”Mengarut ja, Mat Sabu....?”
KUALA LUMPUR , Ketika orang dah mula bising siapa calon PAS di Kuala Terengganu, atas nama demokrasi, saya sampaikan pandangan saya kepada Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. "Tok sah lah (tak usahlah) Kuala Terengganu tu. Mengarut ja," kata saya.
Mat Sabu mengulangi apa yang dia beritahu saya setelah "demam"nya kebah selepas kalah di Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Biasalah, Mat Sabu tu orang, bukan plastik. Dah kalah, "demam" perasaan jugalah sikit. Biasalah tu.
Pada waktu itu, selepas kalah tu, beliau beritahu saya, "Elok dah apa yang Tuhan atoq (atur) tu".
Itu juga yang Mat Sabu jawab bila saya kata "mengarut ja" bertanding di Kuala Terengganu sekali lagi. "Elok dah apa yang Tuhan atoq (atur) tu," katanya membuka bicara. Yang lain, tak payah ceritalah. Kesimpulannya dia tidaklah kemaruk Kuala Terengganu.
Tetapi selepas dia terasa seperti dihalau-halau, dengar khabar ada perubahan dalam pendiriannya. Saya tak jumpa dia lagi. Tetapi, saya harap Mat Sabu masih dengan pendirian "elok dah apa yang Tuhan atoq (atur) tu".
Hari ini, dalam berita bertajuk "Mat Sabu 'orang luar' ditolak di Kuala Terengganu?" Utusan Malaysia Online melaporkan, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu terus dikekalkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan (lihat Malaysiakini 3/12/08 "Mohamad Sabu pilihan Nik Aziz di KT").
Mula-mula membaca berita itu, saya tidaklah bercadang mengulasnya. Jika Tok Guru Mursyidul Am boleh memberikan pandangannya, kenapa pula Azman Shapawi tak boleh? Kalau nak demokrasi, jangan sekat siapa-siapa pun beri pendapat. Kalau Tok Guru boleh beri pendapat, takkan tok haru macam saya tak boleh beri pendapat. Apatah lagi Azman Shapawi, dia bukan tok haru. Dia pernah mengaji di Semanggoi dan banyak tempat lagi.
Sebab itu saya tak cadang nak ulas.
Tetapi, bila dah baca sampai ke bawah berita itu, ada satu kenyataan Azman Shapawi yang saya sokong.
Beliau dilaporkan berkata:
Pihaknya membuat cadangan itu berdasarkan analisis yang dilakukan pada pilihan raya umum lalu hampir keseluruhan calon luar yang bertanding di negeri ini memperolehi jumlah undi yang tidak memberangsangkan.
Azman Shapawi memang benar. Hampir keseluruhan calon luar yang bertanding di Terengganu memperolehi jumlah undi yang tidak memberangsangkan. Berbanding dengan perolehan undi yang diperolehi oleh calon-calon dari negeri Terengganu sendiri, perolehan undi yang diperolehi oleh calon-calon import yang bertanding bagi kerusi Parlimen di Terengganu dalam pilihan raya umum yang lalu membuktikannya.
Terbukti bahawa calon-calon dari negeri Terengganu sendiri memperolehi jumlah undi yang memberangsangkan.
Untuk makluman, dari kesemua calon untuk kerusi Parlimen di Terengganu, Mat Sabu dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Yusri Mohd Akin adalah "pemain import".
Besut
Datuk Dr. Abdullah Mohd Zin (BN) (29,376)
Datuk Hussin Awang (Pas) (18,786)
Majoriti: 8,500 undi
Setiu
Datuk Mohd Jidin Shafee (BN) (26,610)
Mohd. Pauzi Muda (Pas) (19,378)
Majoriti: 6,696 undi
Kuala Nerus
Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (BN) (26,439)
Mohd. Shukrimun Shamsuddin (Pas) (25,098)
Majoriti: 1,341
Kuala Terengganu
Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
Maimun Yusuf (Bebas) (685)
Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Marang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) (33,435)
Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (BN) (30,688)
Majoriti: 2,747
Hulu Terengganu
Mohd Nor Othman (BN) (27,784)
Kamaruzaman Abdullah (Pas) (17,324)
Majoriti: 10,460
Dungun
Matulidi Jusoh (BN) (29,264)
Shamsul Iskandar Yusri Mohd Akin (PKR) (24,270)
Majoriti: 4,994
Kemaman
Datuk Ahmad Shabery Cheek (BN) (37,199)
Fariz Musa (PKR) (24,516)
Majoriti: 12,683
-Dipetik Dari Blog : Penarik Beca-

