Tuan Presiden
Kena Gantung...

Dis. 6, 2008

KUALA LUMPUR , Hanafi digantung ahli AKIM

Lawak gila babi. Babipun tak lawak macam ni...

Inilah satu2nya parti dalam dunia yang gantung keahlian presiden parti atas alasan kerana didakwa membuat kenyataan yang menyentuh dasar parti itu.

Setiausaha Agungnya, Kapten (B) Mohd Rosli Ghazali berkata, "mengikut peraturan parti semua ahli AKIM di semua peringkat (tidak ada hak yang dikecualikan) hendaklah masing-masing menjaga rahsia dan nama baik serta kesinambungan parti. "

"Tidak boleh melakukan sebarang perbuatan dan tindakan salah laku bertentangan dengan kepentingan parti dan yang merugikan parti."

Ini barulah demokratik. Pemimpin nombor satupun boleh diambil tindakan kalu melanggar peraturan parti. Tak macam Umno. Tapi berapa keratlah ahli AKIM ni ye?

Hanafi dalam kenyataan balasnyanya pula mendakwa Abdullah Sani melanggar peraturan parti apabila mengisytiharkan diri sebagai Presiden sedangkan beliau Presiden parti yang memegang jawatan itu selama dua penggal berturut-turut sejak 2006 sehingga 2010.

Ai...parti sekonteng macam ni pun ada perebutan jawatan? Masya'Allah....

Pada Muktamar Agung AKIM 7 September lalu melantik Hanafi sebagai penasihat, apabila beliau tidak hadir pada muktamar itu dan perwakilan sebulat suara melantik Abdullah Sani Musa sebagai Presiden yang baru.

Ai lebih kurang Umno ajelah....Pak Lah tidor....Hanafi tak datang terus...

-Dipetik Dari Tranungkite.Net: Kopitiam Bang Nan-