Hudud Zalim
Atau Isa Zalim?

31 Dis 2008

Adalah mendukacitakan dan memalukan apabila mendengar dari kalangan orang yang mengaku beragama Islam mempersenda-sendakan hukum Allah. Mereka ini menggunakan isu hudud semata-mata untuk memalukan dan menjatuhkan golongan yang selama ini berjuang berasaskan Quran dan hadis semata-mata untuk menegakakan syariat Allah itu.

Mereka lupa atau tidak mendapat hidayah apabila bercakap sesuka hati tentang hudud tanpa melihat satu hukum lain yang mereka pertahankan dan agung-agungkan iaitu ISA yang jelas bercanggah dan zalim di sisi Islam.

Golongan ini seolah-olah sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam menghadapi lawan mereka terutama sekali dalam menghadapi Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu ini. Mereka ini tidak malu pada Allah langsung.

Mereka lupa bahawa selama ini merekalah yang mencemarkan kesucian agama Allah ini dan syariatnya. Orang bukan Islam sebenarnya pelik dan bingung, mereka ini tahu bahawa dalam Islam hudud itu wajib, rasuah dan menipu haram dalam Islam, minum arak, berjudi, merampas tanah rakyat cara paksa tetapi bila mereka melihat golongan UMNO ini bersahaja saja melanggar semua arahan Allah ini membuat orang bukan Islam ini curiga dan ragu untuk mendekati Islam. Isu bahasa, isu babi semuanya digunakan semata-mata untuk menjatuhkan pihak lawan tanpa merujuk pada pencipta bahasa dan haiwan itu.

Begitu juga isu tulisan Cina di papan-papan tanda di negeri tertentu. Bukankah bahasa itu kurniaan Allah, bukankah babi itu juga makhluk Allah? Bahasa itu mempunyai haknya di dunia ini dan juga babi mempunyai haknya di dunia ini.

Walaupun babi haram untuk orang islam, tapi Allah jadikan babi untuk makanan orang bukan Islam walaupun mereka ini tidak beriman kepada Allah. Ini adalah kerana Allah itu bersifat pemurah. Berbalik kepada ISA, apakah ISA ini lebih baik dari hudud yakni hukum Allah sehinggakan diperkatakan dengan tujuan untuk memalukan Islam itu sendiri? Bukankah Nabi SAW berpesan bahawa “ mana-mana orang yang didapati bersalah hendaklah dibawa depan hakim, bawa saksi dan bukti, jika salah hukum, jika tidak, bebaskan”.

Ini membuktikan bahawa Islam tidak membenarkan menzalimi sesama manusia termasuk juga makhluk lain. Bukankah Allah telah menjajnjikkan bahawa undang-undangnya itu adalah untuk keadilan dan kemakmuran dunia? Mereka begitu megah adalah Musabaqoh, menyambut maulidulrasul sehinggakan banyak jalan-jalan utama ditutup tetapi bila sebut pasal hudud mereka tolak dengan pelbagai alas an. Bila kita pertikai ISA mereka kata Negara-negara lain juga ada ISA. Pelik, adakan musabaqoh, maulidulrasul, bina masijid, solat, haji tapi bab undang-undnag mereka rujuk pada Yahudi.

Inilah golongan sesat lagi syirik. Sebenarnya orang bukan Islam tidak takut pada hudud dan tidak menentang hudud kerana mereka tahu ini adalah sebahagian dari tanggungjawab orang Islam yang diperintahkan oleh Allah yang mesti dilaksanakan, tetapi yang beria-ia membantah dan menentang ialah golongan fasik UMNO kerana mereka tahu jika dilaksanakan mereka semua akan susah untuk melakukan kemungkaran dan maksiat.

Oleh itu, wahai golongan yang beriman, janganlah dilayan puak fasik lagi munafik ini, kerana dibimbangi akan turut sama merosakan nama Islam dan ajaran Nabi SAW.

Biarkanlah mereka ini dengan kesesatanya. Ada pengikut jahil mereka dan ada ustaz syaitan bisu mereka kata mereka sokong UMNO yang baik-baik saja, yang tak baik mereka tak sokong. Bagaimanakah jika seseorang yang bekerja di kilang arak atau tempat judi dan berkata yang dia hanya bekerja dibahagian pentadbiran, urusan kewangan dan tidak terlibat dengan membuat arak, membancuh arak atau membotolkan arak atau tak terlibat di meja-meja judi.

Halalkah kerja orang ini? Allah terima atau tidak amal ibadah orang ini? Samalah seperti menyokong UMNO. Jika benar-benar beriman, kena tinggal dan keluar terus dari UMNO dan taubat nasuha, itulah kaedah Islam yang sebenarnya. Tapia pa boleh buat, hati-hati mereka ini sudah hitam, keras dan terhijab dari hidayah Allah. Biarkanlah saja mereka. '

-Dipetik dari Tranungkite.Net-

-Oleh : Tok Janggut, Terengganu.-