Peluang UMNO
Sedikit Tergugat

Dis. 6, 2008

KUALA LUMPUR , "Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari 2009. Pemerhati politik dan orang awam menanti dengan satu debaran dan cukup menarik"....

Pengundi Melayu kurang lebih 88%, pengundi bangsa China 11%, pengundi India dan lain-lain bangsa 1%. Yang menariknya Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terenggnu ialah bangsa China seramai hampir 9000 orang sebagai penentu kemenangan kepada parti UMNO ataupun PAS.

Jika 1000 orang China memberi undi kepada PAS atau pakatan rakyat, hampir pasti Parlimen Kuala Terengganu milik PAS. Malah setengan pemerhati bebas memberi komen dengan nada yang sama, hanya angka bangsa China yang berbeza. iaitu jika kaum China memberi undi seramai 500 hingga 600 orang peluang cukup baik.

Hakikatnya kaum China adalah penentu dan pemain utama dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Jadi sasaran utama gerak kerja PAS dan Pakatan Rakyat harus tertumpu kepada kaum China untuk mendapat undi. Undi simpati atau undi protes calun terutama umno atau bn sedikit sebanyak memberi ruang untuk PAS meraih "menang" dalam pilihanraya pada 17 Januari 2009.

Kami telah mendapat respon dari ketua lujnah atau biro Perpaduan antara Kaum negeri Terengganu Sdr, Haji Hanafiah Mat@Ramli merangkap timbalan pengerusi PAS Kawasan Kemaman mengaku kekuatan dan penentu kemenangan PAS pada plihanraya kecil parlimen Kuala Terenggnu pada 17. Januari 2009 terletak sejauh mana pengundi China memberi undi kepada calun PAS atau pakatan rakyat.

Dengan itu tugas lujnah atau biro antara kaum terutama bangsa China perlu lebih fokus dan tumpuan. Saudara Haji Hanafiah menambah segala gerak kerja untuk menambat hati kaum China telah diatur bersama dengan kelab Penyokong PAS bagi memastikan kaum China meyokong dan memberi undi kepada PAS.

Apabila diajukan peluang kaun China dan Kelab Penyokong PAS terhadap parti PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu Sdr, Haji Hanafiah menambah peluang cukup baik bangsa China memberi undi pada calun PAS. Dan ditanya bagaimana peluang umno, sdr. Haji Hanafiah berkata umno tergugat dan peluang umno untuk menang agak sukar dan tipis. Namun kata pemutus dari kaum China sebagai penentu menang atau kalah bagi kedua parti iaitu PAS dan UMNO."

Nota Tambahan:
Jangan lupa …di mana Lim Kit Siang adalah orang pertama mengumumkan di hadapan lebih 10,000 dalam program makan malam DAP di Pulau Pinang, bahawa dia mencalonkan Hj Mohamad Sabu sebagai calon PAS di Kuala Terengganu, dan disusuli dengan tepukan gemuruh orang ramai oleh kaum Cina. Manakala Lim Guan Eng pula megumumkan akan turut serta turun dalam kempen di Kuala Terengganu untuk “swing” kan pengundi Cina kepada 70-80% jika calonnya adalah Hj Mohamad Sabu….

Cuma sekarang nie jer….PAS yang masih keliru……?????

-Dipetik Dari Tranungkite.Net : AliSyariati-