menjadi Adun Linggi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, dijangkakan berdepan pelbagai lagi kritikan, kerana rakyat sedang menghitung 22 tahun kepemimpinannya dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Isu pergantungan keahlian Isa selama 3 tahun kerana sah melakukan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2005, sehingga mendesak beliau melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan merencamkan lagi pelbagai tandatanya kepada calon taruhan Umno itu.

Perhitungan untung rugi antara Zulkefly dan Isa menyebabkan rakyat tidak mempunyai banyak pilihan; kecuali memilih pemimpin yang amanah, bersih serta berkemampuan mengurus tadbir kerajaan serta Dun kelak.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Dzulfikar Mashoor-


Mahasiswa bantah
kenyataan Menteri

7 OKT. 2009

KUALA LUMPUR, - Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) membantah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap tindakan mahasiswa yang menolak sistem pengundian berkomputer, atau dikenali e-undi di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan menyifatkannya sebagai tidak menghormati hak asasi mahasiswa.

Timbalan Pengerusi MPMN, Hishamuddin Che Ali berkata kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan oleh Khaled Nordin terutamanya menyamakan tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu dengan sikap parti pembangkang.

"Apabila memperkatakan mahasiswa bersekutu dengan pembangkang atas isu e-voting ini, kami berasa terkilan dan terkejut dengan kenyataan ini kerana isu e-voting adalah isu hak asasi seseorang warganegara bernama mahasiswa, bukannya isu yang bersifat pro pembangkang," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Hishamuddin berkata kenyataan seperti itu tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa danMPMN mencadangkan agar mahasiswa duduk semeja dengan pihak kementrian terutamannya menteri itu sendiri.

"MPMN amat menghormati pendirian Menteri (Dato' Khalid) dan tidak mahu memanjangkan isu ini keranan ia tidak menguntungkan kedua-dua pihak ," katanya lagi.

Tetapi ujarnya lagi bahawa menjadi tanggungjawab Kementrian untuk menggesa semua pihak Universiti untuk menjalankan pilihanraya adil dan berdemokrasi dengan menggunakan sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper), bukannya menggunakan sistem e-undi yang sebenarnya telah ditolak oleh 90 peratus daripada lebih kurang 200 wakil calon dalam pemilihan UMNO mac lalu.

Kaedah mengundi secara elektronik telah mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta dilaporkan akan digunakan di kampus-kampus lain yang dijangka akan mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) bermula pada pertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan, bergantung kepada keputusan di peringkat universiti masing-masing.

Dilaporkan bahawa penamaan calon bagi pilihan raya kampus UUM akan berlangsung Khamis ini, manakala pengundian dijadualkan pada 12 Oktober.

Sementara di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula, penamaan calon akan bermula esok dan pengundiannya 14 Oktober ini.

MPMN katanya akan bersama-sama dengan gerakan mahasiswa lain bagi menbantah pengunaan sistem e-undi disebabkan oleh sistem yang boleh dimanipulasikan dan juga pengunaannya boleh mencacatkan pengamalan sistem demokrasi di negara ini.

"Adakah logik apabila pilihanraya di kampus menggunakan komputer untuk mengundi, tetapi apabila mengundi di luar, mereka ini (mahasiswa) akan menggunakan sistem manual," ujarnya yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam pada itu, Hisyamuddin turut mengulas tentang kenyataan beramaran Menteri bahawa pelajar yang dikenal pasti terbabit dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang akan dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Katanya ia adalah isu lapuk dan bukannya senjata ampuh untuk takutkan mahasiswa kerana mahasiswa sudah lama memijak-mijak akta ini termasuk pindaan terbaru serta tidak mengiktiraf akta zalim ini.

"AUKU sudah tidak relevan dalam kancah politik baru Malaysia dan jika pengunaan AUKU dikenakan kepada mahasiswa, ianya akan dilihat oleh kaca mata masyarakat sivil sebagai sesuatu yang tidak adil," tegasnya.

"Sekiranya pihak Kementrian beria-ia untuk kenakan mahasiswa dengan AUKU, sepatutnya mahasiswa UiTM Shah Alam yang berdemontrasi pada 12 Ogos tahun lepas yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu dan bukannya melakukan pendakwaan secaa terpilih," ujarnya sambil menambah bahawa demontrasi haram mahasiswa UiTM adalah merupakan binding precedent case (kes duluan mengikat) bagi seluruh mahasiswa apabila berbicara soal AUKU.

Tambahnya lagi bahawa isu AUKU merupakan isu taboo bagi mahasiswa dan ianya perlu diselesaikan segera agar mahasiswa tidak takut dengan akta terbabit.

Justeru itu dilaporkan bahawa MPMN sedang menyiapkan laporan tentang kezaliman AUKU untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi laporan tahunan 2009.

Badan mahasiswa itu juga turut merancang untuk menghidupkan kembali Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dan akan melancarkan satu deklarasi mengenai Akta yang telah berusia 28 tahun itu dalam masa terdekat.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-


PAS dan DAP Selangor
janji rapatkan hubungan

7 OKT. 2009

SHAH ALAM, - PAS dan DAP Selangor berjaya merapatkan hubungan dan persefahaman antara mereka dalam pertemuan mejabulat hari dan akan menganjurkan lagi majlis serupa dengan melibatkan PKR pula selepas ini.

Mereka juga mencapai lima kata sepakat selepas perbincangan hampir tiga jam ini dan berazam akan mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada akan kekal sampai bila-bila.

Kelima-lima keputusan itu adalah:

1) Berusaha mengelakkan percanggahan pendapat antara mereka.

2) Mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada kekal sampai bila-bila.

3) Pertahankan kerajaan yang ada dari angkara anasir pemecahbelah perpaduan antara mereka.

4) Menyedari bahawa ada banyak ruang kerjasama antara mereka dan yakin dengan semangat setiakawan semuanya akan berjaya diselesaikan.

5) Pertemuan sebegini akan diadakan lagi selepas ini dan melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menjadi komponen Pakatan rakyat.

PAS dan DAP Selangor memulakan mesyuarat meja bulat mereka di sebuah hotel dekat Shah Alam mulai jam 2 petang tadi.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin kanan dari kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara mereka khasnya di dalam media.

Delegasi PAS dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali manakala DAP dipimpin oleh Teresa Kok.

Turut menyertai mesyuarat ini adalah para timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Osman Bin Hj Sabran, Iskandar Samad dan Dr Che Rosli Bin Che Mat), Setiausaha Perhubungan (Khairudin Othman), Ketua Penerangan (Roslan Shahir) dan Bendahari (Hj Ahmad Yusof Bin Ludin) PAS Selangor.

Turut serta Ketua Ulama, Pemuda dan Muslimat.

Di pihak DAP pula, selain Teresa Kok adalah Ronie Liu, Ean Yong Hian Wah dan beberapa orang lain lagi.

Menurut mereka, sidang akhbar akan diadakan jam 4 petang ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir dalam blognya mengaku memang ada sengketa sebelum ini di antara kedua-dua parti ini.

"Kita akui hakikat ini," tulis Roslan.

Bagi beliau, kerajaan PR Selangor adalah satu kerajaan baru setelah kerajaan yang lanjut usianya iaitu kerajaan BN berjaya ditelentangkan.

"Orang baru, berdarah muda, penuh dan kaya dengan idea dan pandangan. Kerana itu ia nampak berkocak, tetapi kocakkan itu tidaklah sehingga menumpahkan muatan yang telah sama kita perjuangkan dengan darah dan airmata," tulisnya.

Perjumpaan hari Rabu ini (hari ini) cuba untuk melihat dan mengenal pasti saluran dan rangkaian persamaan yang ada pada kedua-dua parti, tulisnya.

"Saya yakin usaha 7 Oktober ini akan membuahkan hasil yang baik sekaligus memadamkan api persengketaan yang cuba dibakaroleh pihak-pihak tertentu," tulisnya lagi.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Hazayani Zakaria gambar Shukri Mohamad-


Tanpa Selcat,
penyelewengan dana oleh
BN masih tersembunyi

7 OKT. 2009

KUALA LUMPUR, - Dengan kerjasama yang baik diberikan oleh para pegawai daerah dan kakitangan kerajaan negeri kepada Selcat, telah mendedahkan kepada umum beberapa penyelewengan harta dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh wakil rakyat-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selama ini.

Isu seperti percutian ke Disneyland dan Morocco yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, peruntukan RM500,000 kepada Adun-Adun BN yang habis selama sebulan setengah, Balkis dan dana tambahan RM10 juta untuk setiap daerah adalah antara beberapa kes yang terbongkar ketika sesi pendengaran awam Selcat dilaksanakan.

Demikian pendapat yang dinyatakan salah seorang anggota Selcat, Shaari Sungib (PAS-Hulu Kelang) ketika ditanya peranan dan kepentingan Selcat atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor.

"Tanpa pendengaran awam ini, sudah pasti penyelewengan dan penyalahgunaan BN masih tersembunyi tanpa pengetahuan umum yang akhirnya akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri manakala dana rakyat dan kuasa diguna sewenang-wenagnya tanpa sebarang pantauan.

"Lihat sahaja apa yang berlaku kepada PKFZ dan skandal BMF dahulu. Ini terjadi kerana tiada akauntabiliti dan institusi yang memantau seperti Selcat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi yang tercetus baru-baru ini tentang proses pengendalian pendengaran awam itu yang mendapat kritikan.

"Saya tidak mahu komen lanjut. Nanti pelbagai tafsiran pula terhadap PAS dan pihak-pihak lain.

"Cuma saya nak beritahu kerjasama yang diberikan oleh pegawai daerah dan kakitangan kerajaan sangat baik.Tanpa penjelasan mereka, kita tidak tahu penyelewengan yang berlaku dan mana-mana kaedah pentadbiran serta pengurusan kewangan yang perlu diperbaiki," katanya

Shaari juga menjelaskan fungsi Selcat boleh diumpamakan seperti Suhakam yang hanya bertindak menjanlankan proses pendengaran awam semata-mata dan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan kepada yang bersalah.

Salah faham inilah yang menyebabkan ramai yang yang menyangka Selcat bersifat menghukum sedangkan institusi itu hanya menyerahkan penyata dan laporan kepada Dewan untuk mengambil langkah seterusnya.

Sungguhpun ia sekadar pendengaran awam, namun ia memberi kesan dan impak yang amat besar kepada masyarakat apabila rakyat mendapat pendedahan, media membuat liputan yang meluas manakala pihak berkuasa dan mahkamah merujuk laporan yang disediakan untuk membuat sesuatu tindakan.

Seperti contoh, kes Kesas yang dilaporkan oleh Suhakam pada 2001, telah menyebabkan Mahkamah membuat keputusan bahawa 11 orang OKT dalam kes perhimpuan �100,000 rakyat di Lebuhraya Kesas' yang berlaku 9 tahun yang lalu tidak bersalah.

Berdasarkan Kertas Laporan Suhakam berhubung Inkuiri Kes Suhakam yang dikeluarkan pada Ogos 2001 jelas mengatakan bahawa hujah pendakwaan adalah tidak berasas sebaliknya pihak Polis telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia dengan mengkasari orang ramai dengan secara keterlaluan hingga menyebabkan kecederaan kepada orang ramai.

"Dewan yang membahas dan mengusulkan sesuatu tindakan dan melalui 'Privilege Committee' sesuatu hukuman dilaksanakan.

"Bagi kes Khir Toyo kita sudah beri dia peluang untuk membela diri sama ada di Selcat atau di Dewan tetapi dia tidak mengendahkannya. Justeru satu tindakan dikenakan kerana sikap dia yang menghina Dewan," kata beliau menjelaskan kedudukan secara ringkas prosiding yang dijalankan.

Selcat kata Adun Hulu Kelang itu mendedahkan kepada masyarakat tentang apa yang berlaku di sebalik tabir sebuah pemerintahan negeri terutama dalam hal berkaitan kewangan dan harta yang sepatutnya sampai dan disalurkan kepada rakyat setempat.

"Dengan adanya institusi ini, tiada wujud pemusatan kuasa atau salah guna yang melampau oleh para pemimpin baik daripada BN mahupun oleh Pakatan Rakyat.

"Ia membuatkan kita berfikir dengan waras dan bukannya 'angguk dan membuta tuli' mengikut arahan pemimpin. Mesti ada fakta dan penjelasan yang kukuh sebelum membuat sesuatu," katanya.

Selcat katanya diamalkan di Negara-negara Komanwel, meliputi pengurusan kewangan, rang undang-undang dan pentadbiran seperti di England, Kanada, New Zealand dan lain-lain.

Selain Selcat, dewan negeri juga telah menubuhkan tiga jawatankuasa lain iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Anak-anak Syarikat (GLC) dan Badan Berkanun serta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, kata Shaari.

Menurut Shaari sistem ini perlu diteruskan pentadbiran kerajaan negeri merangkumi sistem 'check and balance'.

"Selcat adalah institusi yang amat baik, yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bukan sahaja untuk menilai dan menyelidik segala penyelewengan dan salahguna kuasa oleh badan-badan yang berkaitan kerajaan negeri Selangor,

"Tetapi bagaimana harta dan wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat digunakan," katanya. - mks.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Azamin Amin-


Isa Samad ikon
kepalsuan, kata PAS

6 OKT. 2009

TELOK KEMANG, - PAS dakwa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah ikon kepalsuan, berdasarkan beberapa rekod projek terbengkalai di bawah kepemimpinan bekas Menteri Besar itu.

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pembangunan palsu Umno itu bermakna tidak mengutamakan kesejahteraan serta kualiti hidup rakyat.

"Ini (projek terbengkalai) telah menjadi tema, cara urus tadbir Isa (calon Umno) sejak sekian lamanya, sama ada di (Dun) Linggi dan akan terus berlaku di (Dun) Bagan Pinang ini jika Isa dimenangkan.

"Sebab itu kita angkat Isa sebagai ikon kepalsuan, kerana keutamaannya (pembangunan) bukan untuk rakyat, tetapi kronik-kroninya.

"Berdasarkan beberapa pendedahan yang dibuat sejak tiga hari lalu, pembangunan yang dibawa Umno adalah pembangunan palsu," kata beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, ikon kepalsuan itu bukan sesuatu yang direka-reka, tetapi sesuatu yang boleh dilihat di sini.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Pengarah pilihan raya ini, Salehuddin Ayub meminta semua wartawan dan blogger membuat perhitungan berdasarkan beberapa gambar projek terbengkalai tersebut.

Sambil menyifatkan projek-projek tersebut sebagai pembangunan hantu, Salehuddin juga meminta Isa menjelaskan agenda politiknya sama seperti Zulkefly.

Semalam, PAS mendedahkan masalah perparitan, penaiktarafan jalan utama Telok Kemang - Port Dickson serta pencemaran pusat perlancongan dan pantai Port Dickson.

Beberapa hari lalu, sebuah perhentian bas di Linggi, Dun yang pernah diwakili Isa sejak 1978 lalu turut didedahkan kepada khalayak.

Isa yang sejak awal tempoh berkempen dilihat tidak bersih, sekali lagi terpaksa menafikan bahawa beliau bukanlah ikon kepalsuan sebagaimana yang didakwa PAS Pakatan Rakyat.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Dzulfikar Mashoor-


PAS Selangor dan
DAP Selangor jumpa
di meja bulat 7 Oktober

5 OKT. 2009

SHAH ALAM, - PAS dan DAP Selangor akan mengadakan pertemuan meja bulat pada Rabu 7 Oktober ini, kata Ketua Penerangan PAS Selangor.

Bagi beliau, pertemuan ini bakal menyaksikan suatu sejarah baru dalam politik PAS dan DAP Selangor pasca PRU12.

"Dalam sibuk media memainkan darihal keretakkan dalam PR hasil dari kononnya perbalahan antara PAS dan DAP, usaha jujur dibuat bagi meneguhkan ikatan kedua-dua parti ini sekaligus mengukuhkan kerajaan PR Selangor," tulis beliau.

Hubungan PAS dan DAP Selangor penuh warna warni sejak kebekangan ini dan sering mendapat sorotan utama media.

Ia bermula dengan isu jualan arak yang memperlihatkan pertembungan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali dengan Ronnie Liu.

Yang terbaru, Hassan sekali lagi dilihat bertembung dengan DAP apabila beliau mengkritik Selcat yang dipengerusikan oleh Teng Chan Kim.

Sesi persidangan meja bulat ini bertujuan menyusun langkah mengukuhkan hubungan dan memastikan kerajaan PR Selangor terus kekal membela dan memimpin rakyat.

"Memang ada sengketa sebelum ini, kita tidak nafikan. Memang nampak seolah tegang sebelum ini, semua dapat menghidu dan membaca dari pendedahan media.

"Tetapi apakah sehingga akan berpecah dan roboh kerajaan PR Selangor yang baru berusia 1 tahun 7 bulan ini? Kalau tanya Khir Toyo memang begitu, dan sesiapa yang menyimpan mimpi sebagaimana Khir Toyo teruslah bermimpi," tulis Roslan lagi.

Beliau yakin, Kerajaan PR Selangor adalah satu kerajaan baru setelah kerajaan yang lanjut usianya iaitu kerajaan BN berjaya ditelentangkan.

"Orang baru, berdarah muda, penuh dan kaya dengan idea dan pandangan. Kerana itu ia nampak berkocak, tetapi kocakkan itu tidaklah sehingga menumpahkan muatan yang telah sama kita perjuangkan dengan darah dan airmata," katanya.

Menurut Roslan, PAS dan DAP sebenarnya memiliki sejarah yang panjang.

Bukan hanya dizaman Ustaz Hasan Shukri malah dizaman almarhum Ustaz Ismail Hashim pun sebenarnya telah ada persefahaman walaupun tidak sampai keperingkat tahaluf sebenar sebagaimana hari ini.

"Pemimpin PAS dan DAP kerana masing-masing duduk di bangku pembangkang memang sentiasa memiliki hubungan walaupun tidaklah sekental hubungan pada hari ini," tulisnya lagi.

Perjumpaan hari Rabu ini cuba untuk melihat dan mengenal pasti saluran dan rangkaian persamaan yang ada pada kedua-dua parti.

Berbincang dan cuba memahami dasar dan prinsip masing-masing dan yang paling penting menghormati perbezaan masing-masing dan bergerak dari situ itu melangkah gagah mempertahankan kerajaan yang dibin oleh kekuatan bersama, katanya.

Menurutnya, PAS punya dasar dan prinsip perjuangannya.

Prinsip dan dasar ini akan terus dijunjung oleh PAS sampai bila-bila kerana itulah didikan dan tarbiyah yang diterima oleh ahli dan pimpinan PAS yang memperjuangkan Islam yang diwarisi dari Baginda Rasulullah saw.

"Dalam pada itu kita bersedia berkawan dan bertahaluf dengan mereka yang bersedia berbuat demikian dengan kita," tulisnya lagi.

Roslan yakin, usaha 7 Oktober ini akan membuahkan hasil yang baik sekaligus memadamkan api persengketaan yang cuba dibakaroleh pihak-pihak tertentu.

"Islam dijunjung di kepala tahaluf diletakkan di bahu. Itulah PAS. Sebagaimana ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden dalam ucapan dasarnya yang diterima oleh muktamar PAS ke 55 lalu iaitu:

"Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat USULIY dari segi prinsip-prinsip perjuangan, MU�ASIRAH dari segi kepimpinan dan organisasi jentera, ISTIQBALIY dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan," petiknya.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-


Pencalonan Isa:
Malaysia terus merudum
dalam persepsi rasuah

4 OKT. 2009

TELUK KEMANG, - PAS bimbang kedudukan Malaysia akan terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berikutan pemilihan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Kedudukan Malaysia dalam indeks itu terus merudum. Sebelum ini berada pada kedudukan ke 43. Sekarang ke 47.

"Sepatutnya kerajaan BN bertindak segera untuk memperbaiki kedudukan yang semakin merudum itu.

"Tetapi, apabila BN memilih Isa sebagai calon mereka di sini, nampaknya parti itu seperti merestui rasuah," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam ceramah pilihan raya tersebut.

BN, katanya, membuktikan keengganannya untuk memerangi rasuah.

"Umno kononnya hendak mengadakan perhimpunan khas untuk mengatasi politik wang.

"Tetapi sekarang nampak benar parti itu bersifat hipokrit apabila mendakwa mahu membasmi politik wang," kata Ahli Parlimen Pokok Senan itu dalam ceramahnya di Kampung Bagan Pinang.

Kampung Bagan Pinang ialah kampung Isa di mana beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang.

2005 lalu, keahlian bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dalam Umno digantung selama tiga tahun berikutan politik wang.

Ketika ditemui selepas ceramahnya, Mahfuz juga bimbang Malaysia akan dipandang semakin buruk oleh badan-badan integritu dunia jika Isa dipilih oleh rakyat Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil itu.

Menurut laporan terbaru Transparency International (TI), kedudukan Malaysia dalam CPI lebih buruk dari Israel.

Entiti yang dilabelkan sebagai entiti haram pengganas itu berada pada kedudukan ke 33, 14 tangga mengatasi Malaysia di dalam indeks persepsi rasuah itu.

Kejatuhan kedudukan Malaysia dalam CPI itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana sejak Malaysia terlibat dengan kajian TI itu, kedudukannya terus merudum.

Kali pertama Malaysia disenaraikan pada tahun 1995, ia berada pada kedudukan ke 23.

Rakyat negara ini menanggung kerugian RM10 billion setahun akibat rasuah. Kos yang sama boleh digunakan untuk membina sebuah universiti bagi memantapkan daya saing rakyat negara ini.

Wang sebanyak RM10 bilion juga boleh digunakan untuk membina lebih 150,000 rumah kos rendah, jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menyifatkan kedudukan Malaysia yang semakin merudum dalam CPI itu "bukan berita baru".

"Itu bukan berita. Macam cerita orang digigit anjing, itu bukan berita. Kalau orang yang menggigit anjing, itu baru berita," katanya.

Beliau menyifatkan kayu ukur yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam gembar-gembur mengenai Indeks Prestasi Utama (KPI) hakikatnya adalah "hampas" jika diambilkira kayu ukur yang digunakan di peringkat global.

"Tetapi itulah kelebihan Najib - syok sendiri," katanya.

Di bawah pemerintahan BN, katanya lagi, rakyat Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita dipandang seperti "pariah" oleh badan-badan integriti dunia.

Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula menyifatkan kemerosotan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah itu berpunca dari salah tumpuan kerajaan Najib.

"Najib sepatutnya memberikan tumpuan kepada kedudukan Malaysia yang semakin merudum dalam CPI bukannya membuat bising tentang KPI untuk mengaburi mata rakyat.

"KPI yang ada pada hari ini hanyalah 'end result' kepada rasuah," katanya.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Abdul Aziz Mustafa-


Bila sudah rasuah
dan berkroni

3 OKT. 2009

TELUK KEMANG, - Orang tempatan rata-ratanya mempersoal hak privasi pantai Telok Kemang yang diberikan kerajaan Negeri Sembilan kepada pengusaha Hotel Mayangsari sejak beberapa tahun lalu.

Pemberian itu disahkan bertentangan oleh Akta Tanah Pantai serta perairan � di mana ianya tidak boleh dimiliki secara persendirian, apatah lagi dikorporatkan.

Pengkorporatan tanah pantai itu mengakibatkan rakyat tempatan tidak boleh mengakses pantai awam secara bebas, seperti pantai-pantai yang lain.

Seorang penduduk tempatan yang enggan identitinya diketahui umum mendakwa, tanah tersebut dijual secara tidak berperundangan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sebelum itu, MPPD hanya membangunkan prasarana tandas awam di kawasan pelancongan itu.

Kemudiannya, MPPD menjual pula sebahagian tanah awam di persisiran pantai tersebut kepada pihak korporat, Hotel Mayangsari.

Ianya termasuk kawasan letak kereta berbayar, berdekatan hotel dan pantai awam.

Balai mandi awam bernilai RM200 ribu, dibina untuk tujuan perlancongan nasional turut mengenakan caj yang tinggi.

Seorang perunding korporat hotel yang ditemui kemudian, enggan mengulas lanjut. Sebaliknya, menasihatkan Harakahdaily supaya tidak mempolitikkan isu tanah pantai milikan Mayangsari.

Dalam perkembangan berkaitan yang lain, penduduk tempatan mendakwa Isa juga terlibat dalam penjualan tanah pantai terbabit secara haram, sewaktu menjadi Menteri Bear Negeri Sembilan.

Adun Port Dickson Bandar sendiri M. Ravi yang dihubungi kemudian menegaskan, bahawa skandal tanah yang melibatkan Isa sudah menjadi rahsia umum yang diketahui rakyat tempat.

"Rakyat di PD (Port Dickson) semuanya tahu tanah pantai diberikan kepada rakyat atau kroni," Menurut Ravi lagi, isu terbabit beberapa kali telah dibawa ke Parlimen, namun gagal diperbahas oleh Ahli-Ahli Parlimen Umno BN sendiri.

Mengulas dakwaan Isa adalah calon akar umbi Telok Kemang, Ravi mendakwa Isa hanya disokong oleh segelintir pemimpin tempatan yang sama-sama bersekongkol dalam aktiviti rasuah serta penyelewengan kuasa.

Kata Ravi lagi, mereka yang menjadi penyokong tegar Isa sebenarnya adalah mereka yang sudah pun menerima anugarah tanah serta wang ringgit daripada Isa, sewaktu calon Umno itu menjadi Menteri Besar.

Pengkorporatan tanah pantai ini menjadikan Isa seorang pemimpin rasuah; dan mementingkan kronik dari kepentingan rakyat.

Mengulas isu serangan peribadi ke atas calon yang menjadi trend pilihanraya kecil belakangan ini, Ravi tidak meminta pengundi N31 terus mempercayai beberapa pendedahan yang dilakukannya belakangan ini.

Sebaliknya, beliau meminta penduduk tempatan pergi sendiri ke Pantai Port Dickson untuk melihat gambaran sebenar pantai itu yang telah diprivasikan itu.

Selain hotel Mayangsari, terdapat beberapa hotel lain lagi di sepanjang pantai Port Dickson telah pun membeli tanah pantai secara haram dengan campur tangan kerajaan negeri, sewaktu Isa menjadi Menteri Besar.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Penyiasatan Dzulfikar Mashoor-


Lagi lubang penipuan
undi pos dibongkar

2 OKT. 2009

TELUK KEMANG, - Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.

Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.

Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.

Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.

"Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi," katanya yang juga ketua penerangan DPP.

Mengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.

Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.

"Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.

"Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan," katanya lagi.

Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.

Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.

Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.

"Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?

"Bila dipos ia akan memudahkan penipuan," ujarnya lagi.

Dalam blognya juga, dia turut mendedahkan jadual kempen Umno BN dalam kem.

Kempen dalam kem mereka bermula hari ini melibatkan Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah yang menempatkan seramai 847 pengundi pos.

Pada 5 haribulan pula, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkempen kepada Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala yang menempatkan sejumlah 1,130 anggota.

Manakala hari berikutnya, Zahid akan berkempen di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa yang menempatkan 407 anggota.

"Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan", katanya.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Nazri Abdullah-


Undi pos tidak telus,
PAS ada bukti!

2 OKT. 2009

MARANG, - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa PAS mempunyai bukti bahawa berlaku ketidaktelusan dalam undi pos.

Katanya, undi pos masih lagi tidak telus kerana masih terdapat dakwaan pengundi-pengundi pos yang tidak mengundi tetapi kertas undi mereka telah diundi orang lain.

"Cuma kita masih lagi mepersoalkan undi pos, kerana undi pos tidak telus, masih lagi terdapat 'igauan-igauan' yang menyatakan bahawa di sana terdapat pengundi-pengundi yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini (dakwaan yang) masyhur dalam undi pos, ini yang kita bimbang,"katanya.

Katanya, PAS mempunyai bukti dan ada individu yang sanggup memberikan keterangan terhadap perkara di atas.

Beliau juga berkata tidak ada kerahsiaan dalam undi pos di mana dengan kaedah yang ada sekarang, boleh diketahui siapa yang membuang undi berkenaan.

"Kita telah membuat bantahan kepada SPR, sehingga kini meraka tak mampu, contohnya kerahsiaan undi pos tidak ada sebenarnya.

"Kerana diberi dua kertas (dalam proses undi pos) satu kertas undi, satu kertas saksi, yang mengesahkan dia mengundi, kemudian kertas ini dimasukkan ke dalam dua sampul berlainan dan dimasukkan kedalam (sebuah) sampul besar.

"Apabila buka dua sampul ini, dia (pihak berkenaan) tahulah orang (pengundi pos) undi apa, di situ ada unsur ugutan berlaku,"jelasnya kepada media yang dipetik oleh Buletin Online selepas mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, kelmarin.

Namun demikian beliau berharap agar para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan membuat pemilihan tepat bagi memilih wakil rakyat terbaik untuk mereka.

Menurutnya, pengundi perlu membuat penilaian dengan sebaik-baiknya bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar memenuhi tuntutan rakyat, sebagaimana negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi bersih.

Beliau turut yakin calon PAS, Zulkefly Mohd Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan adalah seorang yang amanah kerana pernah bekerja dengan Pusat Zakat Selangor dan mempunyai rekod bersih dalam mengendalikan kewangan.

"Terpulang kepada BN (Barisan Nasional) nak pilih siap (calon mereka) kerana itu hak mereka, tapi kita yakin calon kita adalah bersih dan amanah serta mampu memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat.

"Insya-Allah,kita telah pilih calon terbaik dari segi khidmat yang mampu diberi kepada masyarakat Bagan Pinang dan sekiranya terpilih menjadi ADUN, kita kita yakin beliau mampu memainkan peranan yang besar,"katanya apabila ditanya pihak media tentang perbezaan antara calon PAS dan BN.

Sehubungan itu, beliau yakin, PAS akan menang dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 10 Oktober depan berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008.

"Peluang untuk kita (PAS) menang sangat baik kerana kita sudah mencapai kemajuan di kawasan itu, apabila kita mencapai undi 4,000 dan Barisan Nasional 6,000 undi Pos hanya 5,000, menunjukkan undi rakyat kita telah menang di kawasan (Bagan Pinang),"katanya.

Turut hadir mengiringi Abdul Hadi adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali, Penasihat MTD Pengkalan Berangan, Haji Mohd Deraman, dan Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : SM Noor-


Bagan Pinang:
Muslimat susun strategi
dekati pengundi senyap

1 OKT. 2009

BAGAN PINANG, - Jentera pilihanraya muslimat (HalWa) Negeri Sembilan akan memberi fokus untuk mendekati pengundi senyap di Bagan Pinang iaitu pengundi yang tidak mempamerkan kecenderungan mereka kepada mana-mana parti.

Pengurus petugas kempen HalWa Negeri Sembilan, Rosenadiah Zainuddin berkata jentera Halwa sedang mengatur strategi supaya pengundi menyedari kehadiran PAS di kawasan itu dengan mengadakan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan agar pengundi berasa lebih dekat dengan PAS.

"Ramai pengundi senyap di kalangan Melayu.Kaji selidik PRU 2008 menunjukkan dua kali peningkatan undi Melayu berbanding pada 2004. Maksudnya sokongan daripada pengundi melayu di Bagan Pinang selain undi pos pada tahun 2008 memang dah meningkat. Yang kita risau sekarang ini ialah pengundi pos."katanya sewaktu ditemui di bilik gerakan HalWa, dekat sini.

Menurut beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS negeri, kempen jentera HalWa juga akan tertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada pengundi di Bagan Pinang agar berani membuat perubahan dengan mengundi PAS pada pilihanraya kecil kali ini.

Ini kerana berdasarkan kaji selidik yang dilakukan jentera HalWa, ramai pengundi khususnya pengundi Melayu menunjukkan kebencian terhadap kepimpinan Umno Barisan Nasional namun tidak bersedia untuk meninggalkan parti itu.

"Daripada kaji selidik yang kami buat, jelas nampak pengundi di sini tidak suka BN tetapi untuk mengalihkan sokongan kepada parti lain, mereka belum bersedia."

"Masalah utama di sini, kesedaran politik sangat kurang baik penyokong BN atau PAS sendiri. Mereka malas nak fikir pasal politik. Walaupun mereka tahu BN salah, mereka tetap undi. Mereka segan nak tukar kepada PAS."Ujarnya.

Beliau berkata, pengundi India menunjukkan sikap yang sebaliknya. Mereka lebih terbuka dalam berfikir mengenai politik dan lebih senang untuk didekati berbanding pengundi Melayu.

Menyentuh mengenai persiapan jentera HalWa negeri , beliau memberitahu jentera HalWa sudah bersedia di setiap unit peti undi (UPU) di kawasan itu dan setakat ini beberapa upu sudah bergerak untuk proses culaan.

"Kami dah siapkan program untuk setiap UPU bermula hari penamaan sehinggalah ke hari hari mengundi. Ada muslimat yang dah datang membantu antaranya daripada Kelantan, dan Terenganu."Ujarnya lagi.

Jentera HalWa juga kata Rosenadiah menyokong penuh Zulkefly Mohd Omar sebagai calon memandangkan pesuruhjaya Negeri Sembilan itu mempunyai hubungan akrab dengan penduduk yang pelbagai kaum.

"Kami sangat setuju beliau jadi calon. Beliau mempunyai hubungan yang sangat bagus antara semua kaum. Kalau beliau pergi mana-mana memang orang suka."Tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Muslimat Negeri Sembilan, Fazilah Abu Samah menyeru agar seluruh muslimat dari setiap negeri turun membantu kempen di Bagan Pinang yang akan bermula selepas proses penamaan calon 3 Oktober ini.

"Besarlah harapan kami agar setiap negeri menghantar petugas mereka dengan kadar yang segera kerana kami di sini masih kekurangan petugas sepenuh masa."

"Kami juga ucap terima kasihlah kepada negeri yang sudah menghantar petugasnya."Tambahnya.

Terdahulu, beberapa ahli jawatankuasa muslimat negeri yang diketuai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Kartini Ahmad mengadakan ziarah Aidilfitri ke rumah seorang warga emas berketurunan Tiong Hua di UPU Taman Eastern.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Hazayani Zakaria-


Gempa bumi Indonesia,
angka korban
dijangka meningkat

1 OKT. 2009

KUALA LUMPUR, - Sekurang-kurangnya 200 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat ini.

Memetik laporan agensi berita AP, Priyandi Kardono, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini adalah dari kawasan Padang.

Jumah angka korban dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain kerana sistem perhubungan dan komunikasi di kawasan Sumatera barat terputus.

Kardono berkata hampir 500 bangunan runtuh di Padang yang menempatkan kira-kira 900,000 penduduk.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 5petang waktu tempatan lebih kurang 6.16 petang waktu Malaysia semalam turut dirasai gegarannya di Semenanjung Malaysia sehinggakan ramai yang bergegas keluar dari bangunan, terutama bangunan tinggi.

Manalaka Bernama melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat di semua negeri menerima banyak panggilan daripada orang ramai mengenai gegaran itu sebaik berlakunya gempa itu, bagaimanapun tiada laporan mengenai kemalangan ataupun mangsa terperangkap dalam lif, tetapi kebanyakkan mereka melakukan rondaan bagi memantau keadaan.

Bagaimanapun tiada insiden yang diingini atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Jabatan Penuntut Malaysia di sini juga memaklumkan kesemua 330 pelajar Malaysia di Padang, Sumatera selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran bandar itu.

Pengarahnya, Dr Junaidi Abu Bakar berkata 80 peratus daripada pelajar telah berkumpul di lapangan kampus perubatan Universiti Andalas sehingga pukul 6.30 petang semalam.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Nazri Abdullah-


Bagan Pinang:
Ahli DAP seluruh negara
akan bantu PAS

1 OKT. 2009

TELUK KEMANG, - Semua petugas DAP akan bertumpu kepada Pusat Penyelaras DAP yang dilancarkan di Batu 9 Jalan Teluk Kemang di sini kelmarin.

Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing berkata pusat tersebut akan menjadi penyelarasan semua gerakerja kempen DAP bersama Pakatan Rakyat.

"Ia akan jadi pusat penyelaras bagi pilihanraya kecil bagan Pinang,

"Ahli DAP seluruh negara akan bertumpu ke kawasan ini,"katanya ketika dipetik sebuah laman online selepas majlis pelancaran pusat tersebut.

Menurutnya, PRK Bagan Pinang merupakan satu pilihan raya yang sengit yang memerlukan semua petugas Pakatan Rakyat bekerja keras untuk mencapai kemenangan.

Katanya, DAP Terengganu akan menurunkan 10 orang petugas yang akan membantu kempen pilihanraya tesebut selepas penamaan calon.

Menurutnya jentera DAP telah turun padang menemui pengundi bersama-sama jentera Pakatan Rakyat dari PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Selepas kematian bekas wakil rakyat (BN) aktiviti untuk menggerakkan jentera telah dilakukan termasuk aktiviti turun padang dilakukan bersama PAS dan Keadilan.

"Kita berharap ia akan mendatangkan hasil yang baik untuk memenangi pilihan raya kcil DUN Bagan Pinang,"ujarnya.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-


Mahathir diguna
untuk selamatkan BN

29 SEPT. 2009

PULAU PINANG, - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menegaskan, akhirnya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengcugkil 'bahan purba' untuk menyelamatkan senario politik tanahair apabila Barisan Nasional (BN) dilihat tertekan dengan isu yang mencengkam peribadi kepimpinan.

Mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa dapat meningkatkan sokongan ekoran terkenal dengan jolokan 'cucu Tok Guru' juga tidak berdaya menyekat kemaraan rakyat menolak BN setelah terbongkar menantunya, Khairy Jamaluddin menjadi pengerak utama pengtadbiran.

Malahan di era kepimpinannya, BN terus menjunam apabila kalah teruk pada pilihan raya ke-12 lalu walaupun pada awal penguasaanya menyaksikan peningkatan.

Di era kepimpinan Perdana Menteri sekarang, Dato' Seri Najib Tun Razak masih terpalit isu Antantuya, kapal selam dan sebagainya maka jalan pintas BN terpaksa memanggil mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdiri di belakang untuk menguatkan hujah serta bercakap bagi pihak kerajaan.

"BN terpaksa mengeluarkan 'bahan purba' semula untuk selamatkan senario politik tanahair yang semakin meruncing dengan berbagai isu termasuk rasuah, penyelewengan, kroni, sistem kehakiman yang musnah, penindasan dan ugutan politik berleluasa, " terangnya dalam ceramah di Kampung Pelet, Penanti semalam.

Baginya, panggillah sesiapa pun kerana rakyat sendiri sudah muak dengan gelagat kepimpinan BN yang asyik mementingkan diri.

Pada tujuh pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum ke-12 lepas juga memperlihatkan kecenderungan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang berjaya merampas lima negeri daripada Umno dan BN.

Justeru itu sambungnya, Dr Mahathir dibenarkan memberikan kenyataan di siaran televisyen atau media cetak setiap malam mengulas atau memberi pandangan tentang keadaan politik atau permasalahan yang terjadi dalam BN.

"Dr Mahathir seolah nak jadi Perdana Menteri balik bila mukanya sering terpampang di kaca TV dan akhbar tidak sepertimana Pak Lah sepi umpama sudah meninggal, " tambahnya yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dan Kuala Kedah, Kedah.

Najib ujar beliau, menyedari tidak mampu lagi mengetuai jentera pilihan raya kerana semuanya tewas dengan majoriti besar kecuali di Manik Urai, Kelantan sekadar 65 undi sahaja.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Mohd Sabri Said-


Kempen Bagan
Pinang bermula

29 SEPT. 2009

ANALISIS
Menjelang penghujung hari ini, nama calon-calon yang akan mewakili PAS dan Umno di Bagan Pinang akan diketahui umum.

Umno akan mengumumkan calonnya petang ini pada majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri di markas utamanya di sini.

Hari ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memulakan kempennya di Bagan Pinang dengan satu lagi rumah terbuka di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Si Rusa, kem yang diduduki hampir 2,000 pengundi pos. Lebih 4,000 daripada kira-kira 15,000 pengundi Bagan Pinang adalah anggota keselamatan.

Najib kemudiannya akan bersama-sama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon.

Penyertaan presiden Umno itu dalam majlis pengumuman nama calon adalah satu tradisi baharu dalam BN yang mengharapkan kemenangan mudah di Bagan Pinang.

Biasanya pengumuman calon hanya dihadiri timbalan presiden parti yang juga bertindak sebagai pengarah pilihan raya kebangsaan.

Kehadiran Najib di majlis itu menandakan BN kini sudah sangat yakin akan memperoleh kemenangan, walaupun parti pemerintah itu berhadapan dengan dilema pemilihan calon.

Nama yang menjadi pilihan utama adalah bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, namun wujud pelbagai tekanan daripada pusat sehingga ke saat akhir supaya dicalonkan nama lain kerana ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu telah disabitkan atas kesalahan politik wang dalam partinya sendiri pada tahun 2005.

Namun walau siapapun calonnya kempen BN tetap tidak lari daripada tradisi mengumumkan projek-projek pembinaan.

Semalam Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pembinaan dua sekolah baharu di Bagan Pinang, satu sekolah rendah bernilai RM18 juta di Batu 9 Port Dickson dan satu lagi sekolah menengah dengan nilai RM20 juta di satu tapak yang belum ditentukan.

Di pihak PAS pula, jawatankuasa pusatnya akan bermesyuarat petang ini sebelum menetapkan nama calon yang akan diumumkan dalam ceramah malam ini yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

PAS kini perlu memilih antara tiga nama sebagai calon iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Omar, Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail dan bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri Ustaz Kassim Tahir.

Ketiga-tiga nama ini masing-masing mampu memberikan kelebihan kepada PAS dengan kesemuanya berpengalaman dan aktif dalam aktiviti masyarakat tempatan.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Ramlan Joharee-


Kedudukan Malaysia dalam
Indeks Persepsi Rasuah

25 SEPT. 2009

ANALISIS


Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) :
Tahun 2001 : Tempat 36
Tahun 2002 : Tempat 33
Tahun 2003 : Tempat 37
Tahun 2004 : Tempat 39
Tahun 2005 : Tempat 39
Tahun 2006 : Tempat 44
Tahun 2007 : Tempat 43
Tahun 2008 : Tempat 47


SIS agen musuh Islam
-Ketua Dewan Ulama PAS

21 SEPT. 2009

HULU TERENGGANU, - 'Sisters In Islam' (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang.

"Cuba tanya 'Sisters In Islam' kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman itu Islam dia tentang, maknanya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib yang dipetik oleh Buletin Online ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markas Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Di bawah dipaparkan kenyataan penuh Dato' Ustaz Harun Taib:

___________________________________________________________

Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.

Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil ?maklum minaddin bi darurat?- semua orang Islam tahu.

Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

Jadi kita nak katakan tindakan 'Sisters In Islam' itu apa dia?

Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya ? Sisters In Islam? kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-


Perutusan Hari Raya
Mursyidul Am PAS

21 SEPT. 2009

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam.

-Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat-


Perutusan Hari Raya
Presiden PAS

19 SEPT. 2009

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan ?Eid Mubarak? kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

-PRESIDEN PAS-


Dunia Islam tidak
serius peringati Hari Al-Quds

18 SEPT. 2009

KUALA LUMPUR, - Seluruh dunia Islam sebenarnya tidak serius memperingati Hari Al-Quds dan menjadikannya sebagai pemangkin kebangkitan ummah untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah Yahudi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Kerajaan Iran sendiri saya lihat tidak benar-benar serius untuk menyebarluaskan konsep Hari Al-Quds walaupun banyak perubahan yang berlaku sejak Mahmoud Ahmadinejad menjadi presiden.

"Malah dalam soal bantuan kepada Palestin pun, kita mendengar bantuan yang lebih besar disumbangkan di zaman Ahmadinejad menjadi presiden berbanding pentadbiran sebelum beliau.

"Perdana Menteri Palestin dari Hamas, Ismail Haniyeh sendiri pernah mengumumkan bantuan US$250 juta dari Iran kepada kerajaan Hamas dan rakyat Palestin di samping membentangkan rancangan bantuan ekonomi dan kewangan secara langsung kepada pentadbiran Hamas dan rakyat Palestin," katanya.

Para pemimpin negara-negara Arab pula, katanya, tidak ada locus standi untuk mengambil bahagian dalam Hari Al-Quds walaupun dianjurkan di dalam negara mereka sendiri oleh rakyat mereka.

"Mereka sama zalim dengan regim Zionis. Penindasan regim-regim Arab terhadap rakyat mereka sendiri tidak banyak berbeza dengan kekejaman Israel terhadap pribumi Palestin," katanya.

Lantaran itulah mereka tidak boleh diharapkan untuk memerangi kezaliman regim Yahudi, katanya.

"Kezaliman tidak akan menjatuhkan kezaliman malah saling berkerjasama antara satu sama lain," kata Mohamad lagi.

Menurut beliau, Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan bahawa kezaliman mesti dihadapi oleh keadilan ketika beliau berusaha menjatuhkan kuasa besar Rom dan Parsi di zamannya.

"Nabi berbuat demikian dengan membawa panji-panji keadilan sehingga sejarah mencatatkan bahawa kedatangan tentera Islam dialu-alukan oleh rakyat serta jajahan takluk kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya kuasa rakyat di bawah kekuasaan kedua-dua kuasa besar itulah yang sebenarnya menjatuhkan mereka," katanya.

Kuasa rakyat menghakis kekuasaan kedua-dua kuasa besar itu, katanya, apabila tidak lagi menyebelahi pemerintah mereka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.

Beliau juga menyalahkan konsep negara bangsa (nation state) yang turut menjadi pegangan negara-negara umat Islam kini.

"Konsep tersebut bertentangan sama sekali dengan konsep membebaskan manusia dari penguasaan sesama makhluk apabila rakyat di dalam negara bangsa dikehendaki memberikan ketaatan kepada negara atau menjadi hamba negara atas nama patriotisme.

"Konsep nation state tidak ada pendirian untuk membebaskan manusia dari memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah," kata beliau.

Sebab itulah, katanya, umat Islam tidak boleh menaruh harapan kepada negara-negara bangsa untuk memperingati Hari Al-Quds.

"Umat Islam mesti kembali kepada sistem nilai mereka sendiri dan tidak lagi menjadi pak pandir kepada norma-norma yang menguasai sistem kerajaan dan hubungan antarabangsa hari ini.

"Sekurang-kurangnya kita memulakan usaha untuk mendidik ummah ke arah itu dengan membentuk sistem persaudaraan yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa di mana memperingati Hari Al-Quds hendaklah menjadi sebahagian dari agendanya," katanya.

Hari Al-Quds diperingati sejak kira-kira 30 tahun lalu di mana kerajaan Iran selepas kemenangan Revolusi Islam mengajak umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds.

-Dipetik Dari SiasahDaily-


Isu Kartika:
Mudahnya undang-undang
Islam dikelirukan

7 SEPT. 2009

KUALA LUMPUR, - Kecelaruan yang timbul dalam hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 atas kesalahan minum arak memperlihatkan betapa mudahnya undang-undang Islam di Malaysia dikelirukan.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh berkata, hukuman yang masih gagal dilaksanakan dengan alasan pihak yang bertanggungjawab tiada pengalaman walaupun Kartika sendiri sudah bersedia untuk menghadapinya menunjukkan sikap pemerintah yang tidak bersungguh dalam usaha menegakkan undang-undang Islam.

"Kes kartika ini jelas menunjukkan bahawa sebenarnya Umno bukan menjaga agama Islam tapi menjaga selera mereka sendiri. Ini juga merupakan satu tamparan kepada cerdik pandai Islam di negara kita untuk melihat kembali bagaimana mudahnya undang-undang Islam diperkotak-katikkan,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Nuridah bersama rombongan Dewan Muslimatnya telah berkunjung ke rumah keluarga Kartika di Kampung Jawang, Sungai Siput Khamis lalu. Turut serta beberapa muslimat lain termasuk dari Dewan Muslimat Negeri Perak sendiri.

Hukuman sebat ke atas Kartika ditangguhkan kerana sekarang dalam bulan Ramadhan. Selepas itu didedahkan hukuman itu ditangguhkan kerana tidak ada tukang sebat untuk undang-undang Syariah.

Kemudian apabila prosedur rayuan hendak dibuat, didedahkan pula bahawa negara ini belum ada penal rayuan syariah.

Nuridah turut kesal mendengar cerita Kartika mengenai tawaran peguam kepadanya untuk menyelesaikan kesnya di luar mahkamah.

Menurut Nuridah, Kartika memberitahu bahawa peguam ada menawarkan kepadanya untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan syarat Kartika membayar RM2,000 kepada mahkamah dan tidak perlu hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk perbicaraan.

Dengan berbuat demikian, kes itu akan ditutup dan Kartika terlepas daripada dibicarakan. Menurutnya, 13 orang lagi yang ditangkap bersamanya ketika melakukan kesalahan yang sama melakukan perkara itu.

Dia bagaimanapun, enggan berbuat demikian sebaliknya bersedia untuk dibicarakan.

Beliau turut memuji sikap Kartika yang berani mengaku salah dan sanggup menerima hukuman di atas kesalahannya hatta dihukum di khalayak ramai sekalipun.

"Saya puji sikap Kartika yang sedia dengan hukuman itu. Setelah berjumpa sendiri dengan dia (Kartika) sebenarnya Kartika bersedia untuk menerima enam sebatan tersebut.

"Pada kartika perkara tersebut tidak perlu ditangguh, dan dia minta hukuman tersebut segera dijalankan," katanya.

Ditanya bagaimana keadaan Kartika ketika dikunjungi, Nuridah berkata, ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan itu kelihatan tenang dan bersahaja menerima kunjungan beliau.

"Saya nampak dia tenang sahaja. Tak adalah trauma cuma nampak keletihan sedikit sebab masa kami datang dia baru balik. Tapi dari sudut mental, ustazah tengok dari jawapan-jawapan dia, dia sebenarnya bersedia. Tak nampak macam dia takut untuk melalui hukuman tersebut," ujar Nuridah lagi.

Beliau turut meletakkan harapan agar Kartika dapat menjadikan peristiwa yang berlaku itu sebagai pengajaran kepada dirinya dan benar-benar insaf serta bertaubat kepada Allah SWT.

"Nasihat saya kepada Kartika dan juga kepada mereka yang minum arak, segeralah bertaubat minta ampun kepada Allah kerana peraturan tak boleh minum arak adalah ketentuan Allah. Jadilah hamba yang taat kepada Allah InsyaAllah kita akan bahagia," nasihatnya.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Hazayani Zakaria-


PAS tetap ragui
undi pos

6 SEPT. 2009

IPOH, - PAS tetap meragui undi pos dan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di sini.

Berikutan itu, beliau menggesa SPR membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam pilihan raya kecil itu yang akan diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu dari Barisan Nasional (BN), Azman Mohd Noor.

Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos.

Selain menuntut pengundi yang mengundi melalui undi pos itu dibenarkan mengundi seperti pengundi lain, Presiden PAS juga mahu para pengundi pos itu mendapat peluang yang saksama untuk mendengar penjelasan dari semua pihak yang bertanding.

"Kami juga mahukan mereka (pengundi pos ) diberi kebenaran untuk menghadiri kempen politik dan ceramah tanpa dihalang oleh pihak tertentu.

"Jika boleh, kami mahu wakil parti politik dibenarkan hadir dan memantau ke atas proses pengundian dan kami mahu undi mereka benar-benar dirahsiakan," kata beliau.

Pengundi pos tidak harus berada di bawah tekanan, diugut atau berasa bimbang dan tertekan apabila mereka membuang undi untuk calon yang benar-benar mereka sokong, katanya.

Bagi beliau, sistem undi pos sebelum ini perlu diubah untuk bagi memulihkan kepercayaan terhadap sistem yang begitu diragui itu.

"Saya menggesa Pengerusi SPR yang baru supaya melakukan beberapa perubahan keatas sistem tersebut dan saya bukan bercakap mengenai perbahan kosmetik sahaja," tegas beliau.

Beliau juga menyifatkan jumlah pengundi yang mengundi melalui undi pos di Bagan Pinang terlalu tinggi jumlahnya.

"Ini adalah sangat tinggi bilangannya. Pilihanraya yang lalu, BN menang dengan 6,000 lebih undi sementara calon kami mendapat lebih kurang 4,000 undi.

"Siapa tahu, jika bukan disebabkan undi pos, jurang mungkin sekitar 1,000? Atau mungkin kurang dari itu?" katanya.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon PAS Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi, hampir kesemuanya dipercayai dari 9,267 pengundi yang tidak mengundi melalui undi pos.

Calon BN, Allahyarham Azman memenangi kerusi itu dengan mendapat 6,430 undi dengan majoriti 2,333 undi.

Dengan tuntutan supaya dilakukan perubahan terhadap sistem undi pos itu, Presiden PAS menegaskan PAS akan tetap bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Kami akan mengadakan mesyuarat pada Isnin akan datang ini untuk mendengat taklimat oleh PAS Negeri Sembilan. Insya Allah, kami akan bertanding," tegas beliau.

Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Abdul Aziz Mustafa-


Dialog tidak
bertamadun: Selangor
tangguhkan pemindahan kuil

5 SEPT. 2009

SHAH ALAM, - Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

Katanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

�Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!� cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati.

Beliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Dzulfikar Mashoor-


Tidak ada sebab
untuk gagal dalam
perjuangan tegakkan Islam

5 SEPT. 2009

TELUK KEMANG, - Para pemimpin dan petugas PAS Negeri Sembilan diperingatkan, jika mereka semua bergerak mengikut cara perjuangan para Nabi, tidak ada sebab mereka akan gagal dalam perjuangan menegakkan Islam.

"Jika cara perjuangan Nabi dijadikan sebagai panduan, tiada sebab untuk kita tidak akan berjaya dalam perjuangan menegakkan Islam."

Ingatan ini diberikan oleh AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa semalam ketika memberikan tazkirah Ramadhan kepada mereka. Tazkirah ini diberikan selepas beliau bersama dengan pimpinan PAS Negeri Sembilan menghantar jenazah Adun Bagan Pinang.

Perginya Azman bermakna PAS Negeri Sembilan akan menghadapi satu pilihan raya kecil kerana calon PAS telah bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

PAS Negeri Sembilan telah menganjurkan majlis berbuka puasa petang semalam dalam usaha merapatkan saf dan untuk tahun ini, Teluk Kemang telah menjadi tuan rumah.

Majlis ini datang secara kebetulan dengan perginya Adun Bagan Pinang yang terletak di dalama kawasan Telok Kemang itu. Dalam pilihan raya umum lepas, Yang Dipertua PAS kawasan mereka, Rahim Ismail adalah calonnya.

Majlis ini dianjurkan di Masjid Lama Teluk Kemang, Batu 7, Teluk Kemang. Lebih meriah majlis pada tahun ini turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat dan EXCO Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, Timbalan Pesuruhjaya 1, Zakaria Khalim, Timbalan Pesuruhjaya 2, Mohd Taufek Abdul Ghani, Yang Dipertua (YDP) PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail, YDP PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli, Ketua Dewan Ulama, Hasan Alias, Ketua Dewan Muslimat, Fazilah Abu Samah dan Ketua Pemuda, Khairil Anuar Wafa.

Secara kebetulan oleh kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohd Noor meninggal dunia pada hari yang sama, maka rombongan pemimpin PAS telah bergegas ke tanah perkuburan sejurus berbuka puasa untuk memberi penghormatan terakhir.

Rombongan PAS merupakan antara pemimpin yang terawal sampai sebelum pemimpin Umno negeri lain tiba.

Selepas solat terawih, diadakan majlis tazkirah oleh Datuk Husam Musa. Beliau menyampaikan banyak contoh kisah para nabi yang boleh dijadikan sebagai panduan dan asas dalam kehidupan seharian.

Zulkefly dan Ramli juga memberi ucapan dalam majlis ini.

Zulkefly merakamkan terima kasih diatas kehadiran hampir 500 ahli pada majlis berbuka puasa ini.

"Semoga keberkatan Ramadan ini menambahkan kekuatan pergantungan kita kepada Allah," ujar Zulkefly.

Ramli pula mengucapkan terima kasih kepada PAS negeri kerana memberi peluang kepada PAS Teluk Kemang untuk menganjurkan majlis ini yang dapat merapatkan hubungan diantara ahli PAS Negeri Sembilan.

Ketiga-tiga pemimpin ini juga merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Faiz Abdullah-


Kerajaan negeri
Pulau Pinang perkenal
anugerah hafal Al Quran

5 SEPT. 2009

PULAU PINANG, - Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penganugerahan kepada penghafal Al Quran seluruh Pulau Pinang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Menurut Abdul Malik satu anugerah khas sebagai tanda menghargai sumbangan penghafaz Al Quran dan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan diwujudkan dalam tempoh terdekat tahun ini juga.

"Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda kerajaan negeri komited dan mengiktiraf para penghafaz Al Quran dalam memacu perkembangan syiar Islam di negeri ini.

"Tidak setakat ini sahaja penganugerahan yang kita berikan, malah anugerah kepada Hafiz Termuda akan diberikan kepada penghafaz Al Quran termuda dalam Pulau Pinang.

"Ini termasuk juga satu penganugerahan kepada guru mereka yang akan dianugerahkan dengan Anugerah Guru Al-Hafiz sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh guru-guru ini bagi melahirkan ramai hufaz di Pulau Pinang," kata Malik.

Abdul Malik juga berkata selain daripada anugerah tersebut ijtimak hufaz akan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini mengenai keperluan melahirkan seorang hafiz dalam sebuah keluarga.

"Usaha kita ini akan menjadikan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sebagai salah satu tindakan yang membesarkan penghafaz Al Quran.

"Masyarakat dapat membuat perbezaan semasa pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada dengan mereka yang pernah memimpin sebelum ini terhadap pengiktirafan terhadap para hufaz di Pulau Pinang," katanya.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Ali Hashim-


Mohd Sabu ucap
'tahniah' kepada KPN

4 SEPT. 2009

KUALA LUMPUR, - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu mengucapkan 'tahniah' kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang disambung perkhidmatannya sehingga 12 September tahun depan.

"Saya faham, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tentu mahu Ketua Polis Negara yang boleh berkerjasama dengan kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan.

"Jika hanya Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sahaja yang boleh berkerjasama dengan kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan, tentulah perkara itu menyusahkan Najib dan Barisan Nasional (BN) hendak memerintah.

"Oleh sebab itu, KPN seperti Musa amat diperlukan oleh Najib," kata beliau sambil menyatakan bahawa polis, SPRM dan Jabatan Peguam Negara sering didakwa menjadi "hulubalang-hulubalang di dalam istana pemerintahan BN".

Beliau juga faham, katanya, jika Najib dan kerajaannya hanya mengharapkan kumpulan-kumpulan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) atau mereka yang memijak-mijak kepala lembu, tentulah kuasa yang ada di tangan BN sukar dipertahankan.

Di pihak Musa pula, kata Mohamad, beliau tentulah banyak urusan yang masih terbengkalai yang perlu diselesaikan.

"Saya yakin, Musa tentu kenal tokoh-tokoh perniagaan seperti BK Tan dan Tengku Goh. Malangnya, ada orang yang menuduh mereka sebagai penjenayah.

"Tentulah Musa masih ada lagi kerja yang belum diselesaikan untuk menyiasat sejauhmanakah kebenaran tuduhan itu," kata beliau yang juga menyatakan adalah perkara biasa baginya untuk "berurusan" dengan pihak polis.

Mohamad juga faham, walaupun terdapat tahanan yang mati dalam tahanan polis dan pelbagai perkara lain yang menjadi kritikan umum terhadap pihak polis ketika Musa menjadi KPN, beliau tidak perlu mengambil tanggungjawab serta meletak jawatan kerana budaya sedemikian tidak diamalkan oleh mana-mana pihak dalam negara ini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri KPN. Bukan senang hendak mencari tokoh sepertinya," kata beliau.

PAS sebelum ini memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Musa Hassan sebagai KPN.

Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Sebelum ini, blog kontroversi Malaysia Today menyiarkan akuan bersumpah didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Pegawai polis itu, antara lain, mendakwa Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan supaya "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Abdul Aziz Mustafa-


DUN Perak
dihalang bersidang,
6 ditangkap

2 SEPT. 2009

IPOH, - Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan.

Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan.

Belum sempat memasuki 30 meter kawasan larangan ke Bangunan SUK pagi ini, tiga ADUN, dua orang awam dan seorang jurugambar telah pun ditangkap.

Tiga ADUN tersebut adalah ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham; Simpang Pulai Chan Meng Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh.

Manakala jurugambar dari Nanyang Siang Pau, Stanley adalah yang paling awal ditangkap.

Ekoran halangan yang diterima itu, mereka akan mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage jam 11.30 pagi ini.

Terdahulu kesemua ADUN berkumpul di Wisama DAP bagi sesi taklimat dan perbincangan tertutup sebelum turun untuk menuju ke Bangunan SUK melalui Jalan Istana.

Mengetuai perarakan ADUN tersebut adalah Yang DiPertua Speaker, V.Sivakumar, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato' Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Meng.

Perarakan tersebut bagaimanapun dihalang oleh pihak polis kira-kira 15 meter dari pokok yang pernah digunakan untuk bersidang 3 Mac lalu.

Tolak menolak berlaku apabila pihak polis langsung tidak memberi ruang kepada kesemua ADUN berkenaan memasuki kawasan larangan tersebut.

Dalam aksi tolak menolak tersebut, ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham dengan menggunakan pembesar suara beberapa kali memberi penjelasan dan meminta tidak dihalang untuk menuju ke bangunan SUK.

"Dalam perintah mahkamah ini menyebut, para penyokong tidak dibenarkan berkumpul dalam kawasan 30 meter dari bangunan SUK. Kami ADUN bukan penyokong," ujarnya sambil memegang salinan notis perintah mahkamah yang juga ditampal di beberapa bangunan berhampiran.

Datuk Seri Nizar dalam pada itu turut meminta pihak polis agar tidak bertindak kasar terhadap ADUN memandangkan bulan puasa.

Polis bagaimanapun tidak menghiraukan rayuan dan penjelasan mereka malah terus menambah anggota membuat kepungan menghalang pergerakan ADUN.

Dalam kekalutan itu, disebelah belakang pihak polis pula muncul sekumpulan pemuda berbaju kuning bertulis "Daulat Tuanku" membuat provokasi dan ingin bertembung bagi menghalang ADUN daripada memasuki Bangunan SUK.

Bagaimanapun kesemua mereka 'dijaga' pihak polis dengan baik dan kemudiannya diarah bersuarai secara baik.

Tidak berpuas hati dengan layanan polis terhadap kumpulan tersebut, ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat mula mempertikai tindakan polis yang jelas dilihat berat sebelah.

Ketika merakam aksi anggota kumpulan terbabit, jurugambar Nanyang Siang Pau, Stanley disentak kasar polis berpakaian biasa kerana didakwa manghalang tugas mereka.

Stanley yang berang dengan tindakan itu bagaimanapun sempat membalas kata-kata polis berkenaan sebelum dia dijatuhkan ketanah, ditindih beberapa anggota dan kemudian ditangkap.

"Saya pun buat kerja saya juga, kenapa you (polis) halang saya," balasnya agak berang pada waktu itu.

Dalam kekalutan tersebut, nama Dato' Ngeh disebut beberapa kali oleh Ketua Polis Ipoh sebelum dia ditangkap kerana menggunakan pembesar suara.

Pada masa yang sama, dua lagi ADUN, Chan Meng Kai dan Keshwinder ditangkap. Kesemua mereka yang ditangkap dibawa ke balai polis Sungai Senam.

Melihat pergelutan itu, Nizar bagaimanapun mengarahkan kesemua ADUN bersurai menuju ke Wisma DAP bagi mengadakan sidang media.

Pada sidang media tersebut, Sivakumar mengumumkan untuk mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage tengahari ini.

"Kita tetap akan buat sidang DUN di Hotel Herritage jam 11.30 ini. Kita buat ditempat selain Dewan Negeri kerana keperluan," katanya.

Dalam perkembangan lain, sejumlah anggota Perkida dikatakan mula berhimpun di perkarangan hotel berkenaan bagi menghalang ADUN bersidang.

[8.00 pagi] Jalan Ke Bangunan SUK ditutup.

Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini.

Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana.

Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini.

Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk ke sekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan.

Lebih 300 anggota polis dilihat berkawal di kedua dua pintu masuk ke bangunan tersebut termasuk yang berpakaian biasa.

Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi.

Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini.

_______________________________________________

KOMEN PEMBACA:

_______________________________________________

1. 300 anggota polis berkawal? Polis nak pergi perang ker? - Anak Perak,Manjoi.

2. SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT JOM KITA SERBU SUK...kita lihat sapa nak halang kuasa rakyat. Apa ingat depa angkut speaker keluar depa bole buat suka hati? - Panas Hati, Kuala Lumpur.

3. Sabar semua jangan marah-marah, ruangan komen ini disediakan untuk memberi pandangan tentang berita jangan masukkan emosi anda di sini. - Pembaca HarakahDAILY, Labuan.

4. Kejar yop kejar...ana nak kejar ke SUK sekarang nak tengok akan berlaku tak episod sidang bawah pokok. Sapa nak tumpang dari hala Lenggong ke Ipoh sepanjang jalan besar Kati boleh tumpang ana...van Lite Ace putih...percuma. Mari kita beri sokongan pada YB Nizar. Takbirrr! - Haji Dasuni, Lenggong.

5. Apasal korang takut sangat Pakatan Rakyat nak bersidang�Korang BN kalau bersidang kami tak pernah kacau pun�..kalau jantan moh join sekali. - Gayat,Kedah.

6. Inilah resam BN terdesak amat takut dimalukan terus menerus maltamat menghalalkan cara tak kira halal ke haram janji dapat kuasa. - Mat Fikir, Sg.Buloh.

7. Benci betullah aku dengan sikap pemimpin BN dan UMNO ni. Dulu saya penyokong kuat UMNO ketika mula-mula masuk ke Sabah, apa tidaknya segala informasi tak sampai kepada kami. Harga harakah kat sini pun melambung tinggi, mencacah RM5.00 senaskah. Hari semua maklumat dihujung jari. Penipuan pemimpin-pemimpin UMNO terbongkar. Orang Melayu di Sabah dah lama bencikan UMNO dan BN. Hanya PATI sahaja harapan BN untuk menang. Hadiah untuk Sabah dengan mempermudahkan permohonan kad pengenalan kononya yang diberikan Najib kepada rakyat Sabah, sebenarnya hanyalah taktik umntuk menghalalkan cara untuk menjadikan PATI warganegara. UMNO pengkhianat negara. Mereka melakukan apa sahaja cara untuk mengekalkan kuasa. Pemimpin-pemimpin UMNO dilihat terlalu kotor dan menjijikkan. Orang Melayu bawahan Sabah sudah lama membenci UMNO. - Mohd Fikri - Tenom Sabah.

8. Negara kita baru menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang ke-52,..kalaulah macamni cara pemerintahan negara,..entahlah,..tak rasa mcm merdeka laa.. asal perkara yang nak dibuat menyentuh dengan UMNO BN ni,..nmpak mcm nak perang cmtu,.. peliklaa,..saya pemuda umno pun nampak something wrong la dgn corak kepimpinan kerajaan ni,.. aduhhh..letih tengok,..patut saya tengok semakin ramai anak2 muda muak dgn UMNO BN ni. - Kamal,KL.

9. BN takut Kerajaan Haram Mereka di Perak Sekarang ini tidak berkuasa lagi.Kalau Sidang DUN diadakan sudah tentu pelbagai usul akan di kemukakan oleh ADUN-ADUN PR. - Aziz, Alor Gajah.

10. Betol komen anda tu...nape ler BN punya orang nie takut benar PR nak bersidang? Takut ke segala hati perut tu kena bongkar? Tapi walaupun macam mane...ALLAH SWT maha adil... tengok jer MCA sekarang...macam macam adaaa...terkeluar sendiri tao berita yang sensasi oleh rakan kompenan BN jugak. Berani kerana benar, takut kerana salah. Miri Sarawak. - Afran,PJS.

11. Salam semua.. sudah jadi lumrah sekarang ni PDRM,SPRM,SPR menjadi kuda tunggangan UMNO.. PDRM,SPRM,SPR dh macam lembu dicucuk hidung.. Ape yang UMNO cakap semua ikut... PDRM,SPRM,SPR ni dibayar gaji bukan untuk menjadi hamba kepada pengkianat bangsa(UMNO&BN).. tetapi dibayar gaji untuk bekerja secara adil dan saksama.. Smp 300 orang.. Suruh KPN panggil gangster je jaga bangunan SUK tu.. Hope PAKATAN RAKYAT boleh wat TSUNAMI lagi masa PRU13.. AMIN... AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR. - ADAM77,AYER MOLEK MELAKA.

12. UMNO parti melayu gila kuasa, gila harta, gila pangkat, gila nama. Walaupun rakyat jelas nampak UMNO ni dah gila tapi lagi dipandang gila, menjadi-jadi pulak gilanya. - budak ipoh.

13. Memandangkan berlaku provokasi daripada pihak PDRM dan Pekida adalah dipercayai BN terutama sekali Umno semakin terdesak bila mana mereka sendiri yang telah merampas kuasa secara salah di negeri Perak. Jika tidak, mengapa perlu ada provokasi sedemikian? Saya percaya PR akan kembali memerintah Perak dalam masa terdekat.Mungkin ini hanya ramalan, tetapi Kerajaan Perak yang sah adalah PR. - Izo Muiz,Selangor.

14. Kekejaman dan kezaliman UMNO/BN melangkaui undang-undang kerana ketika ini mereka yang berkuasa. Namun penguasa yang zalim tidak kekal selama-lamanya. Segala agensi kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat kini menjadi tunggangan UMNO/BN semata-mata. Untuk yang lepas di dunia, tetap tidak akan lepas di hadapan ALLAH nanti. Marilah bersama kita berdoa moga ALLAH menghapuskan segala kezaliman ini.

"Ya ALLAH, hancurkanlah segala kekejaman dan kezaliman UMNO/BN, siramilah bumi Malaysia ini dengan keadilan dan kemakmuran dari kurniaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih".Amin. - Rakyat Malaysia,Puchong.

15. Walaupun Adun Pakatan Rakyat (ADR) dihalang bersidang kita harap mereka besabar terutama dibulan puasa ini. Baguslah cadangan bersidang di Hotel Herritage itu sebab perkar yang baik itu harus diteruskan.

Apa yang ingin saya katakan sebenarnya adalah berkaitan dengan mereka-mereka yang zalim dan bongkak ini kerana sebenarnya kita amat bersimpati kepada mereka yang telah dikaburi dengan kemehawan dan tamakkan kuasa didunia ini iaitu kepada para polis, pegawai-pegawai kerajaan di SUK dan juga pemimpin UMNO dan BN ni bahawa ingatlah anda merupakan pemimpin yang memimpin orang bawah anda dari sekecil-kecil manusia sehingga yang berpelajaran atau berjawatan tinggi.

Apa sahaja kemungkaran yang anda lakukan sebagai pemimpin pada hari ini akan dipersoalkan dan diadili dihadapan Allah swt nanti. Kekejaman dan ketamakkan kamu terutamanya anggota polis atau FRU walaupun atas arahan orang atasan tetap akan diadili nanti.

Insaflah, pada bulan puasa ini sepatutnya kita perbanyakkan dengan ibadah dan memohon keampunan kepada Tuhan Yang Maha Esa bukan menzalimi orang lain, saya tak dapat membayangkan jika sekiranya anda sedang membuat kezaliman dengan membelasah dan menangkap orang yang telah diberi hak dan amanah untuk memimpin negeri dan negara sedangklan kamu menjadi penghalangnya lalu Allah swt dengan tiba-tiba mencabut nyawa kamu tanpa sempat bertaubat dan memohon maaf kepada orang ramai yang telah memilih pemimpin yang kamu zalimi itu....fikirkan bagaimana nasib kamu diakhirat nanti. -Mesry,Taiping.

16. Najib berusaha untuk memulihkan nama baik beliau di kaca mata dunia dgn melantik JJ sebagai duta bertaraf menteri, dengan berlakunya peristiwa sidang DUN Perak ini makin mencalarkan imjenya lagi. PDRM, SPRM dan SPR menjadi kuda tunggangan UMNO, semoga UMNO tumbang seperti LDP di Jepun. - addin77, Kuantan.

(Harakahdaily kini akan menyiarkan respon pembaca terhadap semua berita yang tersiar. Sebarang respons untuk berita ini sila alamatkan ke: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya agar dapat disiarkan)

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Nazri Abdullah-


SPR putuskan
tidak ada kekosongan
di Kota Seputeh?

1 SEPT. 2009

KUALA LUMPUR, - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan tidak ada kekosongan di Dun Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker Dun Kedah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu. "SPR juga memutuskan bahawa kerusi Adun Kota Siputeh masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi.

Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, menghantar surat kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan Adunnya, Dato' Abu Hassan Sharif menghadiri dua kali sidang Dun secara berturut-turut.

Mengikut peraturan dalam Dun Kedah, mana-mana Adun yang gagal menghadiri sidang Dun dua sessi berturut-turut tanpa kebenaran dari Speaker akan hilang kerusinya.

Dalam ulasan spontannya, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, keputusan ini membayangkan sikap sebenar badan yang dikatakan bebas itu.

"Peraturan ini bukannya baru dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi peraturan yang telah sedia ada. Nampaknya SPR lebih senang menafikan peraturan ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun, Salahudin tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membayangkan tindakan yang perlu diambil oleh SPR sebelum ini.

Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUN yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Pengerusi SPR, pihaknya telah meminta nasihat dari Jabatan Peguam Negara sebelum membuat keputusan dalam mesyuarat mereka hari ini.

SPR memutuskan bahawa berdasarkan kepada takrif perkataan consecutive meetings, Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah bukanlah consecutive meetings dalam erti kata Perkara 51.

Sehubungan itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Abu Hassan tidak hadir dalam dua mesyuarat berturut-turut.

Abdul Aziz berkata, SPR berpendapat "ini adalah kerana mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan."

"Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza. Tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama tiga bulan 20 hari," katanya.

Kata Abdul Aziz lagi, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, ia memutuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman.

Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza, jelas beliau.

"Surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009.

"SPR juga mendapati bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2009) tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

"SPR berpendapat bahawa sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. SPR memutuskan bahawa tiada berlaku apa-apa kekosongan pada kerusi Kota Siputeh," katanya.

Sementara itu, Speaker DUN, Abdul Isa akan membuat kenyataan esok mengenainya selepas meneliti alasan yang diberikan oleh SPR.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-


Kepala Lembu
Berdarah: Usaha
Umno jatuhkan
kerajaan Selangor

29 OGOS 2009

SHAH ALAM, - Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis ?tunggu dan lihat? cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

?Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An'am.

Firman Allah bermaksud, ?Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.?

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda ?ekstrem? terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan ?Kami Bantah?.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, ?Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa?.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden ?Kepala Lembu Berdarah? itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Dzulfikar Mashoor-


Mufti perlu betulkan
ajaran sesat
di Shah Alam

29 OGOS 2009

KUALA LUMPUR, - Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam.

"Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam.

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam..

Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno.

Mereka turut disertai oleh beberapa orang yang mendakwa penduduk kawasan berkenaan.

Mahfuz menyifatkan perbuatan itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno.

"Jika pemimpin Umno mendalangi perarakan ajaran sesat itu, mereka sepatutnya merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan yang akan menyebabkan pihak lain memburukkan Islam dan umatnya," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mana-mana pihak sekalipun boleh membantah apa yang tidak mereka setujui.

"Tetapi, bantahlah secara bertamadun," kata beliau.

Perbuatan menghina agama lain, kata Mahfuz, adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat nas yang jelas mengenainya,

Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

Malaysiakini melaporkan, polis hanya memerhati sahaja perbuatan kumpulan itu.

Mengulas kejadian tersebut dalam blognya, Datin Paduka Marina Mahathir menulis posting yang bertajuk "Barbarians at the gate".

Beliau menyifatkan perbuatan kumpulan itu mencemarkan agama mereka sendiri.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Abdul Aziz Mustafa-


Sidang Dun Perak:
Bahas titah tuanku,
gantung Zambry

27 OGOS 2009

KUALA LUMPUR, - Dato' Seri Nizar Jamaluddin yakin Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi insiden 7 Mei lalu akibat tindakan BN yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.

Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.

Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata kepada Harakahdaily pagi ini bahawa sidang itu juga akan membentangkan usul pengantunggan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Speaker Hee Yit Foong oleh Jawantankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar.

Masing-masing dikehendaki membayar denda sejumlah RM500,000 dan RM250,000 setiap seoarang akibat tindakan mereka yang menghina DUN dan kuasa Speaker, katanya.

Bagaimanapun, berhubung status Speaker 'haram' Datuk M Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu, Nizar menjelaskan, satu permohonan injuksi akan dibuat untuk menghalang dalam menjalankan tugas Speaker yang masih disandang oleh Sivakumar.

"Selama ini, Adun-adun Pakatan Rakyat Perak senantiasa mengikut peraturan dan yang memulakan kekacauan serta menggunakan pihak keselamatan untuk campur tangan serta mengheret keluar Speaker adalah pihak yang lagi satu.

"Mereka sebenarnya yang menghina Dewan dan Tuanku Sultan. Kita patuh pada peraturan...apabila Speker panggil, kita wajib hadir," katanya ketika dihubungi.

Nizar turut mengulas sidang Dun 'bawah pokok' 3 Mac lalu,(gambar) berpunca daripada perbuatan menghalang Speaker dan Adun-Adun memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.

Semalam Sivakumar telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh tengah hari semalam, mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

Pada 21 Ogos lalu, pihak Adun Pakatan Rakyat telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.

Sebelum ini turut mengulas isu krisis yang berlaku di Perak ialah pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat sidang Dun 7 Mei itu sebagai tidak sah.

Aziz menjelaskan dari awal lagi sidang telah menyingkirkan kedudukan dan kuasa Speaker V. Sivakumar yang kemudian berlanjutan kepada bermacami arahan dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai bidang kuasa yang sah.

"Hari itu Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan.

"Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan," soal Aziz.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok Mac lalu ,sekali lagi polis memainkan peranan utama.

Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari dan pihak polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi.

"Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," katanya.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Azamin Amin-


Kalah, bukti dasar
kebangsaan Umno
terus ditolak

27 OGOS 2009

KOTA BHARU, - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.

Ketika mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir beliau berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.

"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan semalam.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.

"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul,"katanya.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekian kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.

BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.

Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15671 undi mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.

Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631 undi menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seterusnya tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.

Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2789 undi. Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN Datuk S.Ganesan dengan majoriti 2403 undi.

Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.

Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi.

Manakala yang terbaru di DUN Permatang Pasir, kembali menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dengan majoriti yang besar sekaligus kekecewaan berterusan pimpinan Umno.

Naib Presiden Umno, Hishamudin Husein antara pimpinan yang dilihat sangat kecewa dengan kekalahan itu. Hishamuddin mengharapkan BN dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh oleh calon PAS dalam jumlah yang besar tetapi sebaliknya yang berlaku.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Salmah Mat Husin dan Hazayani Zakaria-


Najib enggan dedah
kenapa BN kalah
di Permatang Pasir

26 OGOS 2009

KUALA LUMPUR, - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tahu faktor yang menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir semalam tetapi enggan mendedahkannya.

Menurut beliau, BN telah mencuba yang terbaik pada tetapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kekalahan itu.

Bernama melaporkan, Presiden Umno itu juga enggan mengulas apakah kesilapan yang telah dilakukan BN pada pilihan raya berkenaan.

Beliau hanya dilaporkan berkata: "Saya tahu apa sebabnya".

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan isu yang melibatkan calon mereka, Rohaizat Othman, juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.

7 Mac tahun lalu, pendaftaran Rohaizat sebagai penguambela dan peguamcara dibatalkan oleh jawatankuasa disiplin Majlis Peguam.

Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah menolak rayuannya 12 Ogos lalu.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, salah laku yang menyebabkan beliau dipecat melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah.

Walaupun Muhyiddin mengaitkan isu Rohaizat sendiri antara faktor kekalahan BN, Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan tidak sependapat dengan Muhyiddin.

"Penduduk memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera," sebuah akhbar harian memetik Menteri Pertahanan itu berkata.

Rohaizat sendiri meletakkan kegagalan pengundi Cina menunaikan janji untuk menyokongnya sebagai punca kekalahan.

"Saya sedih dengan hakikat bahawa masyarakat Cina di sini gagal menunaikan janji mereka untuk menyokong.

"Mereka gagal memahami konsep pembangunan yang cuba dibawa oleh BN kepada rakyat Permatang Pasir," Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man menang dalam pilihan raya kecil itu dengan mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi oleh Rohaizat.

Beliau menyifatkan kejayaannya itu membuktikan kerjasama erat antara komponen Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa menjalin hubungan baik.

"Saya yakin Pulau Pinang akan terus kekal di bawah kerajaan PR," katanya.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-


Peratus merosot, SPR
digesa ubah hari
mengundi ke hari cuti

26 OGOS 2009

BUKIT MERTAJAM, - Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam

Beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu sidang media di markas induk malam tadi berkata, kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi.

"Saya minta supaya ini menjadi pengajaran kepada SPR untuk melihat pada masa akan datang sebarang bentuk pilihanraya khususnya pilihanraya kecil perlu dibuat pada cuti hujung minggu.Dan ini juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kekurangan majoriti yang kita perolehi," katanya pada sidang media selepas SPR mengumumkan kemenangan calon PAS.

Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man dengan kemenangannya itu berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil mereka dan menganggap kemenangannya hasil kerja kuat Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera Umno dan juga jentera kerajaan.

"Terima kasih kepada seluruj jentera PAkatan RAkyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja melawan jentera BN.Kita InsyaAllah akan meletakkan satu tanggungjawab yang baik dan bekerjasama di semua pihak," katanya.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Seri Zaharin Hashim pula berkata, kemenangan Pakatan Rakyat kali ini sekali lagi membuktikan parti-parti dalam Pakatan dapat bekerjasama dengan baik, tidak seperti yang digembar-gemburkan media milik BN selama ini bahawa Pakatan Rakyat semakin rapuh dan sering bertelagah sesama sendiri.

Ujarnya,kemenangan itu juga menggambarkan rakyat kini menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat dan tidak dapat lagi diperbodohkan BN setiapkali dalam kempen pilihanraya mereka.

"Ini membuktikan bahawa rakyat memang menolak Barisan Nasional. Mereka menaruh harapan kepada parti Pakatan Rakyat dan kita telah tunjuk kepada rakyat di Permatang Pasir bahawa Pakatan Rakyat boleh bekerjasama dengan padu," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.

Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Hazayani Zakaria-


TERKINI
PERMATANG PASIR

25 OGOS 2009

PERMATANG PASIR, -
JAM 7.07 MALAM

PAS semakin hampir mengulangi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-12 dengan memperolehi undi sebanyak 9618, dan BN mendapat 5067. PAS menang dengan majoriti 4,551.

JAM 6.55 PETANG

PAS hampir mencapai kemenangan besar dengan jumlah undi terkini 9712, dan BN memperolehi 5050 undi.

JAM 6.53 PETANG

Jumlah terkini menunjukkan PAS mendahului dengan 9616, meninggalkan BN yang mendapat 4941 undi.

JAM 6.43 PETANG

Kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 8524 undi, meninggalkan BN yang mendapat 4063 undi sebanyak 4461 undi.

JAM 6.29 Petang

Kiraan menunjukkan PAS mendapat 7222, BN 3201, dengan majoriti PAS 4021.

JAM 6.23 PETANG

Jumlah kiraan terbaharu menunjukkan PAS mendapat 5341, manakala BN 2075.

JAM 6.20 PETANG

Kiraan menunjukkan undi dan majoriti diperolehi PAS meningkat lagi. PAS memperolehi 5063 manakala BN 2009.

JAM 6.14 PETANG

Jumlah kiraan terkini menunjukkan PAS mendahului dengan 2399 undi berbanding BN mendapat 1016 undi.

JAM 3.30 PETANG

63.7 peratus pengundi telah membuang undi sehingga jam 3.00 petang tadi, kata SPR.

JAM 2.00 PETANG

Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan. Beberapa pusat mengundi mulai lengang. Penyokong BN sudah tidak kelihatan, hanya penyokong PAS dilihat berada di tepi- tepi jalan.

JAM 1.00 TENGAHARI

SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.

JAM 12.00 TENGAHARI

Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.

JAM 11.45 PAGI

Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang.

Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.

JAM 11.20 PAGI

Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ.

Jam 10 pagi tadi, SPR melaporkan 5775 atau 28.46 peratus pengundi telah membuang undi.

JAM 11.00 PAGIPara penyokong kedua-dua pihak salang berbalas sorakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Pauh. Beberapa pemimpin Pakatan hadir. Antaranya Dr Dzulkifli Ahmad, Nasruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Zuraidah Kamarudin.

Di SRJK Cina Lay Keow Permatang Pauh, penyokong PAS tidak puas hati apabila penyokong BN mengibarkan bendera dacing sedangkan ia dilarang oleh SPR. Berlaku kekecohan tetapi berjaya dikawal oleh polis. Ronnie Liu berada di kawasan itu.

"Penyokong Pakatan kita minta jaga keamanan dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Yakin pengundi tahu dan buat pilihan yang bijak dan sangat penting pengundi bagi kemenangan kepada PAS di Pulau Pinang,"kata Ronnie.

JAM 10.35 PAGI

Tiga pusat pengundian panas dengan kata mengata antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pusat-pusat pengundian itu adalah Sekolah Rendah Permatang Pasir, Pekan Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Penanti.

Namun tidak ada kejadian buruk berlaku.

JAM 10.00 PAGI

Calon PAS melawat kawasan pilihan raya bersama para pemimpin Pakatan Rakyat. Pagi tadi beliau mengiringi Datuk Seri Anwar dan keluarga yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti.

Sebelum ke pusat-pusat pengundian, kesemua mereka berkumpul di Yayasan Aman, Penanti sebelum menaiki kenderaan dari situ.

Para penyokong melaungkan takbir dan reformasi sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pengundian.

Harakahdaily akan menyiarkan keputusan pilihan raya ini peringkat demi peringkat secara langsung dari Markas PAS di sana sebaik sahaja keputusan diterima dari setiap peti undi.

Keputusan ini dijangka akan mula diterima seawal jam 6.30 petang.

MAKLUMAN: Harakahdaily.net akan menyiarkan secara langsung perkembangan semasa jumlah kiraan undi bagi Pilihanraya Kecil N.11 DUN Permatang Pasir.

Keputusan ini diperolehi dari Bilik Gerakan PAS berdasarkan maklumat pengiraan undi oleh agen pengiraan undi PAS di semua pusat pengundian.

Siaran tersebut akan dimulakan pada jam 6.30 petang sehingga keputusan rasmi diumum oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR yang dijangka jam 8.00 malam.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Wartawan HarakahDaily-


Tindakan Radzhi
untungkan Pakatan

24 OGOS 2009

KUALA LUMPUR, - Pengisytiharan keluar PKR oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh tidak banyak memberi keuntungan kepada dirinya mahupun kepada BN.

Apatah lagi pengumuman dibuat selepas gagal memujuk ADUN pakatan lain bersamanya.

Dakwaan bahawa Umno mendapat talian hayat baru dengan pengisytiharan tersebut adalah meleset sama sekali apabila satu persatu pekong Radzhi mula didedahkan oleh mereka yang mengenali diri beliau khususnya dalam media internet.

Mengulas perkara itu Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya berpendapat, isu ini tidak banyak membantu Umno khususnya, jika dicanang kepada pengundi di Permatang Pasir.

"Saya tak fikir, dengan menggunakan Adun yang bermasalah ini, Umno BN boleh mendapat undi. Calon mereka sendiri (Rohaizat) pun bermasalah, itu memperbodoh pengundi namanya. Tapi ianya tidak pelik, sebab pada saya Umno memang tengah desprate (terdesak) sekarang," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mohd Radzhi dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dia juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.

Sepanjang bergelar wakil rakyat pula, dia dikatakan jarang berada dikawasan dan sering mengabaikan masyarakat di kawasannya.

Prestasinya yang lemah semasa menjawat jawatan dalam kerajaan negeri itu juga turut diadu masyarakat setempat sehingga beberapa amaran diberikan kerajaan negeri kepadanya agar meningkatkan prestasi kerja.

Hairannya, dalam keadaan gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga membawa dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia yang disandangnya juga didakwa digunakan lebih kepada dirinya sendiri berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Semasa menjawat jawatan itu, dia didakwa telah membeli harta, memiliki kilang dan kedai makan.

Ramai yang berpendapat, beberpa masalah termasuk masalah disiplin dengan kerajaan pakatan Kedah, masalah perkahwinannya di Thailand dan masalah berdepan siasatan SPRM berhubung tuntutan melampau telah menyebabkan dirinya dalam keadaan tersepit.

Ruang tersebut telah digunakan Umno bagi "memanfaatkan" Adun Lunas ini sebagaimana yang dilakukan terhadap dua Adun PKR di Perak sebelum ini.

Tindakannya meletakkan sebab 'tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti' untuk keluar PKR dilihat sebagai alasan semata-mata.

"Yang saya hairan kenapa SPRM yang sebelum ini kata akan siasat kes itu tetapi tiba-tiba kata tiada kes lepas dia (Radzhi) umum keluar PKR, semacam ada perundingan dan tawaran tertentu bagi menutup kes ini pula," ujar Lateefa Koya.

Seperti yang didedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media malam tadi, bahawa pihaknya telah lama mengesan wujud cubaan menggunakan Radzhi untuk menarik beberapa lagi Adun pakatan lain supaya menyertai BN tetapi gagal.

Beberapa bulan lalu katanya, dia mendapat aduan dari beberpa orang Adun mengatakan dipujuk oleh Radzhi supaya berpindah kepada Umno dan akan dibayar dengan jumlah yang tinggi.

Dengan rekod yang dimiliki Radzhi, ternyata Umno tidak mudah menggunakan bekas Adun PKR itu sebagai peluru kempen memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat khasnya PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.

Ianya juga sekaligus menguntungkan Pakatan dengan memberikan kredit yang besar kepada imej bersih calon PAS di Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man yang dilihat calon terbaik untuk rakyat.

Semalam, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini dijangka menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memaklumkan permintaan PKR supaya Radzhi, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.

Kedah mempunyai lima Adun dari PKR dan tiga daripadanya termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

PAS mempunyai 16 Adun dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri. BN pula mempunyai 14 Adun, manakala DAP hanya mempunyai seorang Adun.

Dengan keputusan Radzhi, komposisi Adun dalam Dun Kedah adalah 21 Pakatan Rakyat, 14 BN dan satu bebas.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Nazri Abdullah-


Apa nasib 42,844
orang pekerja dibuang?

22 OGOS 2009

PERMATANG PASIR, - Apa nasib yang bakal menimpa 42,844 orang rakyat negara ini yang dibuang kerja menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma? Jumlah mereka yang kehilangan pekerjaan makin meningkat akibat dari pembuangan pekerja , kata (AJK) PAS Pusat, Hj Mohamad Sabu, masalah tersebut dapat diatasi atau dikurangkan jika kerajaan Umno bijak merangka pelan tindakan untuk menghadapi krisis ekonomi dunia yang telah dijangka sejak beberapa tahun lepas.

Antara yang sepatutnya dilakukan oleh Umno, kata beliau, mewujudkan Tabung Saraan Pekerja seperti mana yang pernah dicadangkan oleh Kesatuan Kongres Pekerja Kebangsaan (MTUC) sedikit masa dahulu.

"Ini akibatnya bila pemimpin yang diberikan kuasa hanya pentingkan kroni dan tak fikirkan masalah rakyat tetapi kata rakyat didahulukan.

"Kalau benar rakyat didahulukan kenapa tak nak buat Tabung Saraan Pekerja yang MTUC cadangkan dulu untuk atasi masalah pengangguran jika berlaku krisis ekonomi?

"Ini akibat ketidak cekapan BN dalam mentadbir negara dan merangka pelan tindakan untuk menghadapi krisis ekonomi biarpun ia sudah lama diketahui.

"Ada pekerja yang diberi notis dibuang sementara, soalnya 'sementara' itu berapa lama. Apa Umno buat untuk membela kenbanyakkannya pekerja Melayu?" soal beliau.

Beliau juga menegaskan, sejak pertengahan tahun lepas, pemimpin Umno sering berkata Malaysia tidak akan terkena tempias kegawatan ekonomi yang hebat melanda dunia biarpun pemimpin negara lain sibuk menyediakan perancangan untuk menghadapi krisis kewangan demi menyelamatkan rakyat mereka.

Hj Mohamad Sabu turut menjelaskan, setakat bulan Februari lepas, angka rasmi menunjukkan kira2 19,000 ribu orang dibuang kerja. Enam bulan kemudian, berlaku peningkatan lebih 100 peratus.

"Bagaimana pula hari-hari mendatang?" soal beliau lagi.

Sehingga 7 Julai lalu, perangkaan yang dikumpul oleh Kementerian Sumber Manusia menunjukkan seramai 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.

Daripada angka itu, katanya 29,712 orang diberhentikan manakala 9,020 menerima pemberhentian sukarela. Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja diberhentikan sementara.

Hj. Mohamad b. Sabu juga turut memuji kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang dan dapat memberikan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh Pulau Pinang.

Beliau juga menyebut tentang kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin YAB LIm Guan Eng menjimatkan wang sehingga RM36 juta sehingga kini, antaranya ialah dengan menggunakan kelas ekonomi untuk penerbangan Ketua Menteri, para exco dan pegawai-pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas, begitu juga dengan menggunakan standard room bila menginap dihotel-hotel, mengurangkan majlis-majlis keraian dan melakukan berbagai penjimatan didalam pentadbiran negeri seperti membatalkan program-program yang boleh membazirkan duit rakyat. Beliau berharap ia sepatutnya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain yang kita sedang memerintah.

Beliau berkata begitu ketika berucap dalam kempennya bagi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir malam tadi. Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Salleh b. Man telah dipilih untuk menjadi calon PAS bagi pilihanraya kecil tersebut. Sebelum ini nama Hj. Mohamad b. Sabu juga pernah disebut akan menjadi calon PAS bagi kerusi tersebut dan beliau juga telah memberi laluan kepada Ustaz Salleh b. Man untuk dipilih.

-Dipetik Dari DetikDaily.Net-

-Oleh : IRWAN MUHAMMAD ZAIN-


Fasa pertama
kempen PAS berjaya

22 OGOS 2009

BUKIT MERTAJAM, - Dalam permainan simbol kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, PAS sudahpun jauh mengatasi Umno dari segi calon yang dikemukakan.

Calon PAS seorang yang berpendidikan agama dan tidak memiliki bagasi peribadi yang boleh diperkatakan. Calon Barisan Nasional pula menjadi perhatian sejak hari penamaan calon ekoran rekod peribadi melibatkan kerjayanya sebagai peguam sebelum ini.

Isu masalah peribadi Rohaizat Othman mendominasi tiga sidang media harian pertama PAS, dengan sebuah lagi sidang media berasingan diadakan di sebuah tempat lain oleh bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak, untuk menafikan tuduhan-tuduhan pemimpin BN terhadapnya.

Daripada apa yang muncul dalam media proparti pemerintah pada hari-hari awal kempen, BN kelihatan terpaksa menjadi defensif dan tidak mampu mengalih perhatian daripada peribadi calon mereka. Dalam hal ini, Umno dilihat terpaksa mengikut rentak kempen PAS.

Masalah peribadi calon yang besar itu juga telah mengundang spekulasi sabotaj dalaman parti Umno, sebagai usaha menjejaskan kempen dan pemimpin-pemimpin tertentu. Umno dijangka berdepan pergeseran dalaman ekoran tindakan meletakkan calon bermasalah ini.

Media pro-Umno juga cuba menjadikan kempen PAS itu sebagai sesuatu yang negatif apabila mengaitkannya dengan bulan Ramadan, dengan menunjukkan bahawa PAS akan terus menyerang peribadi dalam bulan yang mulia bagi umat Islam itu.

Apapun yang cuba dikemukakan oleh Umno, hakikat bahawa parti itu telah memilih seorang yang bermasalah dalam pilihan raya kecil ini mengundang persoalan besar dan berpotensi membawa masalah kepada pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato? Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan pada masa sama terpalit dengan kontroversi pertemuannya dengan seorang pemimpin Zionis Israel, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak. Muhyiddin pula menjadi sasaran pembangkang dalam isu PPSMI.

Satu demonstrasi telah diadakan di sebuah masjid di Tanah Liat di sini sebagai menyatakan bantahan pertemuan Zahid dengan menteri Zionis itu.

PAS walau bagaimanapun telah menyedari tumpuan yang banyak diberikan pada peribadi calon BN dan mula menerangkan program-program yang bakal dibawa oleh Mohd Salleh Man sekiranya memenangi Dun Permatang Pasir dalam undian pada 25 Ogos nanti.

Isu Melayu

Kempen PAS di Permatang Pasir pula telah menyaksikan kehadiran Dato? A Samad Said berkempen menyerang parti pemerintah kerana lambat bertindak menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah.

Penggunaan isu PPSMI oleh PAS dalam kempen ini mampu membawa manfaat besar kepada parti itu, yang bersaing dengan agresif dengan Umno untuk memenangi hati dan minda orang Melayu.

Ketika isu pengkhianat bangsa dimainkan Umno, PAS mengemukakan isu PPSMI ini yang mampu meningkatkan imejnya dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.

PPSMI menjadi satu simbol paling mudah diperhatikan melibatkan perjuangan Melayu, antaranya disebabkan individu berprofil tinggi yang terlibat dalam kempen menentang program bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

PAS telah melakukan satu tindakan tepat dari sudut politik apabila menganugerahkan Anugerah Pejuang Bahasa kepada Dato? A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad dalam muktamarnya yang lepas di Shah Alam, Selangor.

Tindakan PAS itu telah menempatkan aktivis-aktivis bahasa Melayu dalam kemnya, menaikkan lagi imej PAS dalam perjuangan isu-isu Melayu. Inilah yang diteruskan melalui kempen Samad Said di Permatang Pasir.

Selain bekas rakan kongsi Rohaizat, Samad Said menjadi tumpuan utama kempen di Permatang Pasir yang menyaksikan perang poster yang sangat minima.

Tidak seperti kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang berlaku di kawasan yang sama dan Dun Manek Urai sebelum ini, Permatang Pasir tidak menjadi medan poster-poster berbentuk kenyataan keras, karikatur dan kartun menyerang individu atau kumpulan tertentu.

Kempen di Permatang Pasir kini memasuki fasa kedua, berlangsung dalam bulan Ramadan. Setakat ini, kempen berjalan dengan hanya sedikit isu besar nasional.

Selepas menyaksikan kempen dengan isu nasional sepenuhnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, penduduk Permatang Pasir kini melihat kempen yang mungkin paling bersifat setempat.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Haris Zalkapli-


Tinggalkan Umno
dengan syurga rasuahnya,
kata Nik Aziz

22 OGOS 2009

KUALA LUMPUR, - Walaupun diserang dari pelbagai penjuru setelah kenyataannya disalah lapor oleh sebuah agensi berita, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas dengan pendiriannya bahawa Umno memperjuangkan "Islam palsu".

Sambil mengajak semua pihak meninggalkan Umno dengan syurga politik wangnya, dalam pesanannya kepada para pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, beliau yakin pengundi yang beragama Islam akan menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang lengkap sempurna dan bukan Islam yang diterima sebahagiannya serta ditolak sebahagiannya.

Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan kepada sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan 'rule of law' dan perjalanan demokrasi".

"Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.

"Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku.

"Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?" kata Menteri Besar Kelantan itu.

Menurut beliau, "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu".

Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, kata Tuan Guru, begitu jugalah dengan Islam palsu.

"Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik.

"Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.

"Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak?

"Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu?, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan?

"Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah," beliau menjelaskan.

Beliau percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan baru agar Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar melalui sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan ?rule of law? dan perjalanan demokrasi".

Tuan Guru mengajak semua pihak mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh Pakatan rakyat (PR) dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno Barisan Nasional (BN) jika berlaku lagi pilihan raya kecil.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya.

"Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

"Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah.

"Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut," kata beliau.

Beliau menyeru semua pihak menggunakan kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat.

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," katanya.

Tuan Guru sebelum disalah lapor oleh sebuah agensi berita yang mendakwa beliau berkata, anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Bagaimanapun, setelah di desak, media pro-BN menyiarkan transkripsi kenyataannya dan terbukti kenyataan beliau tidak dilaporkan dengan betul.

Dalam transkripsi kenyataannya, beliau berkata:

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.

"Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Abdul Aziz Mustafa-


Demi bahasa,
suaranya naik menjulang
di Permatang

22 OGOS 2009

PERMATANG PASIR, - Setelah matanya berair,perit dan sakit terkena gas pemedih mata, dia sudah tidak berganjak. Biarpun sudah berusia 75 tahun, dengan 'kedegilan' dan cekal hati,dia terus bangkit berjuang, bercakap dan bersuara 'tanpa' henti.

Dia tidak punya sebarang kepentingan, bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya dengan tujuan yang satu- niat suci sayangkan bahasa tercinta, Bahasa Melayu yang telah dihina.

Itulah sikap dan denyut nadi pejuang sejati A. Samad Said, yang kembali turun, bersama rakyat, menyemarakkan api membantah tindakan kerajaan dan pemimpin Melayu meminggir bahasa sendiri melalui dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah 'mengorbankan' kebijaksanaan pelajar melayu,utamanya di desa nun jauh di sana.

Tanpa jemu,beliau kembali muncul dengan 'surah' yang sama - kecewa dengan sikap sambil lewa kerajaan mendengar rintihan rakyat dan pejuang bahasa. Sekaligus memberi amaran,untuk menganjurkan kalikedua himpunan besar-besaran memabnath dasar itu.

Lalu di Permatang Pasir, Pak Samad tanpa segan silu, berada di pentas PAS bagi menyampaikan mesej dan isyarat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan para pemimpin Umno agar mansuhkan dasar yang merosakkan anak bangsaitu.

"Suara seniman tidak diendahkan pemimpin Umno.Justeru saya akan terus bersuara dimana-mana pentas yang menjemput saya.

"Jika mereka boleh melaksanakan dasar PPSMI dalam masa 6 bulan,kenapa mengambil masa 3 tahun untuk mansuhkan.

"RM5 billion diperuntukkan tetapi tidak pernah saya dengar ada dana sebanyak itu untuk bahasa Melayu,"ujarnya di sidang media di Pusat Khidmat Dun PAS Permatang Pasir pada sebelah pagi,21 Ogos.

Hadir sama,mendengar luhan hati Sasterawan Newgaraituialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS (2) Pulau Pinang dan calon PAS yang tidakasing lagi, Ustaz Salleh Man.

Beliau sebelum itu menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar PPSMI di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan dan mengulangi pendiriannya ketika berceramah di UPU Tanah Liat,pada sebelah petangnya.

Beliau sempat menutup kalimah perjuangan itu dengan dua bacaan sajak yang cukup menusuk dan begitu dalam maknanya sehingga suara'keramatnya'itu disambut sorai ramai para pengundi,penyokong dan peminatnya.

Sajak itu dilihat mengkritik pemimpin yang kononnya membela Melayu tetapi hanya pandai berkata-kata dan secara sinis mempersendakan watak-watak pemimpin itu.

"Saya terdengar ada pemimpin yang menyatakan bahawa pimpinan PAS tidak melakukan apa-apa..tetapi yang lebih parah lagi ialah ada pemimpin yang sama dan parti yang sama tidak juga melakukan apa-apa selama lebih 50 tahun."

Sajak itu cukup memukau hadirin, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, AJK PAS Mohammad Sabu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng, calon PAS, Ustaz Salleh Man dan ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.

Malam ini, Pak Samad dan beberapa exco Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dijadual berkempen di pentas PAS bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu.

Kehadiran Pak Samad itu nyata memberi nilai tambah yang besar kepada kempen PAS kerana beliau sangat dikenali sebagai budayawan agung yang menolak penggadaian bahasa Melayu yang dilakukan Umno dan BN.

Dan selain kemunculan tokoh terkenal itu melaungkan masa depan bahasa, kehadiran beliau lebih memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berjuang kerana di usia 75 tahun itu Pak Samad masih bersemangat dan menggigit nurani pemimpin negara dan rakyat jelata.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Azamin Amin-


17 pengkhianatan
Umno kepada Melayu,
kata Kamarudin

21 OGOS 2009

KUALA LUMPUR, - Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Afyan Ali-


Rekod penghinaan
terhadap Islam
oleh Umno-BN

17 OGOS 2009

KOTA BHARU, - Bukanlah suatu perkara sangat sukar bagi mana-mana pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu sosio-politik negara untuk merasionalkan maksud sebenar penegasan Mursyidul Am PAS berkenaan sikap DAP terhadap Islam yang hangat diperkatakan kini.

Ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada Rabu (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

Apatah lagi itu bukan kali pertama Tok Guru meluahkan kekecewaannya terhadap parti tua itu yang disifatkannya terang-terang menolak ajaran Islam dan memilih kebangsaan sebagai dasar perjuangannya. Perbuatan Umno itu menyebabkan Islam tercemar dan disalah-ertikan kesuciannya, terutama oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak syak lagi senarai penghinaan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno terhadap ajaran dan hukum Islam amat panjang. Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan tidak terlepas dari perbahasan dalam masyarakat.

Kes paling banyak ialah percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Sebagai pengajaran apa kata kita tinjau kembali sebahagian daripada isu-isu dimaksudkan itu.

Pertama, isu rumah terbuka kongsi raya. Satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut kenyataan jawatankuasa muzakarah, resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

Gesaan itu bagaimana pun disanggah secara terbuka oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau sebaliknya menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai ?pemikiran sempit?.

"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).

Kedua, isu konsert hiburan keterlaluan. Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani (Berita Harian, 3 Ogos 2004).

Pengajuran Sure Heboh TV3

Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.

Beliau selanjutnya meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara agar mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai menyindir golongan ulama, khususnya Mufti Perak.

Ketiga, konsep Islam Hadhari yang mengelirukan. Konsep itu diperkenalkan oleh Umno sejurus selepas Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.

"Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?,"ulas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

Menurutnya, ramai kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadhari."Mereka menyatakan pandangan mereka secara terbuka, tetapi mereka tidak didengar," sambungnya lagi.

Memang itulah sifat dan sikap Umno, dulu, kini dan selamanya. Ia memang sukar mendengar dan menerima pandangan pihak lain, termasuk dari ulama dalam perkara berkaitan Islam.

Keempat, wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan yang dapat difahami dari pandangan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Bagi Umno beliau adalah seorang agama wanita dan dijulang menerusi forum perdana ehwal Islam serta diberikan tanggungjawab dalam kerajaan menerusi portfolio berkaitan Islam.

Namun bagi Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddeen Mohd Taib yang pernah bertanding menentang Dr Mashitah di situ, jelitawan Umno itu ialah seorang 'ratu cantik'.

Okay, kesnya ialah Dr Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Jawabnya, ?mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ?terpaksa? membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan?.

Sambungnya lagi, ?perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan?.

Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.

Ketika membuat kenyataan itu beliau hanyalah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Kini beliau naik satu anak tangga ke jawatan timbalan menteri menjaga portfolio sama. Mungkinkah anugerah itu sebagai penghargaan Umno atas ?fatwa?nya yang menghalalkan pelacuran itu?

Kelima, Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berbagai alasan diberikan bagi merasionalkan keputusan itu. Dikatakan perkara itu memerlukan kajian mendalam. Rais juga menyebutkan tentang adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah kementeriannya. Baginya jawatankuasa itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik memantau etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan muzik.

Difahamkan garis panduan hiburan itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malangnya ia seakan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan. Walau pun menggunakan istilah 'menangguhkan', tempoh penanggguhan itu tidak diketahui bila akan berakhir. Apa yang pasti setelah lebih empat tahun berlalu, rakyat belum diberitahu sejauh mana perkembangan ?kajian mendalam? oleh Rais itu.

Mungkin hasrat sebenar beliau dapat difahami dari kata-katanya ketika itu.

"Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

Umno tolak hukum Islam

"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"katanya (Berita Harian, 28 Mei 2005).

Ya, mungkin bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?

Keenam, Kabinet April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam. Keputusan itu kemudiannya ditempelak para mufti dan agamawan sebagai membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.

Ada banyak lagi contoh dalam senarai perkara yang boleh dikategorikan sebagai tindakan Umno yang bercanggah dan menghina Islam. Jika mahu dimuatkan kenyataan para pemimpin Umno yang menolak hukum Islam, khususnya hudud, ia akan menjadi terlalu panjang.

Ada sebuah buku bertajuk "Mahathir anti-Islam" diterbitkan Dewan Pemuda PAS Pusat (2002) memuatkan sebahagian kenyataan, terutama oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam?

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Mat Zain Mat Isa-


PAS dijangka ulangi
5 amanat di
Permatang Pasir

16 OGOS 2009

PERMATANG PAUH, - PAS dijangka akan terus menggunakan prinsip "5 amanat pimpinan PAS kepada ahli PAS" untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Prinsip ini telah digunapakai semasa Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung Mei lalu.

"Kita akan terus menggunakan prinsip itu dan akan ditambah lagi dengan pelbagai agenda dalam usaha kita memenangi pilihanraya itu nanti,"kata seorang pegawai Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

5 prinsip itu ialah:

1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. Memperlihatkan akhlak mulia sebagai muslim
3. Menjadi ahli yang patuh kepada arahan pimpinan parti
4. Istiqamah dalam memenangi Pakatan Rakyat
5. Turun mengundi bagi yang layak untuk mengundi.

Pada PRK DUN Penanti, Mei lalu, PAS telah bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman menang dengan bergaya.

Kali ini, PRK DUN Permatang Pasir yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man telah terpilih menjadi calon dan awal-awal lagi kesemua saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.

DAP merupakan komponen PR yang pertama menubuh jentera pilihanrayanya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Taman Ciku, Bukit Mertajam kelmarin (15 Ogos) manakala PKR pula menggerakan secara rasmi jenteranya malam ini (16 Ogos).

Sementara itu, Rabu lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ir Nizar Jamaludin (gambar) telah memulakan kempen PRK Dun Permatang Pasir di Masjid Batu berhampiran pekan Permatang Pauh.

"Saya berasa bertuah kerana berpeluang memulakan kempen pilihanraya di sini. Marilah kita jadikan kemenangan PRK ini sebagai satu mesej penolakan terhadap keangkuhan Barisan Nasional, dan kebiadaban UMNO yang terang lagi nyata," katanya.

Nizar yang juga Menteri Besar Perak yang digulingkan BN mahukan setiap ahli PAS atau penyokong Pakatan Rakyat berkerja keras bagi menjamikan kemenangan calon PAS dengan lebih hebat lagi bergaya.

Baginya terdapat pelbagai strategi yang boleh disusun bagi menghadapi ranjau UMNO/BN.

"Saya harap setiap ahli PAS akan berjaya `menakluk' 5 rumah penyokong atau ahli UMNO/Barisan Nasional. Pujuklah mereka dan pastikan mereka mengundi kita," katanya. Dia juga mengingatkan yang UMNO/BN akan lakukan apa saja untuk memuaskan nafsu mereka. Mereka akan curahkan jutaan ringgit untuk memenangi calon mereka seperti yang dilakukan di Manek Urai, Kelantan bulan lalu.

"Sebab itulah pemimpin UMNO/BN memukul canang yang mereka akan menggunakan strategi yang dilakukan di Manek Urai untuk meranap PAS,"katanya.

Katanya, dia mendapat laporan di sana (Manek Urai) setiap ketua rumah disogok dengan dua tiga ribu ringgit dan penerimanya dipaksa bersumpah agar mengundi UMNO/BN.

"Saya yakin orang di sini (Permatang Pasir) tidak akan terpesona dengan wang yang dilayang didepan mata. Orang di Permatang Pasir bijak pandai sudah tahu menilai apa yang dilakukan oleh UMNO/BN,"katanya.

Pada pilihan raya Manek Urai, PAS menang tipis dengan majoriti 65 undi saja kerana gara-gara kempen BN yang keterlaluan.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Anuar Ahmad-


DAP dan PKR lancar
jentera bantu PAS
di Permatang Pasir

15 OGOS 2009

PERMATANG PAUH, - Calon PAS di Permatang Pasir, Mohd Salleh Man nampaknya akan mendapat sokongan penuh dari rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.

Pagi tadi, DAP melancarkan jentera kempennya untuk membantu PAS manakala PKR pula akan melancarkan jentera kempennya malam ini.

Mungkin kekompakan mereka diperolehi selepas Bengkel Memperkasakan Pakatan yang diadakan sehari suntuk di Petaling Jaya baru-baru ini.

DAP melancarkan jentera gerakan di Taman Ciku, Bukit Mertajam pagi tadi untuk memulakan langkah menyerang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir.

Pelancaran itu dilakukan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng bersama Calon PAS N11, Mohd Salleh Man.

Semasa berucap Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengingatkan media pro Umno dan BN jangan terlalu mendewa-dewakan kepimpinan BN seolah-olah mereka semuanya berkuasa.

Sepatutnya, media yang ada tidak terlalu mirip kepada dasar-dasar atau aktiviti BN sebaliknya membanyakan sama program Pakatan Rakyat yang juga merupakan pemerintah di lima buah negeri.

Media langsung tidak menonjolkan aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi mencari kesalahan untuk diburuk-burukkan supaya rakyat di negeri ini lebih keliru.

"Jangan terlalu ego menyiarkan berita yang merendah-rendahkan Pakatan Rakyat tetapi dalam masa yang sama memuji usaha kerajaan walaupun ianya menyalahi undang-undang, " katanya di hadapan ratusan petugas yang senantiasa menanti arahan mengerakkan serangan ke atas BN.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

-Oleh : Mohd Sabri Said-