Forum Rakyat
“No to ISA” berjaya.
Niat jahat
pemerintah gagal….

Dis. 02, 2008

Setelah berhempas-pulas untuk membuat persiapan, akhirnya Cakap Rakyat Group berjaya menganjurkan Forum Rakyat “No to ISA”: “Arus Pergolakan Politik di Malaysia, diantara harapan dan cabaran. Satu penilaian semula”.

Selain daripada aktivis politik dan peminat blog, forum ini turut dihadiri oleh bekas tahanan ISA termasuk daripada generasi Operasi Lalang seperti Suhaimi Said dan Yunus Ali.

Forum yang dianjurkan oleh Cakap Rakyat Group ini turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu daripada Meor Yusof Aziddin yang bertajuk “Syuhada Memali” dan “Awas API Perempuan Ini”.

Forum ini turut dihadiri oleh empat orang ahli Pewaris yang turut mendengar ucapan ahli panel akan tetapi akhirnya terpaksa keluar kerana tidak tahan dengan kritikan tajam dari Hishamuddin Rais mengenai pembodohan orang-orang Melayu yang dilakukan oleh Umno.

Selepas itu empat orang wakil Pewaris itu turun kebawah untuk bersama-sama dengan lebih kurang 20 orang lagi ahli-ahli mereka untuk berdemonstrasi dihadapan bangunan Bar Council. Yang hairannya, polis langsung tidak menganggu mereka. Apakah polis dibelakang mereka?

Kejayaan besar forum yang dianjurkan oleh Cakap Rakyat Group semalam ialah menamatkan forum tepat pada waktunya dan menggagalkan rancangan jahat pemerintah yang mengupah Pewaris untuk memperovokasi peserta forum untuk bertempur dengan mereka.

Segala provokasi tidak dilayan dan peserta forum kesemuanya pulang dengan selamat termasuklah Teresa Kok yang cuba dijadikan kambing hitam oleh pemerintah.

Selepas pilihanraya 8 Mac, telah banyak percubaan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dilakukan.

Akan tetapi ianya tidak mendapat sambutan daripada orang-orang Melayu dan bukan Melayu kerana dizaman ini rakyat Malaysia telah menjadi semakin bijak.

Umno dan BN harus sedar. Taktik pecah dan perintah yang diajarkan oleh British kepada mereka dahulu sudah tidak lagi berkesan. Rakyat tidak mudah lagi ditipu.

Mohammad Sabu mengumumkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran (ala demonstrasi Bersih) tahun hadapan bagi menuntut ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan ISA dibebaskan.

Gambar di bawah, di mana kumpulan Pewaris yang diupah menunggu di tepi jalan untuk membuat provokasi....

Dipetik Dari http://aminiskandar.wordpress.com